Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.jin] | اينجين

Definisi : (énjin) mesin utk menukar berbagai-bagai bentuk tenaga kpd daya atau gerakan mekanik; ~ diesel = ~ penyalaan mampatan enjin yg menggunakan minyak diesel dan benzina utk bahan apinya; ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api; ~ haba enjin utk menukarkan haba menjadi tenaga mekanik; ~ pembakaran dalam enjin yg membakar bahan api dlm silinder dan menukarkan tenaga haba yg terhasil terus kpd tenaga mekanik; ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api; ~ stim = ~ wap enjin yg digerakkan (dijalankan) oleh kuasa wap. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.jin] | اينجين

Definisi : /énjin/ alat yg dpt menukarkan sesuatu bentuk tenaga kpd bentuk tenaga yg lain terutama tenaga sawat; jentera; mesin. ~ diesel enjin pembakaran yg menggunakan tenaga haba dr udara yg dimampatkan utk membakar bahan api dlm silinder. ~ gas enjin yg menggunakan gas mudah terbakar, spt gas asli dan gas arang batu sbg bahan api. ~ pembakaran dalam ist enjin spt enjin diesel yg melibatkan berlakunya pembakaran bahan api dlm enjin yg sebenarnya dan tidak di luar (spt yg berlaku dlm enjin stim). ~ petrol enjin pembakaran dalam yg menggunakan minyak petrol sbg bahan api. ~ stim (wap) enjin yg dijalankan dgn kuasa wap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enjin

Puisi
 

Kain tanjung kain pelikat,
     Semua sudah dijahit enjin;
Bunga berjunjung teguh berikat,
     Tidak bergoyang ditiup angin.


Lihat selanjutnya...(3)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
detunerpenyahtalaAeroangkasaTiadaSatu alat yang diletakkan pada bahagian ekzos enjin jet pesawat udara bertujuan mengurangkan kebisingan.,Pesawat udara berbilang enjin menaik dengan hanya satu enjin yang beroperasi.,Sejenis enjin yang sama dengan enjin turbojet kecuali sebahagian kuasa lebihan daripada turbin digunakan untuk memacu pemampat tekanan rendah untuk meningkatkan tujahan enjin.,Satu alat yang diletakkan pada bahagian ekzos enjin jet pesawat udara bertujuan mengurangkan kebisingan.
rocket engineenjin roketMekanikGunaanEnjin yang digunakan untuk menghasilkan pendorongan roket. Enjin roket berjalan dengan cara yang serupa dengan enjin jet tetapi enjin roket ini tidak menggunakan udara sebagai pengoksida pembakaran bahan api. Sebaliknya, pengoksida dibawa dalam kenderaan yang berkenaan. Dengan cara ini, roket boleh bergerak walaupun berada di luar atmosfera bumi. Lihat juga pendorongan roket, enjin jet.
reciprocating engineenjin salinganKejuruteraanTiadaEnjin yang dicirikan oleh gerakan salingan omboh dalam silinder. Sinonim enjin omboh, enjin sesaran.
piston engineenjin ombohKejuruteraanTiadaEnjin yang dicirikan oleh gerakan salingan omboh dalam silinder. Sinonim: enjin sesaran, enjin salingan .
heat engineenjin habaKimiaTiadaEnjin yang menukarkan haba kepada kuasa penggerak, terutama enjin stim atau enjin pembakaran dalaman.
turbofan engineenjin turbofanAeroangkasaTiadaSejenis enjin yang sama dengan enjin turbojet kecuali sebahagian kuasa lebihan daripada turbin digunakan untuk memacu pemampat tekanan rendah untuk meningkatkan tujahan enjin.
inverted engineenjin tersongsangKejuruteraanKejuruteraan MekanikEnjin pembakaran dalam dengan bekas dan aci engkolnya berada di atas barisan silinder. Enjin dengan susunan silinder dan aci engkol jenis ini merupakan enjin jenis lama dan kini jarang digunakan. Enjin ini pernah digunakan sebagai enjin kapal terbang dorongan kipas.
inference engineenjin takbir/enjin inferensTeknologi MaklumatTiadaBahagian pemprosesan dalam sistem pakar.
search engineenjin carian/enjin gelintarTeknologi MaklumatTiadaTiada
multiple viscosity oilminyak berbilang kelikatanKejuruteraan AutomotifTiadaMinyak enjin yang mempunyai kelikatan rendah semasa sejuk untuk memudahkan enjin diengkol dan menjadi bertambah likat apabila panas untuk memberi kelinciran yang diperlukan pada bahagian enjin semasa enjin panas.
12345678910...

Kembali ke atas