Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.séi] | ايسيي

Definisi : (éséi) karangan prosa (yg biasanya lebih pendek drpd tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk: menurut definisi ‘Encyclopedia Britannica’, ~ ialah satu karangan yg berpatutan panjangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.séi] | ايسيي

Definisi : /éséi/ karangan prosa (lebih pendek drpd disertasi atau tesis) yg memaparkan pendapat sendiri mengenai sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esei


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Yang manakah yang betul? a. i. peraduan penulisan esei ii. peraduan menulis esei b. i. cara-cara untuk menyediakan... ii. cara-cara menyediakan... c. i. berhasrat untuk melanjutkan pelajaran... ii. berhasrat melanjutkan pelajaran... Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah Peraduan Mengarang esei. Cara-cara untuk menyediakan/ cara-cara menyediakan pun diterima. Berhasrat melanjutkan pelajaran dan berhasrat untuk melanjutkan pelajaran pun betul. Terima kasih.  Makna18.04.2008
Assalamualaikum. Saya ingin mengetahui cara menulis esei yang terbaik . Apakah kandungan atau isi yang diperlukan bagi menghasilkan esei ilmiah yang terbaik? Saya harap pihak tuan dapat memberikan kepada saya satu contoh penulisan esei ilmiah yang terbaik kepada saya sebagai panduan secara secepat mungkin. Terima kasih atas perhatian dan kerjasama yang diberikan.Ciri-ciri penulisan yang baik ialah mempunyai wacana yang jelas, tepat, betul, lengkap, koheran, kohesi; juga mengggunakan bahasa yang betul dari segi tatabahasa, ejaan, istilah, tanda baca, laras bahasa yang sesuai dan pemerengganan yang baik. Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk buku Seni mengarang (penulisan karangan KBSM, popular, ilmiah: Panduan untuk pelajar, guru, mahasiswa, wartawan, editor, pekerja), karya Sulaiman Masri dan terbitan Karisma Publications, 2004 .Lain-lain06.04.2013
boleh tak saya tahu bagaimana untuk mendapatkan menulis esei terbaik untuk subjek bahasa melayu di sekolah saya?Menulis esei memerlukan kekuatan dan menguasai banyak perbendaharaan kata. Jestrtu sdr. perlu kuat atau banyak membaca rencana/esei yang bermutu serta rajin merujuk kamus. Lain-lain07.02.2009
apakah yang dimaksudkan dengan esei dan karangan...

Esei bermaksud karangan prosa (yg biasanya lebih pendek drpd tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk. Untuk keterangan lebih lanjut dan untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus DEwan Edisi Keempat. Harap mkalum.

Makna03.07.2008
Esei mengenai peranan tamadun Melayu Islam dalam pembinaan di Tamadun Malaysia dan cabarannyaEsei bertemakan tamadun Islam di Malaysia terkandung dalam jurnal Tamadun Islam Di Malaysia terbitan Persatuan Sejarah Malaysia dan buku-buku terbitan Institut Kefahaman Islam Malaysia. Sila berhubung dengan pihak berkenaan.  Lain-lain14.01.2008
Antara ayat "Aktiviti pertama yang dijalankan oleh persatuan ini pada tahun 2019 ialah pertandingan menulis esei tentang sains." dan "Aktiviti pertama yang dijalankan oleh persatuan ini pada tahun 2019 ialah Pertandingan Menulis Esei Tentang Sains." Yang manakah betul? Atau kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan?

Kedua-dua ayat tersebut boleh digunakan.

1. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh persatuan ini pada tahun 2019 ialah pertandingan menulis esei tentang sains.

2. Aktiviti pertama yang dijalankan oleh persatuan ini pada tahun 2019 ialah Pertandingan Menulis Esei  Sains. (Gugurkan perkataan Tentang. Ayat merujuk kepada tajuk program)

Makna05.04.2020
saya sedang membuat esei bertajuk keberkesanan budaya senggaraan tentera darat. Apakah persiapan yang saya perlukan untuk memudahkan saya membuat esei tersebut dan apkah bahan-bahan atau isu2 yang saya boleh gunakan? terima kasih.Saudara digalakkan membuat rujukan di Perpustakaan Negara atau mana-mana pusat sumber untuk tujuan tersebut. Lain-lain10.04.2010
Assalam,tuan.Saya berharap agar lebih banyak pertandingan menulis esei dianjurkan dBP pada masa akan datan bagi merakyatkan lagi bahasa kebangsaan kepada Pelajar2 Malaysia.Untuk makluman saudara, setiap tahun Dewan Bahasa dan Pustaka ada menganjurkan Peraduan Mengarang Esei yang terbahagi kepada tiga kategori (3), iaitu untuk Kategori A: kakitangan awam dan swasta, Kategori B: Institusi Pengajian Tinggi dan Institut Perguruan Guru Malaysia, serta Kategori C: Sekolah Menengah.Lain-lain24.06.2010
Boleh mendapatkan nasihat tentang penggunaan bahasa dalam teks ini? Terima Kasih.Kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen atau esei. Kami boleh membantu jika pertanyaan tuan berkaitan dengan permasalahan bahasa yang digunakan dalam dokumen atau esei, namun tidak menyemak keseluruhan bahasa yang digunakan.Tatabahasa04.12.2015
kenapa banyak perkataan bahasa inggeris di gunakan dalam bahasa malaysia. contohnya torclait, sigaret, esei, maksimum dan sebagainya. kenapa tiada istilah yang sewajarnya digantikan sebagai istilah rasmi bahasa malaysia ?Perkataan torclait dan sigaret merupakan bentuk tak rasmi atau bahasa percakapan. Walau bagaimanapun kata esei, maksimum telah diterima sebagai bentuk variasi dalam usaha memperkaya perbendaharaan kata dalam bahasa Melayu.Lain-lain08.09.2007
12345678910

Kembali ke atas