Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bilangan sepuluh ditambah empat (14, XIV); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata empat belas

Puisi
 

Empat belas bulan mengambang,
     Bulan belum purnama lagi;
Kalau ingat kepada abang,
     Hendak simpan di dalam hati.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Serupa burak.

Bermaksud :

Kecantikan wajah seseorang wanita. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Bagai bulan empat belas, b. Serupa bulan penuh). burak = sebangsa haiwan ghaib, bertubuh binatang, bersayap seperti burung, berkepala sebagai manusia.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEmpat belas bulan purnama, Mendung berarak jadi gelita; Harap di hati nak hidup bersama, Apakan daya jodoh tiada.
Kurik Kundi Merah SagaEmpat belas bulan mengambang, Bulan belum purnama lagi; Kalau ingat kepada abang, Hendak simpan di dalam hati.
Kurik Kundi Merah SagaEmpat belas tali kecapi, Telur murai di atas lutut; Rasa belas dalam hati, Rambut mengurai atas lutut.
Kurik Kundi Merah SagaSatu dua tiga empat, Lima setengah tidak gunanya; Belas memandang tupai melompat, Ada masa jatuh ke tanah juga.

Kembali ke atas