Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.mas] | امس

Definisi : 1. sj logam berwarna kuning yg mahal harganya (selalunya dijadikan perhiasan spt cincin, rantai, dll); 2. sl mata wang (mengandungi 161 tahil emas): bagaimana orang kaya memberi emas hanya se~; pd masa inilah beras mahal di Riau, berharga enam cupak se~; 3. ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga, dll): masa itu ~; 4. ki wang, wang suap, harta dunia; ~ bertitik sl emas yg dicanai: tangga rumah emas bertuang, ibu tangga ~ bertitik; ~ juita sl kekasih, buah hati; ~ kahwin mas kahwin, mahar; ~ kerajang perada; ~ kertas emas yg berhelai-helai; ~ lanar emas yg halus spt pasir yg terdapat dlm lanar; ~ lantak emas yg dituang (dicetak) berbatang-batang; ~ liplap emas tiruan; ~ lombong emas yg berada dlm batu-batu keras (diperoleh drpd lombong); ~ mentah emas yg belum dikerjakan; ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya; ~ putih aloi emas yg berwarna putih disebabkan adanya kandungan nikel atau platinum; ~ sepuluh mutu emas tulen (emas yg 24 karat); ~ tempawan a) emas yg ditempa; b) sl gelaran (panggilan) pd perempuan yg cantik atau yg dikasihi; ~ tua emas yg sejati, tidak bercampur; ~ urai emas yg halus-halus spt pasir rupanya; ~ berpeti, kerbau berkandang prb harta benda harus dijaga mengikut keadaannya masingmasing; bermimpi mendapat ~ takkan mem-buat pura, bermimpi mendapat padi takkan membuat lumbung prb sesuatu pertelingkahan itu anggaplah spt mimpi sahaja (tidak usah dipanjang-panjangkan); hutang ~ dapat dibayar, hutang budi dibawa mati prb budi bahasa orang tidak dapat dibalas dgn wang dan harus diingat seumur hidup; kerana ~ memas, kerana padi menjadi prb kerana kekayaan, apa yg dimaksudkan dapat dicapai; menyeberangi jambatan ~ prb berjuang utk mencapai kebahagiaan sesudah kemerdekaan diperoleh; peti yg berisi ~ perak itu tiada dilelehkan orang prb ilmu pengetahuan yg baik tidak dicurahkan orang di mana-mana sahaja; spt ~ yg sudah tersepuh prb putih kuning serta elok rupa paras seseorang perempuan; tak ~ bungkal diasah prb segala daya upaya dilakukan utk mencapai maksud; walau disepuh ~ lancung, kilat tembaga tampak juga prb walau bagaimana sekalipun diajar orang yg biadap, perangainya yg kurang baik kelak akan kelihatan jua; beremas 1. memakai emas; 2. mempunyai emas: segala orang yg ~, bagaimana sekali-pun kayanya, jikalau tiada dianugerahi raja tiada boleh dipakai; 3. ki berharta, berwang: kalau ada ~, hidup, tiada ~, mati prb kalau ada pencarian yg tetap akan senanglah kehidupan; mengemas spt emas, menyerupai emas: padi kuning ~;mengemasi 1. melapisi dll dgn emas; 2. menyuap, menumbuk rusuk: segala orang yg diam di rimba Jerun itu pun diemasinya, sekaliannya menurut katanya;keemasan yg disalut (dilapisi dll) emas, yg dibuat drpd emas: kedua-dua laki isteri itupun duduk di atas peterana yg ~; peluang ~ peluang yg paling baik; peremasan 1. barang-barang emas; 2. lapis emas; adat ~ sl adat bkn perjanjian utk mengahwinkan kanak-kanak dgn orang yg tertentu apabila ia sudah besar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mas] | امس

Definisi : Jw 1. panggilan yg sama dgn tuan; 2. panggilan yg mesra (spt drpd isteri kpd suami dll); ~ merah panggilan kpd kekasih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mas] | امس

Definisi : sj ikan darat (biasanya dijadikan peliharaan), Carassius auratus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.mas] | امس

