Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.ma/] | امق

Definisi : orang yg melahirkan seseorang, ibu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.ma/] | امق

Definisi : perempuan yg melahirkan kita; ibu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emak

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikut ada 3 ayat, sila menyemak dan memberi pembetulan sekiranya terdapat kesalahan. 1) Emak memberi hadiah kepada kakak. 2) Emak membeli hadiah kepada kakak. 3) Emak membeli hadiah untuk kakak. Sekian, terima kasih.1) Ayat yang betul ialah Emak memberikan hadiah kepada kakak atau  Emak memberi kakak hadiah.
3) Emak membeli hadiah untuk kakak. - betul
Tatabahasa31.01.2012
Emak sedang menidurkan adik. Adakah ayat ini kata kerja tak transitif atau kata kerja transitif? Jelaskan penerangannya sekali. Terima kasihAyat tersebut merupakan ayat aktif transitif.
1. Kata kerja digolongkan kepada dua kumpulan utama: i. kata kerja transitif ii. kata kerja tak transitif. 

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya.Cth. Murid sedang membaca buku; saya telah menjawab soalan sdr. 
Kata kerja transitif dapat dibahagikan kepada kata kerja yang berfungsi dalam ayat aktif dan kata kerja yang berfungsi dalam ayat pasif. 

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap. Cth. kata kerja tak transitif tanpa pelengkap: semua orang pulang.; adik saya masih tidur. Cth. kata kerja berpelengkap: keadaan bapanya beransur baik.; mereka tinggal di Kampung Paya. Untuk keterangan lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi, terbitan DBP. 
Tatabahasa12.04.2018
Emak Khalid amat suka makan ikan air _________. A payau B tawar C manis D masam Adakah jawapan A payau betul? Perkataan ikan air payau ada tertulis di Utusan Malaysia online - "IKAN siakap putih atau nama saintifiknya Lates calcarifer dari keluarga Centropomidae merupakan spesis ikan air payau yang berupaya hidup di habitat air masin dan air tawar. Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0530&sec=Agrobiz&pg=ag_04.htm#ixzz36sFL8p12 © Utusan Melayu (M) BhdTuan/puan perlu berikan soalan yang lebih lengkap, mungkin disertakan dengan gambar atau sebagainya. Istilah ikan air payau memang wujud, contoh ikan siakap dan kerapu.Lain-lain08.07.2014
Emak ke pasar membeli berkilo-kilo bawang merah dan bawang putih untuk keperluan harian. mUNSYI, APAKAH KESALAHAN DALAM AYAT INI? TERIMA KASIH ATAS NASIHAT TUAN.Ayat yang diberikan adalah betul.Tatabahasa11.06.2012
Emak memberikan _____ angpau kepada Ai Ling. Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk ayat di atas.

Sdr. Wong terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Penjodoh bilangan bagi angpau ialah sekeping. terima kasih

Tatabahasa12.09.2009
Adakah ayat-ayat di bawah betul? 1. Apakah yang emak sedang membuat? 2. Apakah yang emak sedang buat? 3. Apakah yang sedang dibuat oleh emak?

Puan Ng,

Ayat yang betul ialah 'Apakah yang sedang dibuat oleh emak?' 

Tatabahasa21.06.2010
Emak menghidangkan pelbagai makanan. atau Emak menghidankan pelbagai jenis makanan. Manakah yan betul, pelbagai jenis @ pelbagai?Emak menghidangkan pelbagai makanan, pelbagai bermaksud beberapa jenis.Tatabahasa17.01.2012
"Emak kata pergi!" jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. @ "Emak kata pergi!" Jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak."Emak kata pergi," jeritan bak halilintar itu menghentikan lamunan Razak. Tidak ada kata seru dalam ayat tersebut untuk memasukkan tanda seru. Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.Ejaan13.10.2011
Menyapu sampah atau menyapukan sampah -Emak menyapu sampah di halaman rumah. -Emak menyapukan sampah di halaman rumah.Emak menyapu sampah di halaman rumah.Tatabahasa29.04.2014
Emak memasak lauk di dapur. Ayat pasif ialah 1. Lauk dimasak oleh emak di dapur. atau 2. Lauk di dapur dimasak oleh emak. Terima kaish.Kedua-duanya betul.Tatabahasa09.07.2010
12345678910...

Kembali ke atas