Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ta.nol] | ايتانول

Definisi : (étanol) (Kim) nama saintifik bagi alkohol. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ta.nol] | ايتانول

Definisi : /étanol/ ist nama saintifik bagi alkohol. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etanol


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ethanol poisoningkeracunan etanolKimiaForensikKeracunan akibat pengingesan etanol. Elanol hanya berbahaya jika terminum dengan banyak dalam tempoh yang singkat. Dos maut bagi orang dewasa ialah 300 cm3 - 400 cm3 etanol tulen jika diminum dalam tempoh kurang daripada 1 jam. Had pendedahan ialah 1000 ppm. Etanol menekan sistem saraf pusat secara tak seragam mengikut urutan menurun dari korteks ke medula. Penemuan patologi dalam kematian akut tennasuk edema otak dan hiperemia dan edema saluran gastrousus. Penemuan patologi termasuk kemerosotan hati, buah pinggang, dan otak, gastritis atrofik, dan sirosis hali. Tanda utama keracunan ialah penekanan sistem saraf pusat. Keracunan akut menyebabkan kurang waras, masalah penglihatan, tiada koordinasi otot, pertuturan tidak jelas, koma dan mati, bergantung pada darjah keracunan. Keracunan kronik menyebabkan hilang berat badan, sirosis hati dan gastroenteritis dengan anoreksia dan cirit-birit.
Gram stainpewarna GramBiologiHistologi dan SitologiPewarna asas (fenol-metana, hablur lembayung) yang digunakan untuk menentukan sama ada sesuatu mikroorganisma itu Gram-positif atau Gram-negatif, iaitu dengan mewarnakan organisma yang telah dirawat dengan iodin Lagol (1:15 bahagian), dinyahwarnai dengan etanol atau etanol-aseton kemudian diwarnai semula dengan safranin dan bahan pewarna ini. Bakteria yang mengekalkan warna pewarna asas disebut bakteria Gram positif dan sebaliknya bakteria yang tidak mengekalkan warna pewarna disebut sebagai bakteria Gram negatif.
ethanoletanolKimiaTiadaSebatian alkohol, formula C2H5OH, takat beku –117.3oC, takat didih 78.3oC, cecair mudah meruap, mudah terbakar, tidak berwarna, dan laurt campur di dalam air, kloroform, aseton dan eter. Etanol dihasilkan secara penapaian kanji, hidrolisis bromoetana dengan menggunakan kalium hidroksida akueus, atau secara penurunan asid etanoik dengan menggunakan litium aluminium hidrida. Sebatian ini digunakan sebagai pelarut organik, dan untuk membuat bahan organik lain seperti etana dan asid etanoik. Sin etil alkohol.
alcohol poisoningkeracunan alkoholKimiaForensikKeracunan akibat sama ada pengingesan, penyedutan, atau penyerapan melalui kulit alkohol metanol (metil alkohol), etanol (etil alkohol), atau 2-metilpropanol (isopropil alkohol). Lihat juga keracunan metanol, keracunan etanol, keracunan 2-metilpropanol.
ethanoletanolFizikTiadaTiada
ethanoletanolKimiaTiadaTiada
ethanoletanolPerubatanTiadaTiada
ethanoletanolKimiaTiadaTiada
ethanolic extractekstrak etanolPerubatanTiadaTiada
ethanol extract emulsionemulsi ekstrak etanolPerubatanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas