Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.ma/] | امق

Definisi : orang yg melahirkan seseorang, ibu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.ma/] | امق

Definisi : perempuan yg melahirkan kita; ibu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emak

Puisi
 

Emak! Emak! Anyam raga,
     Nak mengisi si raga inai;
Emak! Emak! Hantar ke paya,
     Saya nak tengok janda menuai.


Lihat selanjutnya...(35)
Peribahasa

Dimakan mati emak,
     diluahkan mati bapa.

Bermaksud :

Menghadapi sesuatu masalah yang sangat sulit; dalam keadaan yang serba salah. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bertemu [= makan] buah si malakamo: dimakan mati bapa, tidak dimakan mati ibu, b. Bagai memegang buah kepantangan beruk: ditelan mati emak, diludahkan mati bapa, c. Bak membelah kepayang muda: dimakan mabuk, dicampak sayang, d. Digenggam takut mati, dilepaskan takut terbang, e. Dikatakan mati emak, tak dikatakan mati bapa, f. Seperti Kur'an [Quan] buruk: dibaca tak boleh dipersebarangan dosa).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
folk songlagu rakyatKesusasteraanTiadaNyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah.
motheribu, emakSosiologiTiadaTiada
motheribu/emakSosiologi KeluargaTiada-
mother in lawibu mentua/ emak mentuaKependudukanTiadaTiada
mother in lawibu mentua/ emak mentuaSosiologiTiadaTiada
mother's first cousin (male)sepupu lelaki emakSosiologiTiadaTiada
العمة‘ammaṯAgama IslamFiqhEmak saudara sebelah bapa.
الخالةal-khālaṯAgama IslamFiqhEmak saudara sebelah ibu
بنت الخالةbintu khālaṯAgama IslamFiqhAnak perempuan emak saudara sebelah ibu.
بنت العمةbintu ‘ammaṯAgama IslamFiqhAnak perempuan emak saudara sebelah bapa.
12

Kembali ke atas