Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pi.der.mis] | ايڤيدرميس

Definisi : (épidermis) lapisan kulit yg paling luar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.pi.der.mis] | ايڤيدرميس

Definisi : /épidermis/ ist 1 lapisan kulit luar pd haiwan yg kadang-kadang terdiri drpd beberapa lapisan sel. 2 lapisan kulit luar yg tipis pd tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epidermis


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
epidermisepidermisLapisan sel paling luar pada tumbuhan, haiwan dan manusia. Pada tumbuhan, epidermis merupakan lapisan sel rata paling luar yang menutupi dan melindungi semua bahagian tumbuhan.Menengah Rendah
epidermisepidermisSatu atau lebih lapisan sel yang membentuk bahagian paling luar kulit atau lapisan atas pada tumbuhan, haiwan dan manusia.Menengah Atas
mesofilmesophyllTisu parenkima yang terdapat di antara epidermis atas dengan epidermis bawah daun. Tisu ini terbahagi kepada dua lapisan, iaitu lapisan palisad dan lapisan mesofil span.Menengah Atas
sel pengawalguard cellSel epidermis khusus berbentuk sabit yang mengelilingi stoma. Lihat RajahMenengah Atas
lentisellenticelLiang yang menembusi epidermis batang atau akar. Liang ini terbina daripada longgokan sel gabus yang tersusun longgar untuk memudahkan pertukaran gas di antara udara dengan sel batang atau akar.Menengah Atas
dermisdermisLapisan tisu bawah epidermis yang terdiri daripada tisu penghubung, salur darah, kelenjar peluh dan saluran limfa. Lihat RajahMenengah Atas
liang peluhsweat poreBukaan halus pada epidermis (lapisan kulit paling luar) yang membolehkan peluh keluar ke permukaan kulit semasa proses perpeluhan. Lihat RajahMenengah Rendah
keratinkeratinProtein gentian yang terdapat dalam epidermis vertebrata yang membentuk lapisan kulit, rambut, kuku, tanduk dan sisik.Menengah Atas
sel pengawalguard cellSel yang mengelilingi stoma pada epidermis tumbuhan. Sel ini mengawal saiz bukaan stoma apabila perubahan kesegahan sel berlaku. Sel ini mengandungi kloroplas. Lihat RajahMenengah Rendah
kutikelcuticle1. Lapisan berlilin yang menyelaputi permukaan luar epidermis pada batang dan daun tumbuh-tumbuhan. 2. Bahagian luar yang keras yang menyelaputi organisma tertentu seperti artropod dan penyu. Lihat RajahMenengah Atas
12

Kembali ke atas