Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[és.tét] | ايستيت

Definisi : (éstét) 1. ladang atau kebun (getah, kelapa, dll) yg luasnya lebih drpd seratus ekar; 2. kawasan yg sudah dimajukan dgn pembinaan bangunan (kilang dsb); ~ perindustrian kawasan yg dimajukan utk keperluan perindustrian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[és.tét] | ايستيت

Definisi : /éstét/ ladang atau kebun yg luasnya lebih drpd seratus ekar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata estet


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
provincial estatesestet wilayahSains PolitikPolitik PerbandinganAset atau harta milik sesebuah negara yang terletak di kawasan yang berjauhan dari pusat pemerintahan negara tersebut. Estet ini menjadi aset yang amat penting kepada pembangunan ekonomi dan memberi sumbangan besar kepada pendapatan negara. Contohnya, ladang kelapa sawit di Papua New Guinea merupakan estet wilayah Malaysia.
bankrupt estateestet si bankrapUndang-undangTiadaEstet kepunyaan seseorang yang menjadi bankrap.
industrial estateestet industriEkonomiTiadaKawasan yang dirancang dan dimajukan untuk kegiatan perkilangan. Dalam kawasan tersebut semua kemudahan asas seperti bekalan air, elektrik, dana jalan raya disediakan oleh kerajaan. Misalnya, estet industri Senawang di Negeri Sembilan, Petaling Jaya dan Shah Alam di Selangor, dan Mak Mandin di Seberang Prai. Sinonim kawasan industri.
estate planpelan estetPentadbiran PerniagaanTiadaPelan untuk menguruskan harta pusaka seseorang apabila ia meninggal dunia, termasuk menguruskan harta benda jika pemilik harta tidak cekap atau hilang upaya sepenuhnya. Wasiat merupakan sebahagian daripada pelan estet.
estateestetEkonomiTiadaKawasan tanaman pertanian seperti tanaman getah, kepala sawit, dan koko yang luasnya melebihi 40.5 hektar (100 ekar). Kawasan tanaman pertanian yang kurang daripada 40.5 hektar disebut kebun kecil.
forest estateestet hutanGeografiTiadaTiada
forest estateestet hutanPerhutananTiadaTiada
provincial estatesestet wilayahSains PolitikTiadaTiada
life estateestet polisi hayatPentadbiran PerniagaanTiadaKepentingan pajakan bebas ke atas tanah yang tempohnya dihadkan kepada seseorang atau lebih atau tertakluk kepada berlakunya sesuatu peristiwa.
industrial estateestet perindustrian/kawasan perindustrianEkonomiTiadaTiada
1234

Kembali ke atas