Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.rat] | ارت

Definisi : 1. kemas, ketat, kuat-kuat, tidak longgar (genggaman, ikatan dll): Amiruddin menggenggam tangan Hawa ~; di sisinya duduk isterinya menggendong anaknya yg masih ~ menyusu; 2. kukuh, teguh (janji dll), rapat, mesra, karib (hubungan, persahabatan, dll): ia memegang nasihat itu dgn ~nya; perhubungan antara rakyat dan kerajaan tetap ~;mengeratkan 1. menjadikan (genggaman, ikatan, dll) erat: sebelum sempat ~ rangkuman tangan, kedengaran ia mencegah; 2. menjadikan erat (rapat) persahabatan, pertalian, dll; mempererat menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika;keeratan keteguhan, kekariban (dlm persaudaraan, ikatan, dll): saudara-mara berjabat tangan melambangkan ~ persatuan kita umat Islam; pengerat seseorang atau sesuatu yg meng­eratkan: ~ hubungan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.rat] | ارت

Definisi : 1 tidak mudah lepas; tidak longgar (bkn ikatan atau pegangan); kuat-kuat: Anak itu memegang tangan ibunya dgn ~. 2 tetap, tidak berubah (bkn janji); rapat atau karib benar (bkn persahabatan, hubungan dll): Persahabatan mereka berdua itu sangat ~. mengeratkan 1 menjadikan erat (bkn ikatan, genggaman dll); menguatkan; meneguhkan. 2 menjadikan erat atau rapat (bkn persahabatan dll); merapatkan. mempererat 1 menjadikan lebih erat (bkn ikatan, genggaman dll). 2 menjadikan lebih erat atau lebih rapat (bkn persahabatan dll): Projek gotong-royong itu akan ~ hubungan antara penduduk kampung. keeratan keadaan erat; keteguhan; kerapatan; kekariban. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata erat

Peribahasa

Menggenggam erat,
     membuhul mati.

Bermaksud :

Perjanjian harus dibuat dengan sebaik-baiknya. (Peribahasa lain yang sama makna: Mengebat erat-erat, membuhul mati-mati).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENGELS, FRIEDRICH

Engels, Friedrich (1820–1895) ialah ahli sains

sosial, wartawan dan revolusioner profesional

Jerman. Dia dikenali kerana kerjasamanya yang

erat dengan Karl Marx, pengasas Komunisme

revolusioner.

UMUM 
PENGAJIAN MELAYU DI UNITED KINGDOM

PENGAJIAN Melayu DI UNITED KINGDOM, pusat pengajian bahasa Melayu.  Kerajaan Inggeris, para pedagang Inggeris dan rajanya selama beberapa abad sudah mempunyai hubungan yang erat dengan dunia Melayu dan raja-rajanya.  Salah satu tanda nyata yang terkemuka daripada sifat hubungan itu ialah warkah daripada Sultan Aceh, Iskandar Muda Mahkota Alam kepada King James I yang ditulis pada tahun 1615.  Warkah-warkah dari Semenanjung Tanah Melayu yang tersimpan di England menunjukkan bahawa hubungan antara orang Melayu dengan orang Inggeris pada abad ke-18 lebih erat lagi.

BAHASAInstitusi/Organisasi
ARTIFAK ISLAM

Artifak Islam. Tinggalan purba pada umumnya

bermaksud benda-benda yang dibuat oleh

manusia atau digunakan oleh manusia berupa

tempat tinggal, perkakas rumah, alat-alat dan

kesenian yang kemudiannya ditinggalkan kerana

peredaran zaman. Sejak dahulu lagi, manusia

sudah tahu menghargai barang-barang purba. Ini

kerana menghargai barang-barang purba, menjaga

hak milik dan mengingati tuan punya, serta

menikmati kecantikan mempunyai hubungan yang

erat dengan kecenderungan dan naluri manusia

yang ingin memilikinya, menikmati keindahannya

serta ingin mengetahuinya.

UMUM 
TARIAN KENYAH

TARIAN KENYAH, tarian suku kaum Kenyah di Sarawak. Kebanyakan suku kaum Kenyah terdapat di kawasan Telang Usan, Baram, Balui dan Belaga. Suku kaum ini juga amat erat hubungan budayanya dengan suku kaum Kayan. Seperti juga kaum Kayan, masyarakat Kenyah  dikenali justeru tarian tradisionalnya yang unik dan pelbagai jenis. Kebanyakan daripada tarian ini lemah gemalai dan menarik.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
SAKHAWIY, ‘ABD RAHMAN AL

Sakhawiy, ‘Abd Rahman al, reformis

dan sejarawan. Nama sebenarnya ialah

Muhammad ibn ‘Abd Rahman al-Sakhawiy. Dia

berasal dari Sakha, sebuah perkampungan di

Mesir. Dia menguasai pelbagai ilmu seperti fiqh,

nahu, hadith dan sejarah. Al-Sakhawiy lahir di

Kaherah dan dibesarkan di sana serta meninggal

dunia di Madinah al-Munawwarah. Dia banyak

mengembara untuk menuntut ilmu dan

mempelajari ilmu daripada ramai guru. Antara

gurunya yang termasyhur ialah al-Hafiz ibn Hajar

al-‘Asqolaniy. Dia mempunyai hubungan yang

sangat erat dengan gurunya itu. Al-Sakhawiy juga

banyak mengarang buku. Pengarang kitab ‘Hidayat

al-‘Arifin telah menyenaraikan lebih kurang 130

buah kitab karangan al-Sakhawiy. Al-Zarkaliy pula

menyebut hasil karangannya melebihi 200 buah

buku. Antara karyanya yang terpenting ialah al-

Dhau’ al-Lami‘ fi Ayan al-Qarni al-Tasi‘, Fath al-

Mughith yang menjelaskan al-Fiyat al-‘Iraqi dalam

Ilmu al-Hadith, al-Maqasid al-Hasanat fi Bayan

Kathir Min al-Ahadith al-Musytahirah ‘ala l-

Alsinah, Talkhis Tarikh al-Yaman, Tabaqat al-

Malikiyyah, Tarikh al-Madinatain, al-‘Ilan bi-al-

Taubikh li-Man Zam al-Tarikh.

UMUM 

Kembali ke atas