Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : (étika) 1. ilmu bkn prinsip-prinsip akhlak atau moral; 2. prinsip moral (atau akhlak) atau nilai-nilai akhlak yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan (persatuan, pekerjaan, dll); ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm pengamalan perubatan masing­-masing; beretika mempunyai atau berpegang kpd etika, berakhlak, bermoral: amalan yg tidak ~ itu perlu dihentikan segera. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ti.ka] | ايتيکا

Definisi : /étika/ prinsip moral atau nilai-nilai akhlak (adat sopan santun dsb) yg menjadi pegangan seseorang individu atau sesuatu kumpulan manusia: ~ perubatan nilai dan garis panduan yg harus dipatuhi oleh para doktor dlm mengamalkan ilmu perubatan masing-masing. beretika mempunyai etika atau berpegang pd etika: Amalan yg tidak ~ itu mesti dihentikan segera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etika


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ethical universalismuniversalisme etika/semestaisme etikaKesenianTiadaTiada
netiquettenetikaTeknologi Maklumate-PembelajaranEtika dalam Internet. Etika ini melibatkan kod atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam Internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan Usenet. Contohnya, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar semuanya bermaksud anda menjerit dalam web. Pengguna tidak boleh menghantar e-mel kepada sembarang orang, terutamanya e-mel yang mengandungi mesej tidak munasabah atau yang tidak dimintanya.
work ethicsetika kerjaPentadbiranPentadbiran AwamBudaya murni yang menjadi amalan kakitangan organisasi yang akan menghasilkan sifat pekerja yang berakhlak, menepati waktu, cekap, berhemah dan produktif. Etika yang murni akan membentuk imej positif organisasi tersebut. Etika kerja juga mempunyai hubungan yang rapat dengan tingkah laku kakitangan dan budaya yang diamalkan dalam organisasi. Etika ini sering kali dibincangkan dalam konteks nilai, kepercayaan, norma dan sifat peribadi seseorang kakitangan dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka terhadap kepentingan organisasi. Contohnya, sikap tidak curi tulang sewaktu bertugas, menggunakan kad perakam waktu dengan jujur, menjaga kerahsiaan organisasi dan keselamatan peralatan organisasi.
code of ethickod etikaPengurusanPerancanganSuatu garis panduan lazimnya secara bertulis, yang ditetapkan oleh pengurusan organisasi sebagai rujukan untuk pekerja melaksanakan tindakan dan menunjukkan perilaku yang berlandaskan nilai baik dan beretika. Tujuan kod etika digariskan adalah untuk memelihara imej baik organisasi dari sudut pemerhatian pelanggan dan pihak berkepentingan. Kod etika yang berbeza antara organisasi bergantung pada visi dan misi serta budaya yang ingin diterapkan. Garis panduan kod etika juga diguna pakai dalam perlakuan profesional sesuatu bidang tugas seperti kewartawanan, perundangan dan kedoktoran. Contoh kod etika bagi pengamal perubatan adalah mengutamakan kepentingan dan keselamatan pesakit berbanding dengan kepentingan peribadi atau keuntungan semata-mata. Lihat juga tanggungjawab etika.
organisational ethicsetika organisasiPentadbiranPentadbiran Awam

Amalan atau budaya kerja yang dilaksanakan dalam sesebuah organisasi berdasarkan tatacara yang mempunyai nilai-nilai murni. Antara unsur penting dalam etika organisasi termasuklah menepati waktu, bertanggungjawab, sopan santun, berbudi bahasa, telus, ikhlas dalam menjalankan tugas, mematuhi arahan dan memelihara keselamatan dan kepentingan harta organisasi. Persekitaran organisasi biasanya memainkan peranan penting dalam membentuk etika organisasi selain daripada peraturan organisasi, sikap pihak pengurusan atasan dan bentuk kerja atau tanggungjawab kakitangan. Etika berbeza dari sebuah organisasi dengan sebuah organisasi yang lain, misalnya, terdapat organisasi yang membenarkan kakitangannya berpakaian singkat atau mendedahkan dengan hasrat menonjolkan imej moden organisasi tersebut, manakala organisasi tertentu khasnya organisasi awam mempunyai etika tersendiri yang berasaskan adat dan budaya tempatan.

ethics committeejawatankuasa etikaPerubatanTiadaJawatankuasa yang dibentuk oleh sesebuah institusi untuk mengawal selia penyelidikan dari segi etika agar penyelidikan tersebut tidak bertentangan dengan nilai-nilai peradaban, moral, agama dan norma sesuatu tempat sama ada yang melibatkan manusia atau binatang. Jawatankuasa ini dianggotai oleh ahli daripada pelbagai bidang seperti sains, perubatan, undang-undang, agama, sosial serta orang awam agar semua aspek etika penyelidikan dapat diteliti. Setiap penyelidikan terhadap manusia atau binatang perlu mendapat kelulusan daripada jawatankuasa etika sebelum dimulakan.
management ethicsetika pengurusanPentadbiranPentadbiran AwamAmalan yang menjadi tonggak pentadbiran dan pengurusan sesebuah organisasi. Etika pengurusan biasanya dilihat dari aspek disiplin, budaya organisasi, pematuhan terhadap peraturan, kaedah kepimpinan yang diguna pakai, hubungan majikan dengan kakitangan, kebajikan dan keselamatan pekerja, serta matlamat dan wawasan organisasi. Pekeliling Perkhidmatan Awam, Kempen Kepimpinan Melalui Teladan, Tonggak 12 dan Penerapan Nilai Islam Dalam Perkhidmatan Awam menjadi garis panduan kepada pembentukan etika pengurusan. Contohnya, kaedah pengambilan kakitangan baru yang berlandaskan keupayaan dan kelayakan seseorang individu dan bukannya berdasarkan kepentingan peribadi.
deontological ethicsetika deontologiPendidikanTiadaSebarang etika yang menjadikan teori tanggungjawab tidak bergantung sepenuhnya kepada teori nilai. Penentuan tindakan itu betul, tidak bergantung kepada pertimbangan nilai.
professional ethicsetika ikhtisasPentadbiranPentadbiran AwamLihat etika profesional.
axiological ethicsetika aksiologiPendidikanTiada

 Sebarang etika yang menjadikan teori tanggungjawab ber­gantung sepenuhnya kepada teori nilai dengan menentukan sesuatu tindakan tersebut betul berdasarkan pertimbangan nilai atau kebaikannya.

12345678910...

Kembali ke atas