Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.zim] | اينزيم

Definisi : (énzim) (Bio) bahan kimia yg terdapat di dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan, dll) yg menyebabkan perubahan kpd bahan kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri: air liur mengandungi ~ yg boleh menghancurkan kanji dlm makanan utk dijadikan gula yg boleh larut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.zim] | اينزيم

Definisi : /énzim/ ist bahan protein yg dikeluarkan oleh sel-sel hidup dan dpt bertindak sbg mangkin dlm tindak balas kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enzim


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENZIM

Enzim ialah molekul protein yang mempercepat

tindak balas kimia dalam semua benda hidup.

UMUM 
ENZIM TERSEKAT GERAKEnzim yang ditempatkan di atas permukaan atau dalam matriks yang tidak bergerak untuk membolehkannya digunakan berulang kali dalam proses selanjarKEJURUTERAANKonsep
MALTOSA

Maltosa ialah nama kimia bagi gula malt.

Pembentukan maltosa ialah langkah pertama dalam

proses pencernaan makanan berkanji. Enzim ptialin

dalam air liur menukarkan kanji ke maltosa. Enzim

lain memecahkan maltosa ke glukos (lihat Glukos).

UMUM 
BIOTRANSFORMASIPenggunaan enzim atau sel-sel mikrob bagi tujuan menukarkan sesuatu sebatian kepada produk-produk yang bernilai secara penstrukturan yang tertentu.KEJURUTERAANKonsep
SINDROM LESCH-NYHAN

Sindrom Lesch-Nyhan ialah sejenis penyakit

keturunan yang jarang ditemui dan boleh

mengakibatkan rencatan mental. Sindrom ini

berpunca daripada kekurangan hipoksanthinaguanina

fosforibosil transferas, sejenis enzim yang

terdapat dalam semua sel badan. Enzim ini biasanya

terdapat pada paras kandungan yang tinggi di

dalam bahagian basal ganglia otak. Basal ganglia ini

membantu mengawal pergerakan badan yang tidak

disedari. Selain terencat mental, gejala sindrom ini

juga merangkumi pergerakan yang tidak terkawal

serta kecenderungan mencederakan diri sendiri.

UMUM 
PANKREATIN

Pankreatin ialah ekstrak tisu daripada kilang

pankreas yang mengandungi enzim pencernaan.

UMUM 
DEKSTROSA

Dekstrosa ialah nama yang digunakan dalam

industri bagi gula glukosa kristal tulen. Ia biasanya

dijual dalam bentuk granul (butir) halus dan

putih. Dekstrosa dihasilkan secara komersial

dengan merawat kanji dengan enzim amilase atau

memasukkan kanji ke dalam air yang bercampur

dengan larutan asid hidroklorik cair.

UMUM 
FISCHER, HERMANN EMIL

Fischer, Hermann Emil (1852-1919), ahli kimia Jerman yang menghasilkan gula sintetik dan pelbagai enzim daripada gula tersebut.

KIMIATokoh
SAKARIDA

Sakarida ialah karbohidrat – satu daripada

tiga kelas utama makanan. Lemak dan protein

membentuk dua kelas yang lain. Sakarida

dikelaskan mengikut struktur kimianya.

Monosakarida, yang mempunyai struktur paling

ringkas, termasuk glukosa, iaitu gula yang

didapati dalam darah. Tidak seperti sakarida lain,

monosakarida tidak boleh terurai menjadi

karbohidrat yang lebih ringkas apabila dirawat

dengan asid cair atau melalui tindakan enzim

tertentu. Disakarida , seperti sukrosa (gula meja),

terdiri daripada dua molekul monosakarida yang

disambungkan dengan satu atom oksigen.

Polisakarida, seperti kanji dan selulosa, mungkin

terdiri daripada beribu-ribu monosakarida yang

bersambung. Untuk rajah molekul sakarida, lihat

Karbohidrat. Lihat juga Kanji.

UMUM 
TRANSLASIProses biosintesis protein yang menjadi sebahagian daripada teras dogma pusat sesuatu sel. RNA mensintesis protein melalui proses translasi, manakala DNA mensintesis RNA melalui proses transkripsi. Proses ini penting dalam semua sel hidup bagi menjamin perkembangan tumbesaran dan kemandirian sesuatu organisma. Translasi merupakan suatu proses di mana maklumat genetik pada RNA pengutus (mRNA) digunakan sebagai sumber arahan mensintesis rantai polipeptida protein. Proses ini berlaku pada organel ribosom di retikulum endoplasma dalam sitoplasma. Sel harus mempunyai alat yang diperlukan untuk menterjemah maklumat urutan nukleotida mRNA ke jujukan asid amino protein spesifik, iaitu molekul penyesuai RNA pemindah (tRNA), enzim pengaktif, dan faktor protein larut...Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANTeori/Teorem/Hukum
12

Kembali ke atas