Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : (étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : /étika/ prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm mengamalkan ilmu perubatan masing-masing. beretika mempunyai etika atau berpegang pd etika: Amalan yg tidak ~ itu mesti dihentikan segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etika


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sebagai penjawat awam kami sering diberikan peringatan mengenai tatacara berpakaian, dengan tajuk "ETIKA PEMAKAIAN". Contoh peringatan seperti di lampiran. Saya ingin mendapatkan pengesahan mengenai penggunakan frasa yang betul - "ETIKA PEMAKAIAN" @ "ETIKA BERPAKAIAN" @ "ETIKA PAKAIAN". Terima kasih.

Istilah yang tepat ialah Etika Berpakaian yang membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak berpakaian.

Tatabahasa05.01.2024
Etika pemakaian pramugari. Etika pakaian pramugari. Mana satu yang betul?Penggunaan yang betul ialah Etika pakaian pramugari.Tatabahasa06.08.2018
Etika pemakaian pramugari. Etika pakaian pramugari. Yang mana satu betul.Penggunaan yang betul ialah Etika pakaian pramugari.Tatabahasa06.08.2018
Apakah yang dimaksudkan dengan "Etika Pakaian" atau "Etika Berpakaian"?Istilah yang tepat ialah Etika Berpakaian yang membawa maksud prinsip moral atau nilai-nilai akhlak berpakaian.Istilah30.01.2020
Apa beza antara keguruan dan perguruan? Manakah yang betul iaitu etika keguruan atau etika perguruan?Menurut Kamus Perdana, maksud keguruan ialah hal yang berkaitan dengan ilmu menjadi guru atau tugas dan tanggungjawab sebagai guru. Manakala perguruan pula bermaksud 1. tempat belajar atau mengikuti kursus untuk menjadi seorang guru; 2. hal atau perbuatan berguru.

Jawapan yang betul ialah "etika keguruan".
Makna25.07.2023
apakah yang dimaksudkan dengan "etika keusahawanan"? kamus online hanya ada daftar istilah etika dan usahawan sahajaMenurut kamus Dewan, etika bermaksud  prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: manakala keusahawanan bermaksud (segala-gala) yg berkaitan dgn usahawan atau kegiatan dan kemahiran usahawan: Oleh itu maksud etika keusahawanan ialah prinsip moral atau nilai akhlak usahawan.Makna02.05.2019
selamat malam.Saya nak tanya beberapa soalan.Apakah maksud bagi perkataan; 1) Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), 2) etika dan integriti, 3) etika kerja, 4) wistleblowing.Terima kasih.

1. Pertubuhan bukan kerajaan ialah badan atau pertubuhan sukarela yg bergerak dlm bidang sosial, ekonomi, kebudayaan dsb dgn matlamat dan fungsi­nya yg tertentu.

2. Etika bermaksud ilmu berkenaan prinsip-prinsip akhlak atau moral, integriti bermaksud : i.kejujuran atau ketulusan, ii. keadaan sempurna dan utuh atau keutuhan.

3. Etika kerja bermaksud Budaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang antara lain akan menghasilkan sifat bekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif.

4. Ejaan yang betul ialah whistle-blowing dan padanannya dalam bahasa Melayu ialah pemberi maklumat.

Istilah02.04.2010
(iii) Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan etika masyarakat yang bertamadun. bolehkah perkataan etika digantikan dengan kata 'norma'?Perkataan etika boleh digantikan dengan norma. Amalan rasuah dapat dihapuskan jika semua pihak dapat menerima hakikat bahawa amalan itu bertentangan dengan ajaran agama dan norma masyarakat yang bertamadun.Lain-lain05.05.2010
1.etika kerja 2.profesionalisme 3.akauntabiliti 4.peraturan 5. tonggak dua belas.Tiada soalan yang dikemukakan, sila hubungi kami semula dan jelaskan pertanyaan saudara.Lain-lain26.11.2011
Saya ingin mendapatkan kepastian istilah yang lebih sesuai bagi istilah Bahada Inggeris 'Code of Ethics and Conduct'? Sama ada 'Kod Etika dan Tatakelakuan' atau 'Kod Etika dan Tatalaku' atau 'Tataetika dan Kelakuan' atau 'Tataetika dan Tatalaku'?'Code of Ethics and Conduct' - 'Kod Etika dan Tatakelakuan'Istilah30.01.2018
1234

Kembali ke atas