Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.nig.ma] | اينيݢما

Definisi : (énigma) seseorang atau sesuatu yg membingungkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enigma


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bagaimanakah menggunakan perkataan dasawarsa, maslahat,konklusi dan enigma dalam ayat?Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun, dekad. Maslahat dr bahasa Arab bermaksud sesuatu yang berfaedah. Konklusi pula dr bahasa Inggeris yg bermaksud kesudahan ataupun penutup (conclusion). Manakala enigma bermaksud sesuatu yg sukar difahami (kabur). Contoh penggunaan dlm ayat: 1. Hampir satu dasawarsa Amilah menunggu kepulangan suaminya yang telah ditahan oleh pihak Belanda.2. Para pembaca kitab Tajussalatin akan memperoleh maslahat seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya. 3. Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa Melayu terlebih dahulu disebabkan bahasa Melayu mempunyai nilai estetika yg tersendiri. 4. Sama penerangan seperti dalam 3 di atas.Tatabahasa01.07.2008
Assalamualaikum dan salam sejahtera, pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Saya ingin memohon bantuan pihak DBP untuk mengenal pasti padanan kata bagi perkataan berikut: (1) brain teaser (2) mind twister (3) Master Mind Game. Sekian, terima kasih.Waalaikumsalam WM WBT dan Salam Sejahtera. Padanan harus digunakan dalam konteks yang bersesuaian. Cadangan padanan berdasarkan perkataan yang diberikan ialah (1) brain teaser - belit-belit akal; masalah yang rumit (2) mind twister - enigma; teka-teki (3) master minda game - perancangan permainan; perancang percaturan.Istilah13.10.2014

Kembali ke atas