Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pal] | ايڤل

Definisi : (épal) sj pokok yg buahnya berbentuk bulat, berwarna hijau, merah atau kuning dan boleh dimakan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.pal] | ايڤل

Definisi : /épal/ nama sj tumbuh-tumbuhan atau buahnya (buahnya dpt dimakan), Malus spp.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epal


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
EPAL MASAM

Epal masam ialah mana-mana jenis pokok epal

kecil yang mengeluarkan epal kurang daripada

lima sentimeter diameternya.

UMUM 
EPAL MAY

Epal May ialah tumbuhan Amerika yang

tergolong dalam famili barberi. Ia hidup liar di

kawasan berhutan di setengah bahagian selatan

Amerika Syarikat.

UMUM 
EPAL

Epal ialah satu daripada buah yang paling

penting dari segi komersial. Ia juga ialah satu

daripada buah yang paling popular. Pokok epal

tumbuh hampir di merata tempat kecuali di

kawasan yang paling panas dan paling sejuk.

UMUM 
SIDER

Sider ialah minuman beralkohol yang dibuat

daripada jus epal. Di Amerika Syarikat ia dikenali

sebagai sider keras. Kebanyakan sider mengandungi

5 peratus hingga 7 peratus alkohol. Sider dihasilkan

dengan mengisar epal dan memerah jusnya dengan

penekan mekanikal. Jus ini kemudiannya dibiarkan

menapai . Dalam proses ini, jus disimpan sehingga

yis menukarkan gula dalam jus menjadi alkohol.

Sider boleh dibuat cuka sider dengan membiarkan

bakteria menukarkan alkohol menjadi asid asetik.

Asid ini menjadikan cuka berasa masam. Lihat Cuka.

UMUM 
OHIA

Ohia ialah pokok epal gunung yang tumbuh di

Hawaii. Kayunya digunakan untuk membuat

perabot dan landasan kereta api. Ohia tergolong

dalam famili Myrtaceae.

UMUM 
APPLESEED, JOHNNY

Appleseed, Johnny (1774–1845) ialah nama yang

diberikan kepada John Chapman, pelopor Amerika

yang menanam banyak pokok epal di sepanjang

sempadan awal. Dia menjadi wira rakyat hasil

daripada banyak novel, cerpen dan puisi mengenai

jasanya. Walau bagaimanapun, kebanyakan jasa ini

mungkin khayalan sahaja.

UMUM 
APPLE OF SODOM

Apple of Sodom ialah tumbuhan berduri yang

terdapat dekat Jericho, Jordan. Ia berkaitan dengan

tomato, dan menghasilkan buah kecil berwarna

kuning yang kelihatan seperti epal kecil.

UMUM 
DATURA

Datura ialah sekumpulan pokok renek dan pokok

beracun, termasuk rumpai jimson dan angel’s

trumpet. Pokok besar dan rimbun ini juga dikenali

sebagai thorn apple (epal berduri). Daunnya

bergerigi dan berbau busuk, buahnya berduri, dan

bunganya berbentuk trompet berwarna putih hingga

warna lavender. Datura ialah pokok asal kawasan

tropika, tetapi kini ia tumbuh di tanah tandus di

seluruh kawasan beriklim sederhana di dunia.

UMUM 
MISTLETOE

Mistletoe adalah tumbuhan yang tumbuh

sebagai parasit pada batang dan dahan pelbagai

pokok. Mistletoe Eropah dan mistletoe Amerika

paling kerap tumbuh pada pokok oak, atau epal.

Mistletoe juga boleh tumbuh pada pokok-pokok

lain seperti pokok limau nipis, hawthorn,

sycamore, poplar, dan fir.

UMUM 
KUPU-KUPU CODLING

Kupu-kupu codling ialah kupu-kupu kecil

berwarna perang dan gangsa. Beluncas

kupu-kupu ini menyebabkan kerosakan teruk

pada epal. Ia juga memusnahkan buah seperti pear,

kuins dan walnut. Kupu-kupu codling yang berasal

dari Eropah, kini hidup di semua bahagian di dunia.

UMUM 
12

Kembali ke atas