Tetak buluh panjang empat puluh, Nak mengempang Kuala Daik; Carilah rial barang empat puluh, Nak minang janda yang baik. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Empat puluh petang parit dijangat, Paritnya satu dijemur kain; Adik tak ambuh royatku bangat, Mudahlah ambo mencari lain. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Empat puluh kapal Peringgi, Kapal nak masuk benua China; Teguh-teguh berpegang janji, Saya nak masuk bergadai nyawa. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Keris sempena Ganja Iras, Bisanya empat puluh hari; Ke mana panglima muda berhias, Menegak adil membela diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Tetak buluh berdesing-desing, Anak kala ada di dalam; Empat puluh pintu berkancing, Anak dara ada di dalam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Bukit Jertih berhutan buluh, Tempat raja pergi memburu; Minta selisih malaikat empat puluh, Janganlah saya diberi malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |