Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[en.ci/] | انچيق

Definisi : 1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan kpd orang Cina asli; encik-encik seorang Cina asli; berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono! memperencik memanggil encik (kpd sese-orang): sekarang engkau yg patut saya perencik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[en.ci/] | انچيق

Definisi : panggilan atau gelar kpd seseorang yg dihormati. berencik menggunakan kata encik (apabila bercakap). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata encik

Puisi
 

Encik Arshad menggali cacing,
     Itik baru kerat kepaknya;
Kalau pandai menimbang dacing,
     Baru tahu di mana beratnya.


Lihat selanjutnya...(52)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaEncik Kolok orang Temiang, Encik Mat Tahir pengasuhnya; Ambil golok buat menyiang, Ambil air pembasuhnya.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Arshad menggali cacing, Itik baru kerat kepaknya; Kalau pandai menimbang dacing, Baru tahu di mana beratnya.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Lebai naik ke bukit, Menangkap ayam di pohon gaharu; Orang kebal lukanya sedikit, Remuk di dalam orang tak tahu.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Isa anak Palembang, Dari Patani lalu ke Kelantan; Sekalian bisa lagi kubuang, Inikan pula bisa di badan.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Esah pergi Merlong, Sampai Merlong masak petola; Orang susah wajib ditolong, Baru kita dapat pahala.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Ali membawa galah, Sampai kuala menjala ikan; Bukit tinggi dijadi Allah, Lautan dalam siapa galikan?
Kurik Kundi Merah SagaEncik Akop menggali kolam, Delima batu dipenggal-penggal; Kalau dah sanggup jadi Islam, Lima waktu jangan ditinggal.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Elok minum di kendi, Kendi berisi minyak lenga; Apa dipujuk abang berbudi, Dalam berbudi banyak terkena.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Hitam orang Bangkahulu, Datang ke sini menjaja kain; Hitam rambut sama berbulu, Tetapi hati lain-lain.
Kurik Kundi Merah SagaEncik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia.
123456

Kembali ke atas