Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emaknya

Puisi
 

Anak ikan jangan digoreng,
     Kalau digoreng hilang lemaknya;
Anak orang jangan dijeling,
     Kalau dijeling marah emaknya.


Lihat selanjutnya...(5)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Saya menghadapi masalah tentang 2 soalan yang muncul dalam kertas ujian Tahun 6. Soalannya ialah: 1. Manaf bermain di halaman. ( Adakah ayat ini betul? Ataupun ayat sepatutnya begini: Manaf bermain di halaman rumah? ) 2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital. A. runsing B. pedih C. gempar D. murung ( Apakah jawapan yang lebih sesuai dalam konteks ayat ini? ) ( Guru yang menyediakan soalan memberikan jawapannya 'A'. Namun, saya merujuk kepada Kamus Dewan, saya dapati 'pedih' boleh menjadi jawapan yang sesuai. Jawapan saya tidak diterima. ) Bolehkah tuan memberikan saya jawapan yang sebenar? Saya dahulukan ucapan ribuan terima kasih jika tuan dapat membantu saya.1. Ayat yang betul ialah " Manaf bermain di halaman rumah.".


2. Hatinya ____ apabila mendengar berita bahawa emaknya dimasukkan ke dalam hospital.
 A. runsing B. pedih C. gempar D. murung

Jawapan yang lebih sesuai ialah runsing.
Tatabahasa15.05.2013
saya nama haswanee chekdoloh saya belajar tentang bahasa melayu saya ingin bertanya Apakah makna UsiyaTiada maklumat berkaitan dengan perkataan "usiya" dalam data kami. Walau bagaimanapun, pihak kami beranggapan perkataan yang hampir sama sebutannya ialah "usia" yang bermaksud lama masa sejak dilahirkan (diadakan dan sebagainya); umur. berusia mempunyai usia; berumur: Ketika emaknya pergi ke Mekah, ia ~ enam tahun. Untuk maklumat yang lebih lanjut sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=usiaMakna04.11.2015
Bolehkan menjelaskan kepada saya tentang penggunaan kata "juga" yang betul. Kebiasaannya adalah di hujung ayat. Dan jika di pertengahan ayat, di manakah kedudukannya yang betulKata "juga" membawa banyak maksud antaranya termasuklah i. digunakan untuk menyatakan keadaan yang sama atau serupa, seperti Adiknya juga demikian; ii. digunakan selepas kata sifat, seperti Gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; dan iii. digunakan untuk menunjukkan perulangan, seperti Dulu saya yang menolongnya, sekarang saya juga yang menolongnya. Tatabahasa29.07.2011
Perkataan menjahitkan dan menghidangkan merupakan kata kerja transitif aktif. Walau bagaimanapun kata kerja menjahitkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa, iaitu kakak, manakala kata kerja menghidangkan diikuti oleh kata nama objek tidak bernyawa, seperti makanan. Saya masih keliru.Bukankah dalam soalan saya sebelum ini , menghidangkan diikuti oleh kata nama objek bernyawa iaitu rakan-rakan. Minta penjelasan lebih lanjut.terima kasih.

Kata kerja menghidangkan mesti diikuti dengan objek tidak bernyawa dalam contoh yang diberi sebelum ini '... menghidangkan makanan ...', atau contoh lain 'Emaknya menghidangkan makanan di atas meja'. - kata kerja menghidangkan tidak boleh diikuti dengan objek bernyawa seperti '... menghidangkan kakak ...', sebaliknya kata kerja yang sesuai ialah '... menghidangi kakak ...'. Untuk maklumat lanjut saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 192.

Tatabahasa16.01.2011
Assalamualaikum.Saya ingin mendapat penjelasan yang lebih lanjut tentang penggunaan beberapa jenis kata keterangan seperti 'juga' dan 'lagi'.Harap dapat dijelaskan..Sekian terima kasihJuga: 1. (digunakan utk menyatakan keadaan yg sama atau serupa) pun: ada ~ orang yg tahu perkara itu; badannya tegap, adiknya ~ demikian; 2. (digunakan selepas kata sifat) agak: gadis itu cantik ~, tetapi tidaklah secantik emaknya; 3. (digunakan utk menunjukkan perulangan) lagi: dulu saya yg menolongnya, sekarang saya ~ yg menolongnya; 4. (digunakan utk menunjukkan perbuatan terus-menerus) terus: walaupun dilarang dia masih ketawa ~; Chia telah mati di situ ~; 5. (digunakan utk menunjukkan tolak ansur) meskipun, walaupun: sesiapa ~ yg datang, saya mengalu-alukannya; 6. (biasanya digunakan selepas kata penghubung tetapi atau atau utk menunjukkan tokokan): kamu bukan sahaja mesti belajar dgn tekun tetapi ~ mesti berbaik-baik antara satu sama lain; 7. (digunakan bersama dgn pun sbg penegas): saya berpuasa, dia pun berpuasa ~; jua. Lagi: 1. tambahan kpd yg sedia ada: lima orang ~ telah dirawat di rumah sakit; musim hujan akan datang kira-kira tengah dua bulan ~; 2. masih (berpanjangan), sedang (berbuat sesuatu dll): adapun Chau Pandan itu, ~ di benua Siam; sekarang pun ada ~ negeri itu di benua Keling; 3. dan, serta, tambahan pula: dia hartawan ~ dermawan; 4. (balik) semula, pula: janganlah ~ dicari hamzah di dunia ini; 5. lebih (baik, elok, dll): mati ~ bagus; 6. kata yg digunakan utk menguatkan atau mengeraskan kata-kata sebelumnya: sekaranglah kita amuk, bila ~!; bilal khatib ~ berdosa, ini pula kita yg jahil; ~ pula dan lagi, lebih-lebih, tambahan pula; Lain-lain26.03.2009

Kembali ke atas