Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.tio.lo.gi] | ايتيولوݢي

Definisi : (étiologi) 1. kajian tentang punca (sebab) timbulnya penyakit; 2. kajian atau falsafah tentang sebab-musabab. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata etiologi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
etiologyetiologiKesusasteraanTiadaKajian tentang sebab-musabab. Etiologi juga merupakan pengisahan singkat dalam bentuk prosa atau puisi yang menceritakan asal usul tempat, orang, binatang, benda atau sesuatu kejadian alam. Etiologi merupakan salah satu bentuk sastera awal yang hidup dalam tradisi sastera rakyat sesebuah masyarakat. Etiologi memerihalkan sejarah asal usul sesuatu perkara mengikut kepercayaan masyarakat setempat. Dalam konteks masyarakat silam, sering kali cerita asal usul dikaitkan dengan unsur-unsur mitos dan legenda yang dipercayai berakar-umbi sejak turun-temurun. Cerita asal usul wujud dalam semua tradisi kesusasteraan di dunia. Dalam kesusasteraan Melayu tradisional, unsur etiologi paling ketara ditemui dalam kisah pembukaan kampung, pemberian nama sungai, gunung dan sebagainya. Sebahagian daripada cerita tersebut dikaitkan pula dengan mitos sumpahan, �Sang Gedembai�. Contoh unsur etiologi yang berkaitan dengan kejadian alam dapat dibaca melalui kisah tentang kejadian guruh, gempa, kilat, hujan dan sebagainya. Kisah asal usul binatang pula ditemui dalam cerita-cerita binatang seperti Mengapakah Harimau Mempunyai Belang? Mengapakah Ular Sawa Hilang Bisanya? Dan Mengapakan Burung Puyuh Tidak Berekor? Dalam cerita legenda Raja Bersiung, terdapat beberapa buah tempat di negeri Kedah yang dikaitkan dengan Raja Bersiung.
aetiologyetiologiPerikananAkuakulturKajian tentang punca dan penyebab penyakit, termasuklah faktor-faktor yang meningkatkan penularan, wabak dan jangkitan agen etiologi pada ikan.
aetiologyetiologiPendidikanTiadaTiada
aetiologyetiologiPerubatanTiadaKajian tentang punca atau asal usul penyakit
etiologyetiologiKesusasteraanTiadaTiada
aethiologyetiologiPertanianTiadaTiada
etiologyetiologiPerubatanTiadaTiada
etiologyetiologiPsikologiTiadaTiada
etiologyetiologiPerubatanTiadaKajian tentang punca atau penyebab penyakit.
aetiologyetiologiBiologiPatologiKajian dalam patologi tumbuhan, dan perubatan tentang semua faktor selain daripada faktor perumah yang boleh menyebabkan penyakit. Biasanya ia merujuk kepada penyebab penyakit, sama ada penyakit berjangkit atau racun.
123

Kembali ke atas