Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima dicampur satu (6, VI); ~ belas bilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI); ~ likur sl ark dua puluh enam (26, XXVI); ~ puluh bilangan yg besarnya enam kali sepuluh (60, LX); berenam berjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya: jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah; keenam yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~, hulubalang yg bernama Sutama; keenam-enam semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang ke rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima ditambah satu; 6: ~ belas 16; ~ puluh 60. berenam berjumlah enam: Jangan pergi semuanya, ~ pun cukuplah. keenam bilangan atau peringkat yg nombor enam: Hulubalang Melaka yg ~ bernama Hang Nadim. keenam-enam enam-enam sekali; enam semuanya: Maka ~ sahabat itu pun berpeluk-pelukan dgn mesra setelah bertemu kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enam

Puisi
 

Soldadu mudik enam orang,
     Tinggi berjamang pula;
Lihat dek made awan terbang,
     Entah ke mana akan sampainya.


Lihat selanjutnya...(17)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sestinasestinaKesusasteraanTiadaSajak yang mengandungi stanza enam, enam baris dan tiga baris terakhir dalam stanza keenam adalah sebagai envoi.
pecah enampecah enamKesenianTiadaMotif tembikar berunsur tumbuhan berbentuk enam pecahan kelopak.
rombong bucu enamrombong bucu enamKesenianTiadaRombong yang berbucu enam.
pantun enam keratpantun enam keratKesusasteraanTiadaTiada
bunga pecah enambunga pecah enamKesenianTiadaMotif tekat dan tembikar berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk bunga lawang. bunga lawang.
hexaploidheksaploidBiologiHistologi dan Sitologi1. ks. Berkait atau mempunyai ciri enam set kromosom. 2. kn. Sel yang memiliki enam set kromosom, iaitu enam kali ganda bilangan haploid.
sulur bayung bunga pecah enamsulur bayung bunga pecah enamKesenianTiadaMotif tekat berunsur tumbuhan yang mengambil bentuk sulur yang berlingkar-lingkar yang menjadi ragam hias yang melengkung keluar bersama bunga berkelopak enam.
hexagonal shapebentuk segi enamArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBentuk yang terdapat pada artifak mempunyai bentuk segi enam. Contoh yang paling jelas ialah peninggalan syiling zaman Kesultanan Melayu Johor yang diperbuat daripada timah dengan nilaian katun. Bahagian tepinya dipotong sehingga menghasilkan bentuk segi enam. Terdapat tulisan di bahagian hadapan dan belakang yang ditulis dengan tulisan Hoza Al Masruf dan Dar Al Johorah. Syiling bentuk ini dikeluarkan sekitar abad ke 17 M.
hexapodyenam padaKesusasteraanTiadaBaris sajak yang bermatra enam.
sextetsekstet; rangkap enamKesusasteraanTiada3. Rangkap puisi yang mengandungi enam baris.
12345678910...

Kembali ke atas