Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.so.fa.gus] | ايسوفاݢوس

Definisi : (ésofagus) (Bio) bahagian salur makanan yg terletak di antara tekak dan perut. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.so.fa.gus] | ايسوفاݢوس

Definisi : /ésofagus/ ist pembuluh (saluran) yg menganjur dr pangkal leher hingga ke perut; kerongkongan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esofagus


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ESOFAGUS

Esofagus, yang juga dinamakan gulet, ialah

saluran otot yang membawa makanan dari

bahagian bawah farinks ke perut. Otot dalam dinding

esofagus menghasilkan kontraksi bak ombak, yang

menggerakkan makanan turun ke perut.

UMUM 
PERUT

Perut ialah bahagian yang membesar dalam salur

alimentari. Ia terletak di antara esofagus dengan

usus kecil (lihat Esofagus; Usus ). Pada manusia dan

kebanyakan haiwan, ia adalah organ ringkas bak

pundi. Pada lembu, biri-biri, dan lain-lain ruminan

(haiwan yang mengunyah mamahannya), perut

mempunyai empat petak dan lebih rumit daripada

perut manusia (lihat Ruminan ).

UMUM 
SALUR ALIMENTARI

Salur alimentari ialah tiub panjang yang

menyalurkan makanan ke dalam tubuh dan

dihadam. Pada manusia, tiub ini kira-kira 9 meter

panjangnya. Haiwan yang memakan daging

biasanya mempunyai salur alimentari yang lebih

pendek daripada haiwan yang memakan rumput.

Salur alimentari bermula di mulut dan termasuk

farinks, esofagus, perut, usus kecil dan usus besar.

UMUM 

Kembali ke atas