Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : bilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI); (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enam belas


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
nombor perenambelasan(Mat) nombor dlm sistem angka yg berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F;Kamus Dewan Edisi Keempat
nombor perenambelasan(hexadecimal number)Nombor dalam sistem angka yang berdasarkan enam belas angka asas, iaitu 0 hingga 9 dan A hingga F.Kamus Komputer
enam belasbilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI);Kamus Dewan Edisi Keempat
talibunsj puisi lama yg terdiri lebih drpd empat baris (biasanya terdiri drpd enam belas atau dua puluh baris) yg bersajak pd hujungnya.Kamus Dewan Edisi Keempat
beranakkan1. mempunyai sbg anak(nya): dia malu ~ seorang penjahat; 2. melahirkan (seseorang): nenekku berumur enam belas tahun sewaktu ~ bapaku;Kamus Dewan Edisi Keempat
memangku1. meletakkan sesuatu di atas riba (dan memegang atau memeluknya), me­riba: aku tidak dapat ~nya lagi di atas lututku; 2. membawa sesuatu di atas lengan yg dibengkokkan (seakan-akan mendakapnya): enam belas jawatan ~ perkakas kerajaan dan memegang dian; bininya dipangku dan dibawa keluar dr semak itu; 3. ark memeluk atau menganut (agama, ideologi, dll); 4. me­ngelolakan atau menyelenggarakan (kerajaan, negara, dll): ~ negeri; 5. mewakili (sbg wali), memegang jawatan sementara bagi menggan­tikan pegawai dll yg tetap: Raja Abdul Jalil dirajakan spt wasiat Sultan Muzaffar Shah itu, dipangku oleh Bendahara; kerana Mahahakim itu bercuti atau sakit, maka tempatnya boleh dipangku oleh seorang Hakim Besar; 6. memegang sesuatu jawatan (pang­kat), memikul tanggungjawab: siapakah yg ~ jawatan pengarah syarikat itu pd masa ini?; jangan ~ ayam jantan, baik ~ ayam betina prb kalau pergi ke negeri orang janganlah meng­habiskan harta tetapi hendaklah mencari ke­untungan;Kamus Dewan Edisi Keempat
tahun I1. jangka waktu (masa) yg lamanya dua belas bulan: umurnya enam belas ~; berapa ~ kamu tinggal di kampung itu? 2. angka yg menyatakan tarikh: beliau dilahir­kan pd ~ 1945; 3. masa dua belas bulan yg ke... (spt majalah, surat khabar, dll): Majalah Bahasa ~ yg kedua bilangan satu; 4. masa dua belas bulan utk ...; ~ buku Id masa utk perhitungan kewangan dlm perniagaan (biasa­nya dr 1 Januari hingga 31 Disember); 5. masa selama tumbuh-tumbuhan hidup, musim; ~ jagung masa selama tiga atau empat bulan; ~ akademik seluruh tempoh masa dlm satu tahun yg digunakan utk pengajian atau kuliah di kolej, universiti, akademi dsb: Program Sarjana Perubatan adalah satu program lepasan ijazah yg mengambil masa empat ~ akademik; ~ akademik 1997/98; ~ asas (Eko) tahun yg dipilih sbg permulaan bagi pengiraan satu siri nombor indeks, biasanya tahun yg mempunyai ciri normal spt ketiada­an kemelesetan dan inflasi yg tinggi; ~ baru hari yg pertama dlm satu-satu tahun; ~ belakang Id = ~ depan = ~ hadap(an) tahun yg akan datang; ~ cahaya (Fiz) unit jarak yg bersamaan dgn jarak yg dilalui cahaya dlm satu tahun; ~ Dal tahun yg kelima dlm daur kecil (windu); ~ fiskal jangka masa dua belas bulan yg diliputi oleh belanjawan sesebuah negara; ~ Gajah tahun berlakunya peristiwa serangan tentera bergajah pimpinan Abrahah (dr Yaman) ke atas Kaabah, yg bersamaan dgn tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW; ~ Hijrah tarikh yg dikira mulai tarikh hijrah Nabi Muhammad SAW dr Mekah ke Madinah; ~ kabisat = ~ lompat = ~ panjang Id tahun yg sehari lebih panjang drpd tahun yg biasa; ~ kalendar tempoh masa satu tahun dr 1 Januari hingga 31 Disember pd tahun yg sama; ~ kamariah = ~ qamari tahun yg dikira meng­ikut perjalanan bulan; ~ kewangan a) jangka masa dua belas bulan yg pd akhirnya sesebuah syarikat dll menutup akaunnya; b) tahun fiskal; ~ lalu