Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata emosi;


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catharsiskatarsisKesusasteraanTiada1. rasa takut yang mengakibatkan berlakunya rasa kasihan, kebersihan diri dan emosi-emosi tersebut.
katharsiskatarsisKesusasteraanTiadaIstilah yang digunakan Aristotle tentang tragedi yang menyentuh tentang rasa kasihan dan takut mengakibatkan berlakunya kebersihan diri emosi-emosi tersebut.
cognitive appraisal theory of emotionteori taksiran kognitif emosiPsikologiPsikologi UmumTeori emosi yang berkaitan dengan peranan rangsangan tertentu yang boleh membangkitkan emosi tetapi kualiti sesuatu emosi adalah bergantung pada interpretasi individu terhadap rangsangan tersebut atau keupayaan seseorang menginterpretasi rangsangan yang dirasai. Contohnya, apabila rakan sekerja dinaikkan pangkat, rakan yang lain akan berasa tidak puas hati kerana merasakan bahawa mereka lebih layak untuk memegang jawatan tersebut. Sinonim teori nilaian kognitif emosi.
primary emotionemosi primerPsikologiPsikologi UmumEmosi yang paling asas yang dibahagikan kepada lapan jenis, iaitu takut, sedih, kejutan, jengkel, marah, antisipasi, seronok dan percaya. Emosi primer boleh bergabung untuk menghasilkan emosi dengan nama yang lain. Contohnya, seorang kanak-kanak yang merasa seronok tetapi takut ketika memakan ais krim kepunyaan kakaknya akan menghasilkan emosi rasa bersalah. Begitu juga perasaan cemburu yang muncul daripada gabungan emosi cinta, marah dan takut.
James-Lange theoryteori James-LangePsikologiPsikologi UmumTeori emosi yang mengandaikan bahawa emosi yang dialami oleh individu merupakan persepsinya terhadap apa yang dirasainya akibat tindakan perubahan sistem saraf autonomik dan hormon yang dicetuskan oleh rangsangan tertentu. Menurut James dan Lange (1884), perasaan takut timbul akibat daripada bangkitan organ badan. Contohnya, apabila seseorang itu terserempak dengan anjing garang, dia akan melarikan diri dengan denyutan jantung yang kencang, nafas yang sesak dan paru-paru yang deras, lalu diikuti dengan rasa takut setelah menyedari reaksi badannya itu.
emotional condition of learningkeadaan emosi pembelajaranPsikologiPsikologi UmumPembelajaran yang dikaitkan dengan keadaan emosi individu semasa proses tersebut berlaku. Dalam pembelajaran ini, keadaan emosi boleh mempengaruhi ingatan. Contohnya, jika individu itu mempelajari satu senarai perkataan semasa dalam keadaan gembira, maka ingatannya akan lebih baik jika semasa mengingat itu dia juga berada dalam keadaan gembira. Begitu juga jika pembelajaran itu berlaku dalam keadaan individu itu sedang bersedih, maka semasa sedih jugalah dia akan dapat mengingat dengan baik.
rational emotive therapyterapi emosi rasionalPsikologiPsikologi UmumTerapi yang ditumpukan kepada usaha untuk mengubah kepercayaan tidak rasional yang membawa kepada masalah emosi. Menurut Ellis (1973, 1995), individu yang tidak gembira akan membentuk perasaan mengalah kerana mereka mempunyai kepercayaan yang tidak realistik atau salah. Sekiranya emosi terganggu, individu yang terlibat akan membuat generalisasi yang melampaui batas. Sekiranya mereka melakukan kesilapan, walaupun kecil individu berkenaan akan menganggap dirinya sebagai sangat jahat. Oleh itu, pendekatan ini lebih menumpukan perhatian kepada usaha mencabar kepercayaan klien yang tidak realistik. Ahli terapi akan mencabar pemikiran atau pandangan itu dan menganggapnya sebagai satu fikiran yang tidak rasional atau salah anggapan. Emosi klien akan bertambah baik sekiranya kepercayaan tersebut dapat dihapuskan.
emotional developmentperkembangan emosiPsikologiPsikologi UmumProses perkembangan elemen psikologi yang mengambil masa yang lama dan bermula sejak peringkat bayi. Dalam ikatan emosi yang terawal, bayi membentuk keakraban dengan membina kemesraan yang kuat dengan ibunya. Selepas itu, bayi akan membentuk pertalian emosi dengan orang lain yang berdekatan seperti bapa, adik-beradik, datuk dan nenek. Walau bagaimanapun, keakraban dengan ibu bukanlah satu kemestian kerana ada ketikanya orang lain boleh menggantikan tempat ibunya seperti penjaga atau pengasuh.
emotionemosiPsikologiPsikologi UmumKeadaan yang dicirikan oleh perubahan fisiologi dan psikologi yang biasanya dapat dilihat menerusi air muka seseorang. Perkataan ini berasal dari Greek yang bermaksud bergerak, iaitu emosi boleh membuatkan individu bergerak untuk melakukan sesuatu. Apabila perasaan takut, marah atau gembira menyerang individu, badannya akan dirangsang atau dimotivasikan untuk bertindak melakukan sesuatu seperti melarikan diri, menyakitkan orang lain atau ketawa riang. Emosi biasanya dikaitkan dengan tingkah laku adaptif seperti menyerang, melarikan diri, mencari keselesaan, menolong orang lain dan sebagainya. Tingkah laku sedemikian akan membantu individu untuk meneruskan kehidupannya. Perubahan emosi boleh berlaku dalam pelbagai bentuk seperti perubahan dalam kadar denyutan jantung, peningkatan tekanan darah serta perubahan fizikal seperti yang ditunjukkan melalui tangan yang menggeletar, bulu roma meremang dan sebagainya.
aesthetic emotionemosi estetikKesenianTiadaEmosi yang terjalin dalam menghayati sesuatu seni.
12345678910...

Kembali ke atas