Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n 1. betrothal, pertunangan: he has broken off his ~ to Susan, dia telah memutuskan pertunangannya dgn Susan; 2. ( fml ), ( arrangement to meet so. ) janji temu; (arrangment to do st ) urusan: I was unable to come because I had a previous ~, saya tdk dapat datang krn saya ada janji temu yg dibuat sebelum ini; she has many ~s this week, dia ada banyak urusan minggu ini; 3. booking, pertunjukan: this will be her last concert ~, ini akan merupakan pertunjukan konsertnya yg terakhir; 4. battle, pertempuran: 5. act of employing, pengambilan: the ~ of two new technical assistants, pengambilan dua orang pembantu teknik baru. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata engagement


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Apakah tejemahan yang sesuai bagi "Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure"? 1. Prosedur Perjanjian & Perjanjian Semula Rakan Perniagaan 2. Prosedur Pengelibatan & Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan 3. Perjanjian Rakan Perniagaan & Prosedur Perjanjian Semula 4. Lain-lain (sila berikan pendapat anda). Mohon bantuan tuan/puan. Terima kasih sekali lagi.Business Partner Engagement & Re-engagement Procedure boleh diterjemahkan kepada Prosedur Perjanjian dan Perjanjian Semula Rakan Perniagaan, atau Prosedur Pengelibatan dan Pengelibatan Semula Rakan Perniagaan, bergantung kepada konteks sebenar penggunaan dan maksud keseluruhan teks. Penterjemah lebih memahami konsep sebenar yang dibincangkan dalam wacana tersebut.Penyemakan dan penterjemahan04.07.2015
Salam, saya ingin bertanyakan apakah penterjemahan yang sesuai/tepat untuk "engagement session" contoh ayat: engagement session with community and public. Terima KasihKami mencadangkan engagement session diterjemahkan kepada sesi keterlibatan.Penyemakan dan penterjemahan05.07.2015
Saya ingin mendapatkan padanan yang sesuai bagi career engagement memandangkan pelajar-pelajar masih belum terlibat dalam kerjaya. Contoh ayat penggunaan career engagement adalah : This study addresses intraindividual changes in career engagement among university students. Career Engagement scale is a measure of the degree to which somebody is proactively developing his career as expressed by diverse career behaviors. Terima kasih di atas keprihatinan pihak tuan/puan.Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, kami mencadangkan “keterlibatan kerjaya” digunakan sebagai padanan bahasa Melayu bagi career engagement.Istilah14.03.2018
Apa makna engagement dalam Bahasa Malaysia bagi perkataan Public Engagement.Berdasarkan pangkalan data kami, engagement dalam bidang undang-undang diterjemahkan sebagai perjanjian. Dan padanan ini berbeza dalam bidang pentadbiran, perubatan dan kata am. Oleh itu, tuan perlu memberikan maklumat tentang konteks penggunaan istilah tersebut untuk kami cadangkan terjemahan yang sesuai. Jika berkaitan bidang undang-undang public engagement boleh diterjemahkan kepada perjanjian am.Tatabahasa09.05.2012
terjemahan yang sesuai untuk frasa: engagement with external parties....mohon terjemahan yang sesuai untuk perkataan engagementTerdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk engagement, iaitu keterlibatan, perjanjian dan ikatan. Merujuk pada frasa  engagement with external parties, kesemua padanan keterlibatan, perjanjian dan ikatan boleh digunakan, namun pemilihan padanan yang paling sesuai bergantung pada konteks penggunaan yang puan maksudkan.Istilah06.02.2018
Bolehkah saya terjemahkan perkataan job engagement sebagai keterlibatan kerjaUntuk makluman tidak terdapat istilah khusus untuk "job engagement" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "engagement" dalam bidang pentadbiran yang padanan istilah bahasa Melayunya ialah pengambilan kerja.Istilah06.04.2014
Saya ingin menjalankan kajiselidik ke atas 'Employee Engagement Survey', tapi tidak dapat terjemahan yang betul untuk perkataan 'Engagement'. Yang ada cuma pertunangan; saya tak rasa ini adalah perkataan yang saya cari. Harap dapat bantu dengan perkataan yang paling sesuai. Terima kasih.-Mohaini.Engagement boleh diterjemahkan kepada keterlibatan, perjanjian , pengambilan kerja, dan pertunangan. Sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=engagement dan lihat konteks penggunaan yang tuan maksudkan.Penyemakan dan penterjemahan13.01.2015
mohon kerjasama bagi mendapatkan penggunaan bahasa sebenar "program engagement" yang sering digunakan kini. terima kasihMenurut data kami perkataan Engagement boleh diterjemahkan kepada keterlibatan, perjanjian , pengambilan kerja, dan pertunangan. Sila rujuk engagement&d=175768">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=engagement&d=175768 dan lihat konteks penggunaan yang tuan maksudkan.Lain-lain30.10.2017
Saya ingin bertanyakan terjemahan yang sesuai bagi perkataan engagement di dalam frasa "career engagement among students" memandangkan pelajar-pelajar belum melibatkan diri dalam kerjaya. Saya inginkan kepastian bagi tujuan penulisan tesis dan berharap pihak DBP dapat memberikan cadangan bagi tujuan penambahbaikan. Terima kasih.Mohon tuan/puan berikan penggunaan career engagement dalam contoh ayat yang lengkap supaya boleh kami cadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Padanan yang sesuai juga bergantung pada ayat yang sebelum dan selepas ayat yang mengandungi frasa tersebut.Penyemakan dan penterjemahan07.03.2018
Salam. Saya seorang pelajar yang sedang menjalankan kajian berkenaan 'employee engagement'. Mohon bantuan pihak tuan untuk menterjemahkan perkataan "employee engagement" ke dalam bahasa Melayu. Sekian Terima Kasih.Menurut data pangkalan kami, padanan dalam bahasa Melayu bagi employee ialah pekerja, dan  terdapat beberapa padanan istilah bahasa Melayu untuk engagement, iaitu keterlibatan, perjanjian dan ikatan dan padanan ini berbeza dalam bidang pentadbiran, perubatan dan kata am. Oleh itu, puan perlu memberikan maklumat tentang konteks penggunaan istilah tersebut untuk kami cadangkan terjemahan yang sesuai.Istilah13.05.2019
1234

Kembali ke atas