tahun yg lepas; ~ Masihi tarikh yg dikira mulai dr tarikh lahirnya Nabi Isa a.s.; ~ syamsiah tahun yg dikira mengikut perjalanan matahari; setahun satu tahun; ~ padi tempoh lima atau enam bulan; berumur ~ jagung a) muda sekali; b) ki belum matang (pemikiran dll); setahun-tahunan sepanjang tahun; bertahun; sudah ~ sudah beberapa tahun yg lalu: sudah lama Leman merantau, sudah ~ hari yg habis; bertahun-tahun beberapa tahun lamanya: sudah ~ lamanya Nasir bergaul dgn gadis itu; menahun 1. tinggal hingga genap setahun atau beberapa tahun lamanya: beliau telah men­jauh­kan diri naik ke Makkatul-musyar-rafah lalu duduk ~ di sana; 2. lama benar: dia sudah ~ di sini; 3. lama merana (meng-hidap penyakit): dia menjadi korban drpd fungsi­nya juga dan akibatnya timbul infeksi yg ~; tahunan 1. (berlaku atau diadakan) setiap tahun: salah satu drpd tujuan ibadat haji ialah utk menyatukan umat Islam melalui satu muktamar Islam ~ yg berlangsung di tanah suci; mesyuarat agung ~; penyata ~; 2. bp sudah bertahun-tahun.Kamus Dewan Edisi Keempat
enambilangan lima ditambah satu; 6: ~ belas 16; ~ puluh 60. berenam berjumlah enam: Jangan pergi semuanya, ~ pun cukuplah. keenam bilangan atau peringkat yg nombor enam: Hulubalang Melaka yg ~ bernama Hang Nadim. keenam-enam enam-enam sekali; enam semuanya: Maka ~ sahabat itu pun berpeluk-pelukan dgn mesra setelah bertemu kembali.Kamus Pelajar Edisi Kedua
cucuk I1. sesuatu yg tajam yg digunakan utk menusuk dll (spt jarum, cuban, penyemat, dll); ~ hidung tali yg ditusukkan pd hidung lembu (kerbau dll), keluan; ~ rambut (sanggul) penyemat rambut, tusuk kondai; 2. penjodoh bilangan utk barang yg ditusuk dgn lidi (tali dll): sepuluh sen se~; enam belas ~ sate; 3. suntik (utk memasukkan ubat dll ke dlm badan): ia menggosok-gosok bekas kena ~; bercucuk; ~ ikan ark berderet rapat-rapat, bersesak-sesak; ~ tanam (tanah) bertani, bekerja menanam tumbuh-tumbuhan di sawah, ladang, dll; mencucuk 1. menusuk (dgn barang yg tajam spt peniti, lidi, pin, dll), menebuk, menikam (dgn keris, pisau, dll), mencacah (dgn jarum): ia masih ~ rojak dgn sebilah garpu; 2. melubangi atau mengeluani (hidung lembu, kerbau, dll); dicucuk orang hidung = spt kerbau dicucuk hidung prb menurut sahaja kemahuan orang (tidak mahu membantah); 3. menyuntik (utk memasukkan ubat dlm badan): utk mencegah penyakit taun, semua orang mesti dicucuk; 4. merangkai-rang­kaikan (menganggit) dgn cucuk (tusuk): ~ atap; 5. ki menghasut, mengacum, mengapi-apikan, menimbulkan kemarahan orang: dialah yg ~-orang itu hingga mereka bergaduh; 6. ki menusuk atau masuk ke dlm: bau nasi lemak yg ~ hidung; ~ hati ki a) menyakiti hati; b) memilukan hati; ~ mata a) mencolok mata; b) ki sangat nyata, tampak benar, mudah tampak; c) ki menyakiti hati, memberi malu; mencucuk-cucuk 1. mencucuk berulang kali: mereka akan ~ lengan mereka dgn anak batu sehingga luka; 2. berasa sakit spt dicucuk-cucuk dgn jarum, duri dsb: bisa di dadanya ~; berasa sakit yg ~; cucuk-mencucuk ki saling menghasut: hindarilah sifat-sifat yg keji dan jijik spt fitnah-memfitnah, ~, dengki-mendengki dsb drpd kehidupan kita; mencucukkan menusukkan, menembuskan, merangkaikan, menyematkan, dll: ~ anak mancis ke dlm cerut; tercucuk tertusuk, tertembus; ~ hidung (mata) prb Mn tertipu kerana kebodohan (spt membeli barang yg tidak elok dgn harga yg tinggi); cucukan hasil perbuatan mencucuk, tusukan; pencucuk 1. cucuk; 2. ki penghasut, pe­ngacum, batu api.Kamus Dewan Edisi Keempat
enambilangan lima ditambah satu; 6: ~ belas 16; ~ puluh 60. berenam berjumlah enam: Jangan pergi semuanya, ~ pun cukuplah. keenam bilangan atau peringkat yg nombor enam: Hulubalang Melaka yg ~ bernama Hang Nadim. keenam-enam enam-enam sekali; enam semuanya: Maka ~ sahabat itu pun berpeluk-pelukan dgn mesra setelah bertemu kembali.Kamus Pelajar
12

Kembali ke atas