Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.so/] | ايسوق

Definisi : (ésok) 1. hari selepas hari ini, besok: ~ kita ke Pulau Pinang; ~nya hari selepas hari itu; 2. kemudian hari, nanti, kelak; ~ lusa a) esok atau lusa; b) esok atau pd suatu waktu yg akan datang nanti; beresok esok, besok; ~nya esoknya; mengesokkan = ~ hari menangguhkan hingga esok; keesokan; ~ harinya = ~nya esoknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.so/] | ايسوق

Definisi : /ésok/ 1 hari sesudah hari ini; besok: Hari ini hari Khamis, ~ hari Jumaat. 2 kemudian hari nanti; kelak. ~ lusa a. esok atau lusa. b. pd suatu waktu yg akan datang nanti. keesokan; ~ harinya, = ~nya esoknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata esok

Puisi
 

Den jajar maka den kisai,
     Esok tidak ke ladang lagi;
Diajar badan merasai,
     Esok tidak tergamang lagi.


Lihat selanjutnya...(21)

Pantun

PantunSumberTema
Kocak-kocak terbuka jala, Ikan mengena haluan perahu; Esok-esok bertanya janda, Asal senyum tandanya mahu.Kurik Kundi Merah SagaJenaka
Esok berbunga engkau keduduk, Berbunga sekali berganding buah; Esok berguna engkau tanduk, Guna menyendi gading bertuah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Mengapa takut menempa belati, Esok Iusa kan ditempa juga; Mengapa takut menempuh mati, Esok lusa kan ditempuh juga.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Den jajar maka den kisai, Esok tidak ke ladang lagi; Diajar badan merasai, Esok tidak tergamang lagi.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Malam ini merendam jagung, Malam esok merendam serai; Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Malam ini menggulai kangkung, Malam esok menggulai serai; Malam ini kita berkampung, Malam esok kita bercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Malam ini menanam jagung, Malam esok merendam serai; Malam ini kita sekampung, Malam esok kita bercerai.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Hari ini hari Ahad, Esok hari Isnin; Kalau kerja tidak muafakat, Kerja kita itu main-main.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Hendak jumpa Nabi Muhammad, Hendak menghadap Tuhan yang satu.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Malam ini malam Jumaat, Malam esok malam Sabtu; Malam ini kumbang mengejar, Jaga-jaga bunga di pasu.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
123

Kembali ke atas