Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.na/] | اينق

Definisi : (énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~; 2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit; seenak sama enaknya (dgn); seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~ sahaja menuju ke selatan; enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu; mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu; terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan dll); keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.na/] | اينق

Definisi : /énak/ 1 sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2 senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enak

Puisi
 

Anak kodok di atas papan,
     Mati dipatuk si ular sawa;
Enak sungguh mimpikan tuan,
     Serasa menjenguk pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
soalan 1 perkataan 'belaka' bolehkah digunakan seperti ayat berikut: 'makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu enak-enak belaka.' soalan 2 adakah ayat berikut betul? 'Air muka Ali berubah apabila terdengar suara memanggilnya dari rumah tinggal itu.'

Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, belaka bermaksud semuanya atau  seluruhnya sekali (tidak ada kecualinya). Justeru, belaka boleh digunakan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun, ayat  tersebut salah kerana kata nama ganda yang bermaksud jamak tidak boleh diikuti oleh kata adjektif ganda yang bermaksud jamak. Ayat yang betul ialah Makanan yang terhidang di atas meja itu enak-enak belaka. ATAU Makanan-makanan yang terhidang di atas meja itu enak belaka.

Ayat kedua tersebut adalah betul.

Tatabahasa16.02.2011
Mohon semakan tuan/ puan sama ada benar atau tidak. Perkataan "mengenakkan" daripada kata dasar "enak". Contoh ayat: Untuk mengenakkan masakannya, tukang masak itu menggunakan rempah-ratus yang dibawa khas dari India.Perkataan mengenakkan ialah daripada kata enak. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi mengenakkan ialan menjadikan enak  iaitu sedap dan senang. Contoh ayat lain ialah Masukkan sedikit pati rasa untuk mengenakkan lagi masakan itu. Tatabahasa22.03.2021
adakah sekali boleh digunakan bersama-sama dengan kata penguat sangat, amat dan sungguh. contoh masakan emak amat enak sekali. masakan emak sangat enak sekali adakah katapenguat bebas boleh digunakan di hadapan atau belakang kata adjektif contoh Budak itu amat sombong budak itu sombong amat adakah ia boleh digunakan untuk manusia sahaja. bolehkah ia digunakan untuk benda dan binatang harap tuan/puan menjawap secepat mungkin. hubungi 0123857124

Terdapat tiga jenis kata penguat: A. kata penguat hadapan, iaitu yang terletak di hadapan frasa atau kata adjektif. Contoh: terlalu, paling, agak, cukup; contoh ayat: pokok itu terlalu tinggi; masakannya paling enak;pemandangan di tasik itu cukup indah; harga emas makin mahal; jawapannya kurang tepat;B. Kata penguat belakang, iaitu kata yang letaknya di belakang kata adjektif. Contohnya: sekali, benar, betul dan nian. Contoh ayat: kelakuannya baik sekali; lambat benar dia datang; indah nian istana bunian; keputusan peperiksaannya buruk betul; C. Kata penguat bebas, iaitu letaknya boleh di hadapan atau di belakang kata adjektif. Contoh: amat, sangat, dan sungguh. Contoh ayat: Pakaiannya amat kemas=kemas amat pakaiannya; harganya sangat mahal=mahal sangat harganya; sungguh sedih kisahnya= kisahnya sungguh sedih.Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan hal. 247 dan 397 untuk keterangan lanjut. Kata penguat boleh digunakan pada manusia, haiwan, benda dan sebagainya.

