Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[én.zim] | اينزيم

Definisi : (énzim) (Bio) bahan kimia yg terdapat di dalam benda hidup (tumbuhan, haiwan, dll) yg menyebabkan perubahan kpd bahan kimia lain tetapi tidak pada dirinya sendiri: air liur mengandungi ~ yg boleh menghancurkan kanji dlm makanan utk dijadikan gula yg boleh larut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[én.zim] | اينزيم

Definisi : /énzim/ ist bahan protein yg dikeluarkan oleh sel-sel hidup dan dpt bertindak sbg mangkin dlm tindak balas kimia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enzim


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
proteaseproteasePentadbiran PerniagaanTiadaEnzim proteolisis atau enzim proteolastik. Dahulunya istilah ini digunakan untuk enzim-enzim yang menghidrolisis protein dengan memecahkan ikatan peptida, termasuk endopeptidase dan eksopeptidase tetapi kini digunakan khusus untuk proteinase atau endopeptidase.
lyaseliaseBioteknologiTiadaKumpulan enzim (EC Kelas 4) yang mencakupi enzim-enzim yang memangkinkan tindak balas pembuangan satu kumpulan daripada substrat tanpa hidrolisis (biasanya menyebabkan pembentukan ikatan ganda dua). Subkelas kumpulan ini dicamkan berdasarkan keupayaannya mengurai, sama ada C-C, C-O dan C-N. Misalnya dekarboksilase, aldolase atau dehidratase.
digestive enzymeenzim saluran pencernaanVeterinarTiadaEnzim endogen yang dihasilkan oleh kelenjar pada organ-organ tertentu dalam sistem pencernaan haiwan. Contohnya, enzim amilase dari kelenjar liur yang bertindak balas terhadap kanji, pepsin dari dinding perut yang bertindak balas terhadap protein dan lipase dari dinding usus yang bertindak balas terhadap lemak dan lipid. Terdapat juga enzim-enzim pencernaan yang dikeluarkan oleh organ-organ aksesori seperti kimotripsin dari pankreas dan hempedu dari hepar. Enzim-enzim ini mempunyai sifat khusus dari segi aktivitinya dan bertindak terhadap sesuatu sebatian untuk menghasilkan unit-unit terkecil nutrien supaya mudah diserap.
enzyme inhibitionperencatan enzimHerbaFitokimiaPencegahan sesuatu proses enzim yang disebabkan oleh saling tindakan antara zat tertentu dengan enzim. Perencatan enzim juga boleh bermaksud gangguan pada tahap enzim, yang pada asasnya merujuk kepada cara enzim itu bertindak sama ada perencatan bersaing, perencatan tak bersaing, perencatan bukan bersaing atau perencatan bersaing separa.
DNA polymeraseDNA polimeraseBioteknologiTiadaEnzim yang mensintesis bebenang DNA baru pada bahagian yang sedang berkembang dalam bentuk primer melalui perpasangan dengan templat yang mempunyai kumpulan 3’-OH bebas. Enzim-enzim ini berbeza antara satu sama lain bergantung pada fungsinya, sama ada untuk sintesis DNA atau untuk membaiki DNA.
enzymeenzimHerbaFitokimiaSejenis protein yang mengubah, membina atau mengurai molekul lain tanpa mengubah enzim itu sendiri. Enzim ialah mangkin biologi dan kebanyakan tindak balas biokimia diperantara oleh enzim. Pada umumnya, enzim sangat sensitif pada suhu yang tinggi dan pH yang melampau. Enzim dikelaskan kepada enam kumpulan utama bergantung pada tindak balas yang dimangkinkannya, iaitu oksidoreduktase, transferase, hidrolase, liase, isomerase, dan ligase.
pectolytic enzymesenzim pektolisisBioteknologiTiadaEnzim yang berupaya menguraikan bahan-bahan yang terdiri daripada pektin. Enzim ini dihasilkan oleh bakteria dan kulat, dan terdiri daripada enzim nyahpempolimeran dan pektin esterase. Enzim nyahpempolimeran terdiri daripada enzim endopoligalakturonase atau galakturonopoligalakturonase dan transeliminase. Enzim ini dihasilkan oleh Aspergillus niger atau Sclerotinia libertinia secara fermentasi dalam keadaan pepejal. Kegunaannya adalah untuk menjernihkan jus buah-buahan.
amylaseamilaseKimiaBiokimiaKumpulan enzim yang memangkini hidrolisis kanji kepada maltosa. Kumpulan enzim ini terdiri daripada dua enzim, iaitu enzim α-amilase yang memangkini hidrolisis ikatan α -I, 4-glikosida polisakarida yang terdiri daripada unit-unit glukosa, dan enzim β–amilase yang memangkini hidrolisis polisakarida bermula dari penghujung bukan penurunan dan menceraikan unit-unit maltosa. enzim embolisis bd. diastase.
rumen undegradable protein (UDP)protein tak boleh urai rumenVeterinarTiadaProtein yang tidak ditindak balas oleh mikrob apabila berada di dalam rumen tetapi akan dicerna oleh enzim-enzim pencernaan di dalam perut sebenar dan usus kecil. Protein jenis boleh dicerna dan diserap terus oleh ternakan. Haiwan ruminan yang diberi makan protein ini akan mendapat asid amino secara terus dan sesuai untuk haiwan yang cepat membesar dan menghasilkan susu yang banyak. Dalam keadaan biasa, haiwan ruminan mendapat protein daripada mikrob yang disintesis daripada bahan makanan. Contoh protein jenis ini ialah mil ikan, mil kacang soya yang dirawat dengan formaldehid dan mil biji kapas. Sinonim protein tak boleh urai. Lihat juga protein boleh urai rumen.
endogenous nitrogennitrogen endogenVeterinarTiadaNitrogen yang berasal dari tubuh haiwan atau nitrogen yang bukan berasal dari makanan. Dalam najis, bahan ini terdiri daripada sel-sel mati dari permukaan usus, bakteria dan protozoa serta enzim-enzim yang tidak dapat diserap.
12345678910...

Kembali ke atas