Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.so/] | ايسوق

Definisi : (ésok) 1. hari selepas hari ini, besok: ~ kita ke Pulau Pinang; ~nya hari selepas hari itu; 2. kemudian hari, nanti, kelak; ~ lusa a) esok atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti; beresok esok, besok; ~nya esoknya; mengesokkan = ~ hari menangguhkan hingga esok; keesokan; ~ harinya = ~nya esoknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.so/] | ايسوق

Definisi : /ésok/ 1 hari sesudah hari ini; besok: Hari ini hari Khamis, ~ hari Jumaat. 2 kemudian hari nanti; kelak. ~ lusa a. esok atau lusa. b. pd suatu waktu yg akan datang nanti. keesokan; ~ harinya, = ~nya esoknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esok

Puisi
 

Den jajar maka den kisai,
     Esok tidak ke ladang lagi;
Diajar badan merasai,
     Esok tidak tergamang lagi.


Lihat selanjutnya...(21)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
manakah yang betul penggunaannya: pagi esok atau esok pagiFrasa yang betul ialah pagi esok sama seperti hari esok.Tatabahasa21.09.2011
1.Pada esok pagi,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. 2.Pada pagi esok,kami bersiap-siap untuk pulang ke rumah. Penggunaan 'esok pagi' atau 'pagi esok' dalam ayat-ayat di atas adalah betul?Frasa yang gramatis ialah "pagi esok" sama seperti hari esok. Walau bagaimanapun frasa "esok pagi" telah mantap penggunaannya dalam kalangan masyarakat, khususnya dalam ungkapan lisan.Tatabahasa04.03.2015
Salam 1Bahasa. Esok pagi atau pagi esok dalam konteks ayat.Frasa yang betul ialah pagi esok sama seperti hari esok.Tatabahasa19.10.2012
1.saya akan datang esok hari. 2.saya akan datang hari esok. Frasa esok hari betul atau hari esok betulKedua-dua perkataan ini betul dan penggunaannya bergantung pada penegasan. Tatabahasa23.05.2016
Assalamualaikum.. Saudara, Saya keliru dengan istilah sama ada 'keesokan hari' atau 'hari keesokan'. Begitu juga dengan 'hari esok' atau 'esok hari'. Harap dapat penjelasan. Terima kasih.Istilah yang betul ialah "keesokan hari" kerana mengikut hukum D-M, "keesokan" ialah kata yang diterangkan manakala "hari" ialah kata yang menerangkan.  Bagi "hari esok" atau "esok hari", kedua-dua perkataan ini betul  dan penggunaannya bergantung pada penegasan. Tatabahasa27.03.2009
Penggunaan manakah yang betul,esok petang atau petang esokPenggunaan yang paling tepat ialah petang esokTatabahasa03.08.2018
salam hormat Yang mana yang betul dari segi penggunaan berikut: 1. Esok baru kami tahu. 2. Esok baharu kami tahu. mohon pencerahan pihak tuan. Terima kasih.Ayat yang betul ialah Esok baru kami tahu. Ini kerana  Baru merujuk kepada penanda tempoh masa atau waktu, manakala perkataan Baharu pula merupakan kata adjektif, yang menandakan sifat atau keadaan.Ejaan23.06.2020
Minta memperjelas beza 'keesokan hari' dan 'esok'. Adakah 'keesokan hari' itu lewah? Saya tidak dapat pikirkan konteks penggunaan 'keesokan hari' yang tidak dapat digantikan dengan 'esok', bentuk yang lebih pendek dan padat tetapi sama makna.Esok merujuk hari sesudah hari ini; besok, manakala keesokan hari merujuk kepada esoknya.
Kedua-duanya tepat dan betul dan merujuk makna yang sama.
Makna04.04.2019
Tuan.... yang mana satu betul.. 1. Saya menunaikan permintaannya kerana esok adalah hari jadinya . atau... 2.Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . Penggunaan ialah atau adalah yang betul... TQAyat yang betul ialah ayat no. 2. Saya menunaikan permintaannya kerana esok ialah hari jadinya . Tatabahasa05.09.2013
Novel "Esok Masih Ada" memenangi hadiah pertama. Adakah salah kalau ditulis esok Masih Ada sahaja tanpa tanda pengikat? terima kasihSebagai tajuk filem atau tajuk lagu perlu dibuat tanda petik. Jika tidak ditulis tanda petik mungkin boleh timbul kekeliruan sama ada itu perkataan biasa atau nama bagi sesuatu perkara  yang lain.Karya24.04.2012
12345678

Kembali ke atas