Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.pi.der.mis] | ايڤيدرميس

Definisi : (épidermis) lapisan kulit yg paling luar. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.pi.der.mis] | ايڤيدرميس

Definisi : /épidermis/ ist 1 lapisan kulit luar pd haiwan yg kadang-kadang terdiri drpd beberapa lapisan sel. 2 lapisan kulit luar yg tipis pd tumbuh-tumbuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata epidermis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KEMATU

Kematu ialah tebalan yang kecil, keras, dan

berkilat pada epidermis (lapisan luar kulit).

Ketumbuhan yang tebal ini menekan dermis

(lapisan kulit yang lebih dalam) dan

menyebabkannya menjadi nipis dan lembut.

Tekanan dan geseran menyebabkan tumbuhnya

kematu. Oleh itu, kematu sering kali tumbuh pada

sendi jari kaki seseorang yang memakai kasut yang

tidak sepadan. Walau bagaimanapun, kematu

mungkin terbentuk di mana-mana sahaja pada

badan apabila tekanan dan geseran mencederakan

kulit. Kematu lembut biasanya terdapat di antara

jari-jari kaki. Di sini, kulit yang menebal itu akan

sentiasa lembut kerana sentiasa dibasahi peluh.

UMUM 
TELAPUK

Telapuk ialah ketumbuhan keras pada kaki

mamalia yang dinamakan ungulat. Ungulat termasuk

babi, kuda belang, kuda dan haiwan bertanduk.

Telapuk dibuat daripada tanduk iaitu bahan yang

terbentuk daripada epidermis (lapisan luar kulit).

UMUM 

Kembali ke atas