Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ra] | ايرا

Definisi : (éra) 1. jangka masa tertentu (yg lama) dlm sejarah: penelitian rekod dr ~ penjajahan dan revolusi; 2. jangka masa tertentu yg dianggap mempunyai sesuatu keistimewaan: beberapa pandangan utk ~ baru perjuangan; ~ perkembangan seni lukis; boleh dikatakan tahun 1920-an dan 1980-an merupakan ~ peluasan penjajahan Amerika. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ra] | ايرا

Definisi : /éra/ sesuatu jangka waktu yg bermula dr peristiwa atau dr waktu tertentu; zaman. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata era


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ERA SENOZOIK

Era Senozoik ialah era yang paling baru

menurut skala masa geologi sejarah bumi. Ahli

geologi berpendapat bahawa era ini bermula

lebih kurang 65 juta tahun dahulu. Ada kalanya ini

dikenali sebagai Zaman Mamalia.

UMUM 
ERA KRISTIAN

Era Kristian ialah tempoh sejak kelahiran Jesus

Christ hingga kini.

UMUM 
YOUNG, EDWARD

Young, Edward (1683–1765), penyair Inggeris.

Hasil karyanya yang akhir merupakan sebahagian

daripada gaya puisi cerdik dan imitatif England

era Augustan sehinggalah kepada puisi gaya yang

lebih memberahikan dan penuh gaya khayalan di

era romantik.

UMUM 
ZAMAN KEMELESETANSuatu era kemelesetan ekonomi dunia yang teruk yang berlaku sekitar tahun 1929 hingga 1939.SEJARAH DAN ARKEOLOGIPeristiwa
PASCASTRUKTURALISMEPerspektif kritikan sastera dan budaya yang muncul pada era 1970an.SASTERAKonsep
MERCIA

Mercia ialah salah sebuah negara besar England

ketika era Anglo-Saxon. Ia terbentang sehingga ke

timur Wales, antara Wessex, di sebelah selatan

dan Northumbria di utara. Negara ini mungkin

ditubuhkan pada tahun 500-an dan menjadi

kerajaan England yang paling berkuasa pada

tahun 700-an ketika di bawah pemerintahan Raja

Ethelbald dan Raja Offa. Egbert, raja Wessex,

menakluki Mercia pada tahun 825. Selepas itu

Mercia tidak pernah berjaya memulihkan semula

kuasa mereka sebagaimana sebelumnya. Lihat

juga Offa’s Dyke; Shropshire; United Kingdom,

Sejarah.

UMUM 
PHILOSOPHES

Philosophes ialah sekumpulan ahli falsafah

Perancis pada Zaman Ketaakulan, iaitu era bersejarah

yang berlanjutan dari akhir tahun 1600-an hingga

tahun 1700-an. Orang yang termasuk dalam

kumpulan ini ialah ahli falsafah yang hebat seperti

Marquis de Condorcet, Denis Diderot, Claude

Helvétius, Jean Jacques Rousseau, dan Voltaire.

UMUM 
PTEROSAUR

Pterosaur ialah anggota sekumpulan reptilia

terbang yang telah pupus. Pterosaur hidup pada

Era Mesozoik, dari kira-kira 240 juta hingga 65 juta

tahun dahulu. Fosilnya telah dijumpai di setiap

benua.

UMUM 
SANTA FE TRAIL

Santa Fe Trail ialah salah satu jalan komersial

yang paling panjang di Amerika Syarikat dalam

era prakereta api. Jalan ini bermula di

Independence, Missouri dan berakhir di Santa Fe,

New Mexico, sejauh 1260 kilometer. Karavan

pedagang bergerak ke Council Grove, Kansas dan

terus ke Sungai Arkansas berhampiran Cimarron,

Kansas. Di sana jalan itu berpecah. Satu cabang

menuju ke Sungai Arkansas hingga ke Bent’s Fort

(berhampiran La Junta, Colorado), kemudian

berbelok ke barat daya menyeberangi Segenting

Raton ke hulu Sungai Kanada di New Mexico. Satu

lagi cabang yang dikenali sebagai Cimarron

Crossing, merentasi dataran yang luas dan kering.

Pengembara mengangkut barangan mereka

menggunakan kuda dan kemudian menggunakan

wagon. Santa Fe Trail dibuka pada tahun 1821.

UMUM 
DAVID, JACQUES LOUIS

David, Jacques Louis (1748–1825), pelukis

Perancis yang terkemuka semasa Revolusi Perancis

dan dalam era Napoleon. Dia melukis khususnya

dalam gaya neoklasik yang menekankan bentuk

secara mantap berdasarkan bentuk model,

unsur perincian yang realistik, dan komposisi

yang berimbang.

UMUM 
123

Kembali ke atas