Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.na/] | اينق

Definisi : (énak) 1. sedap, nyaman (rasa dll): nasi lemak yg dijual oleh seorang Melayu di kedai kopi itu sangat ~ rasanya; makanan yg ~; 2. senang (badan, hati, dll): gurunya memerhatikan muka mereka dgn pandangan yg kurang ~; Cik Salmah sedang ~ menonton di panggung Capitol; ~ hati senang hati; tak ~ badan sakit sedikit; seenak sama enaknya (dgn); seenaknya sesenang hati, sesedap (sesuka, sekehendak) hati: tidak satu pun peluru itu mengenai kapal terbang yg terbang dgn ~ sahaja menuju ke selatan; enak-enakan makanan dll yg enak-enak, sedap-sedapan;berenak-enak bersenang-senang, melakukan sesuatu dgn senang hati: ia sedang ~ duduk di kebun bunga itu; mengenakkan 1. menjadikan enak (sedap, senang), menyedapkan, menyenangkan: masukkanlah sedikit pati rasa utk ~ lagi masakan itu; pendengarannya janggal dan tidak ~; 2. menyatakan (berpura-pura) enak: makanan itu dienakkannya juga, walaupun pahit bagai hempedu; terenak 1. yg paling enak; 2. memperoleh kesedapan (kesenangan dll); keenakan 1. kesedapan; 2. kesenangan, keseronokan; 3. Jk menjadi terbiasa (biasanya hal yg kurang baik): jangan dibiasakan memanjakan anak, nanti dia ~ bermanja-manja dgn orang lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.na/] | اينق

Definisi : /énak/ 1 sedap atau nyaman (rasanya dll); lazat: ~ sungguh kuih ini. 2 senang (pd perasaan dll); seronok; sedap: Adli sedang ~ menonton televisyen. berenak-enak melakukan sesuatu dgn senang hati; bersenang-senang; berseronok-seronok: Keluarga itu ~ mandi di pantai. mengenakkan 1 menjadikan enak; melazatkan; menyedapkan: Utk ~ masakan, masukkanlah sedikit serbuk perasa. 2 berpura-pura berasa enak; menyatakan enak: Utk menjaga hati isterinya, dia ~ makanan itu walaupun rasanya tidak sedap. keenakan keadaan atau rasa enak; kesenangan; kesedapan; kelazatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enak

Puisi
 

Anak kodok di atas papan,
     Mati dipatuk si ular sawa;
Enak sungguh mimpikan tuan,
     Serasa menjenguk pintu syurga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Minyak habis sambal tak enak.

Bermaksud :

Peralatan perkahwinan diadakan secara besar-besaran, tetapi perjodohannya tidak kekal.

 

Lihat selanjutnya...(7)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pleasantenakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
pleasantenakKesenianTiadaTiada
sweet itchgatal enakVeterinarTiadaTiada
nausealoyaPerubatanTiadaRasa tidak enak di sekitar epigastrium dan abdomen, yang lazimnya menyebabkan berlakunya muntah. Sin: mual
cacogeusiakakogeusiaPerubatanTiadaRasa yang tidak enak, selain akibat kehadiran atau pengaruh makanan, ubat atau bahan lain; biasanya timbul akibat gangguan metabolisme umum.
dolcemanisKesenianTiadaEkspresi dalam muzik yang enak didengar.
addolcendo (It)dengan manisMuzikTiada

Persembahan muzik secara enak.

dolcissimosangat manisKesenianTiadaEkspresi dalam muzik yang sangat enak didengar.
rancidtengikPentadbiran PerniagaanTiadaBau atau rasa yang tidak enak pada lemak atau minyak yang telah lama atau rosak.
rancidtengikMakanan dan PemakananTeknologi MakananRasa atau bau yang tidak enak yang terbentuk dalam minyak atau lemak disebabkan oleh hidrolisis atau pengoksidaan. Bau tengik yang dihasilkan oleh hidrolisis ialah bau masam, hapak, dan tajam disebabkan oleh pembentukan asid lemak berantai pendek, manakala bau tengik yang dihasilkan oleh pengoksidaan ialah seperti bau cat, bahan kimia, ikan, atau kacang mentah disebabkan oleh pembentukan hasil-hasil sekunder seperti aldehid, alkohol dan keton.
123

Kembali ke atas