Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[és.tét] | ايستيت

Definisi : (éstét) 1. ladang atau kebun (getah, kelapa, dll) yg luasnya lebih drpd seratus ekar; 2. kawasan yg sudah dimajukan dgn pembinaan bangunan (kilang dsb); ~ perindustrian kawasan yg dimajukan utk keperluan perindustrian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[és.tét] | ايستيت

Definisi : /éstét/ ladang atau kebun yg luasnya lebih drpd seratus ekar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata estet


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Secara umumnya, tempat-tempat kediaman boleh berbentuk rumah sesebuah, rumah berkembar, apartmen atau unit rumah pangsa, rumah teres, bangsal berbumbung atap atau zink, unit rumah buruh. Papan atau konkrit (seperti terdapat di estet-estet) atau sebarang jenis struktur sementara atau tetap yang lain yang tidak termasuk dalam mana-mana jenis di atas. Tempat kediaman jenis yang terakhir ini mungkin dalam bentuk bangsal, gua, tempat berteduh berbumbung zink yang kecil, bangsal yang tidak mempunyai bumbung yang sempurna atau rumah bot. Soalan saya: Terdapat perkataan 'atau' disebut secara berulang pada ayat yang kedua. Adakah sesuai atau ada cara lain yang boleh disampaikan dengan maksud yang sama? Harap pihak DBP dapat memberikan cadangan dan pandangan dalam menyelesaikan kekusutan penggunaan bahasa bagi pihak saya. Sekian, terima kasih.Penggunaan 'atau' adalah betul pada contoh yang diberikan. Walaupun berulang tetapi tidak menimbulkan kekeliruan kepada pembaca.Tatabahasa17.06.2009
Apakah kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa dalam ayat ini? Para petani-petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman padi secara estet mini.Para petani di kawasan itu akan mengusahakan penanaman padi secara estet mini. Penggunaan yang salah para petani-petani, yang betul para petani atau petani-petani atau petani sahaja sudah memadai kerana "di kawasan itu" menjadi penanda jamak dalam konteks ayat tersebut.Istilah03.08.2021
"will writing and estate planning " can l tranlate in bahasa in this way - perunding wasiat dan perancangan estet / perunding wasiat dan perancangan harta pusakaTerjemahan yang betul ialah "penulisan wasiat dan perancangan harta pusaka.Penyemakan dan penterjemahan03.08.2007
Salam..betul/salah ayat-ayat ini dan jelaskan. Terima kasih. 1.Antara acara yang dipertandingkan ialah mewarna dan melukis poster. 2.Apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan. 3.Ayah telah menggali di belakang rumah sebuah perigi batu. 4.Baju kurung moden yang berwarna jingga itu bagi kakak long saya. 5.Benar tepat jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu. 6.Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak atas meja Cikgu Ali. 7.Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas. 8.Guru Besar berterima kasih di atas pandangan guru-gurunya. 9.Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah." 10.Kedua pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin. 11.Kejayaan cemerlang yang diperolehi Mustafa kerana usaha gigihnya. 12.Lain-lain perkara turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu. 13.Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya sepinggan kuih seri muka. 14.Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein. 16.Pemandu muda itu menafikan dia memotong garisan berkembar. 17.Seekor lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu. 18.Semenjak dari hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini. 19.Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh. 20.Siapatah yang suka membuang sampah di kawasan ini.

Ayat yang betul adalah seperti yang berikut:

  1. Antara acara yang dipertandingkan termasuklah mewarna dan melukis poster.
  2. Apa-apa pun yang terjadi dalam keluarganya, jangan kamu campur tangan.
  3. Ayah telah menggali sebuah perigi batu di belakang rumah.
  4.  Baju kurung moden yang berwarna jingga itu untuk kak long saya.
  5. Jawapan tatabahasa yang diberikan oleh murid itu tepat.
  6. Carta Penulisan Bahasa Melayu UPSR itu terletak di atas meja Cikgu Ali.
  7. Encik Mutu bekerja di Estet Mini Ulu Bernam sejak tahun lepas.
  8. Guru Besar berterima kasih kepada guru-gurunya atas pandangan yang diberikan.
  9. Kata Ustaz lshak kepada anak muridnya,"Yang kekal cuma Allah."
  10. Pengantin itu berseri-seri semasa bersanding di atas pelamin.
  11. Kejayaan cemerlang yang diperoleh Mustafa kerana usaha gigihnya.
  12. Perkara lain turut dibincangkan dalam mesyuarat PIBG itu.
  13. Mak Cik Mariam menghidangi tetamunya dengan sepinggan kuih seri muka.
  14. Makanlah ikan kerana ikan mengandungi banyak zat dan protein.
  15. Pemandu muda itu menafikan bahawa dirinya memotong garisan berkembar.
  16. Satu lembaga putih pernah dilihat olehnya di teratak usang itu.
  17. Semenjak hari itu, abangnya tidak pernah lagi datang ke sini.
  18. Setiap pagi dia bersarapan dua biji telur ayam masak separuh.
  19. Siapalah yang suka membuang sampah di kawasan ini.
Tatabahasa20.01.2015
1. Ali membantu gurunya mengangkat buku. 2. Ali membantu gurunya untuk mengangkat buku. Adakah penggunaan *untuk* itu wajib dalam ayat sebegini? Bilakah kita perlu menggunakan *untuk* dalam ayat yang macam mana kelak?Ayat yang betul ialah: Ali membantu gurunya mengangkat buku.

Kata sendi nama untuk digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, dengan fungsi tertentu seperti yang berikut:

Contoh:
1. Beg baharu ini untuk adik. 
2. Rumah untuk pekerja-pekerja estet telah dibaiki.
2. Van itu untuk kegunaan kakitangan pejabat sahaja.
4. Beliau berkhidmat dengan cemerlang untuk negara.




Tatabahasa16.08.2021

Kembali ke atas