Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.séi] | ايسيي

Definisi : (éséi) karangan prosa (yg biasanya lebih pendek drpd tesis atau disertasi) tentang sesuatu tajuk: menurut definisi ‘Encyclopedia Britannica’, ~ ialah satu karangan yg berpatutan panjangnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.séi] | ايسيي

Definisi : /éséi/ karangan prosa (lebih pendek drpd disertasi atau tesis) yg memaparkan pendapat sendiri mengenai sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esei


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
informal essayesei tak formalKesusasteraanTiadaEsei yang tidak begitu serius, lebih pendek, lebih subjektif sifatnya mengandungi struktur bebas, mudah dan ditulis untuk bacaan umum misalnya ulasan buku, rencana pengarang, sketsa dan esei peribadi, esei naratif dan esei biasa.
periodical essayesei berkalaKesusasteraanTiadaEsei yang ditulis untuk penerbitan sebagai esei yang terpenting atau satu-satunya artikel dalam satu keluaran penerbitan majalah berkala.
essayeseiKesusasteraanTiada2. Esei: Karangan berbentuk prosa biasanya ringkas.
narrative essayesei kisahKesusasteraanTiadaEsei tak formal yang ditulis dalam bentuk naratif atau pengisahan, mungkin berbentuk anekdot, peristiwa atau alegori.
familiar essayesei biasaKesusasteraanTiadaEsei tak formal yang lebih bersifat peribadi dan menghuraikan persoalan secara sambil lalu.
formal essayesei formalKesusasteraanTiadaEsei yang serius, bermutu dan tersusun secara logis yang ditulis untuk memberikan penerangan bagi meyakinkan pembaca tentang sesuatu perkara atau persoalan.
unstructured essayesei tak berstrukturPendidikanTiadaEsei yang tidak mempunyai panduan struktur dan kandungannya.
festschriftterbitan dedikasiKesusasteraanTiadaKumpulan esei atau makalah hasil sumbangan sejumlah penulis. Kumpulan esei ini ditulis sebagai tanda penghormatan kepada seorang guru, kawan, sejarawan, teman sekerja dan sebagainya. Terbitan dedikasi diterbitkan untuk meraikan peristiwa penting seperti persaraan atau hari jadi untuk seseorang tokoh atau individu, sama ada individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal dunia. Terbitan dedikasi mula diperkenalkan di universiti di Jerman pada kurun ke-19. Terbitan dedikasi yang pertama telah dihadiahkan kepada sarjana klasik terkemuka Friedrich Ritschl pada tahun 1867. Walau bagaimanapun, kumpulan esei yang diselenggarakan untuk ahli sejarawan tersohor Theodor Mommsen berjudul Commentationes Philologicae (1877) lebih terkenal. Contoh terbitan dedikasi dalam sastera Melayu ialah Sekalung Kenangan diselenggarakan oleh Nik Safiah Karim untuk Ismail Hussein, dan Sumbangsih Tizkari buat Masuri S.N. suntingan Muhammad Bukhari Lubis dan Mohamaed Pitchay Gani Mohamed Abdul Aziz untuk Allahyarham Masuri S.N. Contoh dalam sastera Arab ialah Ila Taha Husayn Fi �Ida Miladih al-Sab�in disunting oleh �Abd al-Rahman Badawi, al-Kitab al-Tidhkari Muhyi al-Din fi al-Dhikra al-Mi�awiyah disunting oleh Ibrahim Bayyumi Madkur, Durakht-i Ma�rifat: Jashn-nama-yi Ustad Duktur �Abd al-Husayn Zarrinkub disunting oleh �Ali Asghar Muhammad Khani, Yad-nama-yi Jalal al-i Ahmad disunting oleh �Ali Dahbashi dan Fuad Koprulu Armagani disunting oleh Osman Turan. Terbitan dedikasi berasal daripada perkataan Jerman festschrift yang bermaksud �tulisan perayaan�. Lihat juga sumbangsih tizkari.
couseriekauseriKesusasteraanTiadaEsei atau makalah sastera yang tidak formal sifatnya. Esei seperti ini biasanya terdapat dalam akhbar tempatan. Istilah ini diambil daripada makalah tulisan Sainte-Beuve berjudul Causeries du Lundi yang diterbitkan secara mingguan dalam akhbar di Paris seperti Le Globe dan Le Constitutionnel sekitar tahun 1849 � 1869. Kauseri berasal daripada perkataan Perancis yang bermaksud �berbual�.
essay periodicalsesei berkalaPerpustakaanTiadaTiada
1234

Kembali ke atas