Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.na/] | اينق

Definisi : (énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~; 2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit; seenak sama enaknya (dgn); seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~ sahaja menuju ke selatan; enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu; mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu; terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan dll); keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.na/] | اينق

Definisi : /énak/ 1 sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2 senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enak

Puisi
 

Anak kodok di atas papan,
     Mati dipatuk si ular sawa;
Enak sungguh mimpikan tuan,
     Serasa menjenguk pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
toothsomeadj (fml & humorous) sedap, enak: a ~ morsel of chicken, seketul daging ayam yg enak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
deliciousadj 1. delightful to the senses, a. (of food, taste) lazat, sedap, enak: a ~ meal, hidangan yg lazat; b. (of smell) sedap, enak: the ~ smell coming from the kitchen, bau enak yg datang dr dapur; 2. delightful to the mind, menyeronokkan: a ~ story, cerita yg menyeronokkan; a ~ joke, jenaka yg menyeronokkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unsavoury, (US) unsavoryadj 1. disagreeable or unpleasant to, a. (taste) tdk enak: she could not bring herself to swallow the ~ food, dia tdk dapat menelan makanan yg tdk enak itu; b. (smell) tdk menyenangkan: an ~ smell, bau yg tdk menyenangkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
unpalatableadj 1. tdk /sedap, enak/ (rasanya): ~ food, makanan yg tdk sedap;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
goodb. (of food, taste, smell) sedap, enak: this soup tastes ~, sup ini sedap rasanya; c. (of fire) menyala dgn /baik, elok/; d. (of view) dgn /jelas, terang/: we have a ~ view of the harbour, kita dapat melihat pelabuhan itu dgn jelas; 2. not decayed, broken, damaged, etc, baik, elok, bagus; (of teeth) sihat, kuat: is the meat still ~?, daging ini masih elok?; ~ eyesight, penglihatan yg baik; 3. virtuous, morally admirable, baik: a ~, pious woman, perempuan yg baik dan alim; do a ~ deed, berbuat /amal, baik/;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lusciousadj 1. juicy, delicious, lazat, enak sekali: a bowl of ~ strawberries, semangkuk strawberi yg lazat; 2. (colloq) desirable, menggiurkan: a ~ young actress, seniwati muda yg menggiurkan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
top1~ off, diakhiri, disudahi: a delicious meal was ~ped off by excellent coffee, makanan yg enak itu disudahi dgn minum kopi yg terbaik;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
water2. salivate, terliur, kecur: his mouth ~ed at the sight of such delicious food, dia terliur melihat makanan yg enak itu; the chocolate cake makes my mouth ~, kek coklat itu membuat saya terliur;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lovelyadj 1. exquisitely beautiful to look at, (sungguh) cantik: what a ~ flower arrangement!, alangkah cantiknya gubahan bunga itu!; 2. (colloq) delightful, enjoyable, menyeronokkan, seronok; (of food) enak, lazat: we had a ~ time at the beach, kami menikmati saat-saat yg menyeronokkan di pantai; it was a really ~ film, itu filem yg sangat menyeronokkan: thank you for the ~ dinner, terima kasih krn menghidangkan makan malam yg enak;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
specially b. on the quality or characteristic of st, begitu: a restaurant where the food was ~ good, sebuah restoran yg menghidangkan makanan yg begitu enak.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12

Kembali ke atas