Definisi : 1 logam berwarna kuning yg sangat berharga (biasanya dibuat perhiasan, spt cincin). 2 ki sesuatu yg tinggi mutunya (mulia, berharga dll): Masa itu ~. ~ bertitik emas yg ditempa. ~ bertuang emas yg dicetak. ~ kahwin wang dll yg wajib diberikan oleh pengantin lelaki kpd bakal isterinya pd masa nikah; mahar. ~ kerajang kertas tipis yg dibuat drpd emas dan digunakan utk perhiasan atau tulisan. ~ lombong emas yg ada di dlm batu-batu. ~ muda emas yg kuning pucat dan rendah mutunya. ~ putih aloi atau pancalogam emas dgn nikel (paladium atau zink) yg warnanya seakan-akan platinum. ~ sepuluh mutu emas tulen (emas 24 karat). ~ tempawan a. emas yg ditempa. b. panggilan kpd perempuan yg cantik dan yg dikasihi. ~ tua emas yg tidak bercampur. ~ urai emas yg halus-halus spt pasir. beremas 1 memakai (mempunyai) emas. 2 berharta benda. mengemasi 1 melapis atau menyalut dgn emas. 2 memberi rasuah; menyogok. keemasan 1 disalut dgn emas; dibuat drpd emas; serba emas. 2 spt warna emas: Naga-naga itu diperintah oleh seekor raja naga yg berwarna ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emas

Puisi
 

Emas merah kesuma danding,
     Perahu sarat seperti pelanting;
Awaknya putih pinggang ramping,
     Matanya tajam seperti gunting.


Lihat selanjutnya...(78)
Peribahasa

Hujan emas di negeri orang,
     hujan batu (= keris lembing) di negeri sendiri,
baik juga di negeri sendiri.

Bermaksud :

Walau bagaimanapun mewah dan makmurnya negeri orang, namun negeri sendiri juga yang lebih baik.

 

Lihat selanjutnya...(44)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
goldn 1. (metal) emas: the ship was loaded with ~ bullion, kapal itu sarat dgn jongkong emas; 18-carat ~, emas 18 karat; currencies backed by ~, mata wang yg disandari emas; a ~ ring, cincin emas; a ~ mine, lombong emas; 2. objects made of gold, emas: eight million dollars worth of ~ and diamonds were reported missing from the safe, emas dan berlian bernilai lapan juta dolar dilaporkan hilang dr peti besi itu; 3. (colloq) gold medal, pingat emas; 4. (rhet) wealth, riches, harta kekayaan; 5. colour of gold, warna keemasan: he could see the ~ of her hair through the trees, dia dapat melihat rambutnya yg berwarna keemasan dr celah-celah pokok;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pinchbeckn alloy, emas /tiruan, lip-lap/: the bracelet is not made of real gold, it’s ~, rantai ini tdk dibuat drpd emas betul, ini emas tiruan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goldenadj 1. made of, largely consisting of, gold, emas: a ~ crown, mahkota emas; 2. like gold in colour, (berwarna) keemasan, berwarna emas: ~ hair, rambut keemasan; ~ yellow, kuning keemasan; 3. a. favourable, keemasan: a ~ opportunity, peluang keemasan; b. happy, glorious, sangat bahagia: the ~ days of our lives, hari-hari yg sangat bahagia dlm hidup kita;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goldsmithn tukang emas; (dated) pandai emas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
pinchbeckadj made of alloy resembling gold, emas /tiruan, lip-lap/: ~ jewellery, perhiasan emas tiruan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gilt 1 n gilding, (sepuhan) air emas: the ~ on the doorknob is peeling off, sepuhan air emas pd tombol pintu mengelupas;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gold-minen (lit. & fig.) lombong emas: her new boutique proved to be a ~, butik barunya itu terbukti lombong emas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gold-platen 1. spoons, dishes, etc made of gold, /sudu, pinggan, dll/ emas; 2. covering of gold, sadur emas.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gildedadj 1. covered with thin layer of gold or gold paint, bersepuh (air emas): a ~ dome, kubah bersepuh air emas; 2. wealthy and upper-class, kaya raya: he had a ~ youth, semasa muda dia kaya raya;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
gildvt 1. overlay with gold or gold paint, menyepuh (dgn air emas): to ~ a picture frame, menyepuh pemidang gambar dgn air emas; 2. light up with radiance, menyimbahkan sinar keemasan pd: the setting sun ~ed the valley, matahari yg sedang menggelincir menyimbahkan sinar keemasan pd lembah itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345678910...

Kembali ke atas