Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : (étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : /étika/ prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm mengamalkan ilmu perubatan masing-masing. beretika mempunyai etika atau berpegang pd etika: Amalan yg tidak ~ itu mesti dihentikan segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etika


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ethicn 1. system of moral principles or values, etika: the Christian ~, etika Kristian; 2. (in pl)science that deals with morals, (ilmu) etika; 3. (in pl)moral rules or principles of behaviour, etika: he has acted contrary to the ~s of the profession, dia bertindak bertentangan dgn etika profesion; code of ~s, kod etika; 4. moral correctness or fitness, salah betulnya: the ~s of such a course of action does seem doubtful, salah betulnya tindakan begitu agak disangsikan.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ethicaladj 1. of morals, etika: an ~ problem, masalah etika; 2. morally right, /menurut, mengikut/ / etika, tatasusila/: he refused to do it because he felt it was not ~, dia enggan melakukannya krn dia berasa itu tdk mengikut etika.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ethicallyadv 1. in connection with ethics, dr segi etika: ~ speaking, what you did was wrong, dr segi etika, yg kamu lakukan itu salah; 2. in an ethical manner, menurut etika.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
provincen 1. large administrative region of a country, wilayah: the ~ of Quebec, wilayah Quebec; one of the outlying ~s of the Roman Empire, salah sebuah wilayah yg terpencil di Empayar Rom; 2. often the P~s,area of a country outside the capital city, daerah luar ibu negeri; 3. so’s or st’s sphere of action, responsibility, bidang kuasa: it is not within my ~ to give you permission, bukan dlm bidang kuasa saya utk memberi anda kebenaran; 4. branch of learning, cabang ilmu: ethics and civics are the ~ of moral philosophy, etika dan sivik ialah cabang ilmu falsafah moral.Kamus Inggeris-Melayu Dewan

Kembali ke atas