Tatabahasa27.06.2008
Tuan, sila lihat ayat di sebelah dulu. 1. Malaysia terkenal dengan aneka makanan yang enak. Saya hendak bertanya, kata sendi nama "dengan" dalam ayat (1) bermaksud apa? Adakah "dengan" bermaksud bersama-sama, atau menyatakan keadaan perbandingan yang sama? Saya merasakan ayat ini salah, kerana ayat ini tidak menepati semua maksud kata sendi nama "dengan". Saya berpandangan bahawa ayat ini harus dibetulkan menjadi: 2. Malaysia terkenal oleh aneka makanan yang enak. Dalam ayat (2), kata sendi nama "oleh" bermaksud kerana, jadi "aneka makanan yang enak" menjadi sebab "Malaysia terkenal". Oleh sebab itu, kata sendi nama "oleh" saya fikirkan lebih sesuai digunakan dalam ayat yang saya berikan.Malaysia terkenal dengan aneka makanan yang enak. Ayat ini betul dan telah mantap digunakan dalam kalangan masyarakat, berbanding dengan ayat Malaysia terkenal oleh aneka makanan yang enak. Penggunaan kata sendi nama dengan dalam ayat tersebut boleh membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan, iaitu cara Malaysia dikenali, lihat ayat 310 dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.

Tatabahasa31.01.2015
Kaka membelanjai adik makan (mi goreng) dan (cendol durian)di (Restoran Enak) Dalam ayat ini ada kesalahan tak?Jawapan yang betul ialah, "Kakak membelanjai adik makan mi goreng dan cendol durian di Restoran Enak".Lain-lain22.03.2022
Saya memerlukan nasihat bahasa untuk ayat “Pilihan Rakyat Untuk Citarasa Yang Lebih Enak!”. Adakan penggunaan ayat ini betul?Ayat yang betul dari segi tatabahasa ialah "Pilihan Rakyat untuk Cita Rasa yang Lebih Enak."Tatabahasa07.04.2014
Salam sejahtera tuan, Adakah ayat di bawah betul? i. Nasi goreng yang sudah siap masak itu sungguh enak rasanya. Terima kasih.Ayat yang betul, "Nasi goreng yang sudah siap dimasak itu sungguh enak rasanya".Tatabahasa05.08.2014
Adakah ayat dibawah adalah betul? sekirannya salah,tolong jelaskan.. +Para tetamu menyesal sikap penaja jamuan kerana makanan yang telah disediakan tidak enak.. terima kasih

Saudara,

Ayat yang betul ialah ' Para tetamu kesal dengan sikap penaja jamuan kerana makanan yang disediakan tidak enak.

Tatabahasa20.08.2010
Selamat sejahtera. Saya hadapi masalah dalam pemilihan jawapan. soalan: " Wah, enak _____ kek coklat yang kamu buat ini! " kata Suraya kepada Anis. A. paling C. nian B. sungguh D. sangat Setahu saya, Kata Penguat Bebas ada tiga, iaitu amat, sungguh, dan sangat. Dalam soalan ini, adakah jawapannya ialah B dan D ? Moga-moga pihak tuan dapat membantu saya. Untuk makluman pihak tuan, saya En. Yew, seorang guru yang bertugas di SJK(C) Desa Jaya, Kepong, Selangor. Terima kasih.Kata penguat yang tepat ialah "sungguh".   

"Wah, enak sungguh kek coklat yang kamu buat ini!" kata Suraya kepada Anis.
Tatabahasa15.07.2013
saya keliru tentang konsonan bergabung ? kastam, sedap , lazat ,enak dan harum ? konsonan bergabung atau tidak ? konkrit ialah konsonan bergabung , adakah sebab n,k dipisahkan 2 suku kata kon krit ?Digraf ialah dua huruf berturut-turut yang mewakili satu bunyi seperti ng, ny, sy, kh dan gh. Digraf juga dikenali sbagai dwihuruf, dwilambang atau huruf rangkap. Contoh perkataan yang mepunyai digraf ialah nganga, nyamuk, naskhah, ghaib, lubang, khabar, pisang dan syampu.

Konsonan bergabung atau konsosnan rangkap pula ialah huruf konsonan yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua konsonan itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh konsonan bergabung ialah kompleks, terminal dan konkrit.
Tatabahasa13.05.2014
1234

Kembali ke atas