Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : (faédah) 1. guna, manfaat: apa ~nya mencintai orang yg tidak mencintai kita; 2. bayaran yg dikenakan atas pinjaman atau kredit, bunga: kakitangan kerajaan diberi pinjaman perumahan atas kadar ~ 4% setahun; ~ terakru faedah terkumpul yg belum dijelaskan; berfaedah berguna, bermanfaat, memberi keuntungan: nampaknya tidaklah ~ negara yg berjiran menentang satu sama lain. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.é.dah] | فاءيده

Definisi : /faédah/ 1 sesuatu yg mendatangkan kebaikan; guna: Buah kelapa banyak ~nya. 2 sejumlah wang yg diperoleh apabila menyimpan wang di sesebuah bank dll (utk jangka masa tertentu); bunga; laba; untung: Bank perdagangan memberikan kadar ~ yg tinggi utk wang simpanan para pelanggannya. 3 sejumlah wang yg perlu dibayarkan apabila meminjam wang dr bank dll: Kebanyakan bank mengenakan kadar ~ 10% utk wang yg dipinjamkannya. berfaedah mendatangkan faedah; memberikan kebaikan atau keuntungan; berguna: Tidak ~ lagi kita menunggu di sini kerana sudah sebegini lama, yg ditunggu tak kunjung tiba. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faedah

Peribahasa

Menuntut piutang lapuk.

Bermaksud :

Mengerjakan sesuatu yang tidak mendatangkan faedah.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
footloose industryindustri bebas letakPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaIndustri yang tidak bergantung kepada faedah-faedah lokasi.
ex-alltanpa semuaPentadbiran PerniagaanTiadaPembelian sesuatu sekuriti tanpa dividen, hak, bonus, waran atau faedah-faedah lain yang menyertai sesuatu sekuriti.
x-alltanpa semuaPentadbiran PerniagaanTiadaPembelian sesuatu sekuriti tanpa dividen, hak, bonus, waran atau faedah-faedah lain yang menyertai sesuatu sekuriti.
cost-effectiveness analysisanalisis kos-keberkesananSosiologiTiadaPenilaian dan perbandingan jumlah perbelanjaan yang telah dilaburkan ke atas sesuatu projek dengan faedah-faedah dan pembaikan yang terhasil daripada projek tersebut.
cost-effectiveness analysisanalisis kos keberkesananPerancangan dan Pembangunan BandarTiadaPenilaian dan perbandingan jumlah perbelanjaan yang telah dilaburkan ke atas sesuatu projek dengan faedah- faedah dan pembaikan yang terhasil daripada projek tersebut.
collective bargainingperundingan kolektifPengurusanPerancanganSuatu proses perundingan antara majikan dengan kumpulan pekerja mengenai peraturan dan isu-isu dalam hubungan pekerja-majikan seperti penggajian, persekitaran kerja, faedah-faedah dalam perkhidmatan dan aspek-aspek lain termasuk pampasan dan hak pekerja. Perundingan ini dijalankan secara formal dalam suasana yang baik bagi mencapai faedah dan kebaikan bersama. Kumpulan pekerja yang lebih formal dan teratur dengan suara yang lebih berpengaruh diwakili oleh kesatuan sekerja. Contoh kesatuan sekerja yang melakukan perundingan kolektif ialah Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE), yang menuntut perlindungan keselamatan yang lebih terjamin semasa mereka menjalankan tugas.
date of recordtarikh rekodPentadbiran PerniagaanTiadaTarikh pemegang saham mesti berdaftar dalam buku rekod syarikat untuk membolehkan mereka menerima terbitan hak, bonus dan faedah-faedah lain.
ghallahfaedahPerniagaan IslamTiadaFaedah yang boleh dinikmati atau diperoleh daripada barangan. Contohnya, faedah meminum susu sehingga habis daripada haiwan yang diternak, memakan buah daripada pokok dan faedah menggunakan barangan seperti kenderaan atau pakaian. Dalam mazhab Maliki, ghallah merujuk secara khusus kepada faedah tambahan seperti faedah rumah ialah mendiaminya tetapi apabila disewakan maka menjadi faedah tambahan.
deferred interest bondbon faedah tertangguhPentadbiran PerniagaanTiadaBon diterbitkan dengan diskaun dan tidak membayar faedah semasa. Faedah yang dinyatakan dikira berdasarkan perbezaan nilai masa terbitan dengan masa matang dan dikira atas asas kompaun bukan secara faedah biasa.
fringe benefitfaedah sampingan; faedah pinggirKejuruteraanTiadaTiada
12345678910...

Kembali ke atas