Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[en.ci/] | انچيق

Definisi : 1. panggilan kpd orang lelaki yg sederhana kedudukannya atau yg tidak dikenali; 2. panggilan kpd ibu (bagi sesetengah orang); 3. gelaran yg digunakan sebelum nama orang lelaki (yg tidak mempunyai sebarang gelaran spt Datuk, Tengku, dsb): E~ Ramli; ~ laki-laki laki-laki yg menjadi kepala rumah tangga, tuan rumah; ~ perempuan isteri, nyonya rumah, orang rumah; 4. Jk panggilan kpd orang Cina asli; encik-encik seorang Cina asli; berencik menggunakan kata encik apabila bercakap-cakap: memang Hamid apabila bercakap dgn aku selalu ~; Ah, jangan ~ juga lagi dgn saya, Suyono! memperencik memanggil encik (kpd sese-orang): sekarang engkau yg patut saya perencik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[en.ci/] | انچيق

Definisi : panggilan atau gelar kpd seseorang yg dihormati. berencik menggunakan kata encik (apabila bercakap). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata encik

Puisi
 

Encik Arshad menggali cacing,
     Itik baru kerat kepaknya;
Kalau pandai menimbang dacing,
     Baru tahu di mana beratnya.


Lihat selanjutnya...(52)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Encik-Encik SemuaNoraini IsmailBerita Harian28.02.2009
Encik Aziz Deraman, Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan Belia danSukanTiadaMingguan Famili06.07.1986
Encik Kassim Ahmad: penerima Ijazah KehormatTiadaSenada01.07.1985
So, Encik Zain, do try this channel: the press..Yeoh, PatrickThe Malay Mail05.04.1978
Call him Encik Negara KuP. SelvaraniNew Sunday Times26.08.2007
Siapa Agaknya Encik Rama?MatlobBerita Harian30.12.1976
Kata YB Encik V. DavidPak Pandir ModenUtusan Malaysia28.05.1981
Yang Berhormat, Encik!Azizi Hj. AbdullahWatan01.07.1991
Ja'afar Encik Abu Bakar Lingga: Gembala Khazanah Kerajaan Riau-Lingga (Ulama Nusantara)Wan Mohd. Shaghir AbdullahUtusan Malaysia22.11.2004
Lambaian Kubur (Untuk Encik Tiawang Bar)Enku AmbongSabah Times26.06.1994

Kembali ke atas