Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : empat kali sepuluh (40, XL); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
puluh
Kata Terbitan : berpuluh-puluh,

Puisi
 

Empat puluh petang parit dijangat,
     Paritnya satu dijemur kain;
Adik tak ambuh royatku bangat,
     Mudahlah ambo mencari lain.


Lihat selanjutnya...(6)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
roaring fortykencang empat puluhGeografiTiadaAngin baratan yang berlaku pada garis latitud 40o - 50o yang tiupannya adalah sangat kencang disebabkan tidak terdapat sebarang halangan.
tetraterpenetetraterpenaHerbaFitokimiaSebatian hasilan semula jadi yang terdiri daripada empat puluh karbon, iaitu gandingan 8 unit isoprena. Jenis terpena ini hanya diwakili oleh satu kumpulan sebatian yang dikenali sebagai karotenoid. Karotena merupakan contoh kumpulan sebatian tetraterpena. Lihat juga karotenoid.
Phase Alternation Line (PAL)Garisan Bersilang TingkatKomunikasiTiadaSistem warna yang dicipta di Jerman dan digunakan oleh empat puluh dua buah negara di dunia seperti di Asia, Timur Tengah dan Afrika.
gendang dua puluh empat musimgendang dua puluh empat musimMuzikTiada

 Sejenis ensembel masyarakat Cina Malaysia yang terdiri daripada 24 gendang besar atau shigu. Ensembel ini dipentaskan pertama kali di Johor Bahru pada tahun 1988. Setiap corak rentak muzik yang dimainkan menggambarkan suasana atau pergerakan petani pada setiap musim seperti musim membajak tanah, menyemai, dan menuai atau membanting padi. Si­nonim er shi sijieling gu.

vicesimo-quartoper dua puluh empat belasPerpustakaanTiadaTiada
twenty-four hours clausefasal dua puluh empat jamPentadbiran PerniagaanTiadaFasal di bawah polisi kargo marin, biasanya untuk barang yang disejukkan, yang menetapkan bahawa kelewatan merupakan peril yang diinsuranskan, termasuk risiko kerosakan peralatan. Fasal ini juga menghendaki sesuatu kerosakan mesti berlarutan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum tuntutan boleh dibayar.
eyemataSainsHidrometeorologiIstilah ini biasanya bermaksud �mata ribut� (hurikan, taufan); iaitu kawasan hampir bundar, dengan angin yang agak sepoi dan cuaca baik yang terdapat di pusat siklon tropika yang hebat. Angin ini umumnya 10 knot atau kurang; tidak terdapat hujan; kadang-kadang langit kelihatan biru. Garis pusat mata berubah-ubah dari empat batu atau hingga lebih daripada empat puluh batu; saiz biasanya adalah di antara dua belas dan dua puluh lima batu. Pencerapan moden menunjukkan bahawa mata tidak tetap dalam keadaan mantap tetapi bentuk dan saiznya sentiasa berubah-ubah.
er shi si jieling guer shi si jieling guMuzikTiada

 Lihat gendang dua puluh empat musim.

urineair kencingPerubatanTiadaCecair yang dikumuhkan oleh ginjal melalui ureter, disimpan di dalam pundi kencing, dan dikeluarkan melalui uretra. Dalam keadaan sihat, cecair ini berwarna kuning kejinggaan,memberikan tindak balas yang agak berasid, dan mempunyai bau ammonia. Isi padu purata air kencing yang dikumuhkan dalam tempoh dua puluh empat jam ialah sekitar 1000 hingga 2000 ml. Graviti tentu air kencing adalah di antara 1.005 hingga 1.030.
triterpenetriterpenaHerbaFitokimiaSebatian hasilan semula jadi yang terdiri daripada tiga puluh karbon, iaitu gandingan 6 unit isoprena. Sebatian yang paling ringkas dalam bentuk asiklik ialah skualena. Triterpena wujud sebagai sebatian tanpa warna, berhablur dan mempunyai takat lebur yang tinggi. Triterpena boleh dibahagikan kepada empat kumpulan, iaitu triterpena sebenar, steroid, saponin dan glikosida kardiak. Triterpena sebenar wujud dalam tiga bentuk utama, iaitu bentuk asiklik seperti skualena, tetrasiklik seperti lanosterol dan pentasiklik seperti asid ursolik.

Kembali ke atas