Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.jin] | اينجين

Definisi : (énjin) mesin utk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kpd daya atau gerakan mekanik; ~ diesel = ~ penyalaan mampatan enjin yg menggunakan minyak diesel dan benzina utk bahan apinya; ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api; ~ haba enjin utk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik; ~ pembakaran dalam enjin yg membakar bahan api dlm silinder dan menukarkan tenaga haba yg terhasil terus kpd tenaga mekanik; ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api; ~ stim = ~ wap enjin yg digerakkan (dijalankan) oleh kuasa wap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.jin] | اينجين

Definisi : /énjin/ alat yg dpt menukarkan sesuatu bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain terutama tenaga sawat; jentera; mesin. ~ diesel enjin pembakaran yg menggunakan tenaga haba dr udara yg dimampatkan utk membakar bahan api dlm silinder. ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api. ~ pembakaran dalam ist enjin spt enjin diesel yg melibatkan berlakunya pembakaran bahan api dlm enjin yg sebenarnya dan tidak di luar (spt yg berlaku dlm enjin stim). ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api. ~ stim (wap) enjin yg dijalankan dgn kuasa wap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enjin

Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(3)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
rangkaian, atau keseluruhan Internet untuk mencari dan menyalin fail yang menepati ciri atau pola kandungan seperti yang telah ditetapkan oleh pengatur cara lelabah tersebut. Atur cara lelabah biasanya digunakan oleh enjin gelintar untuk membantu mencari maklumat dalam Internet. Atur cara ini juga dihasilkan untuk membolehkan pengguna hasad mengimbas seluruh kandungan prasarana pengkomputeran organisasi tanpa perlu melakukan arahan yang banyak. atur cara

Kembali ke atas