Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.kir] | فقير

Definisi : Ar 1. (orang yg) berpendapatan kurang drpd pendapatan orang miskin (tidak mencukupi keperluan asas harian): tiap-tiap hari Jumaat, baginda mengurniakan sedekah kpd ~ dan miskin; 2. sl saya (yg miskin ini): apa kerja tuan datang ke rumah ~? 3. orang yg sengaja atau dgn kerelaan sendiri mengalami atau menanggung serba kekurangan dalam hidupnya utk mendapat kesempurnaan batin: baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana;~ miskin golongan yg sangat berkurangan (sangat miskin): bantuan makanan juga akan diberikan kpd ~ miskin;kefakiran perihal (keadaan) fakir. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.kir] | فقير

Definisi : 1 orang yg sengaja menderita kekurangan utk mencapai kesempurnaan batin: Baginda memakai pakaian ~ dan meninggalkan istana. 2 orang yg serba kekurangan: Dia selalu bersedekah kpd ~ miskin. 3 aku yg miskin: Apa hajat datang ke rumah ~ ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fakir


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saudara, Apakah 'laminating sheet' di dalam bahasa Melayu? Saya tidak dapat mencari perkataan Melayu bagi item ini sedangkan laminating sheet ini kerap digunakan di sekolah-sekolah. Terima Kasih. Yang Fakir, SodiqinUntuk makluman, tidak terdapat istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "laminating sheet". Walau bagaimanapun, terdapat istilah untuk "laminating", iaitu perlaminaan dan istilah untuk "sheet" ialah helaian, kepingan dan lapisan. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah lapisan perlaminaan atau helaian perlaminaan.Istilah16.07.2013
Assalamualaikum, Saya bukan ingin membuat pertanyaan, tetapi ingin menegur pentakrifan perkataan ZAKAT yang dikeluarkan oleh pihak DBP untuk Kamus Dewan cetakan ke3 dan ke4. DBP menulis: --zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; ...... (Kamus Dewan Edisi Tiga) -zakat Ar rukun Islam yg keempat yg mewajibkan seseorang Islam mengeluarkan sebahagian drpd hartanya kpd orang yg berhak menerimanya (spt fakir miskin), mengikut syarat-syarat yg ditentukan; .... (Kamus Dewan Edisi Empat) PErkara yang ingin ditegur di sini ialah, zakat bukan merupakan rukun Islam yang ke4, tetapi yang ke3, berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w.: "Islam ialah: Bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah, dan mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, dan berpuasa di bulan Ramadhan, dan menunaikan haji bagi yang berkuasa." (Hadis Sahih). Sekian, harap maaf. -Suryani Masnan-

Waalaikumsalam wbt.

Terima kasih atas pandangan saudari yang begitu bernas. Untuk pengetahuan saudari, setiap entri yang berkaitan dengan agama atau kata yang berasal daripada bahasa Arab mempunyai panel penilainya tersendiri. Dan panel-panel tersebut terdiri daripada pakar-pakar dalam bidang masing-masing. Kebanyakan pakar yang terlibat datangnya dari universiti-universiti tempatan.

Berbalik kepada soalan saudari. Sekiranya saudari merujuk kepada mana-mana kitab tauhid/aqidah, saudari akan dapati kedudukan 'zakat' itu di tangga yang keempat bukan ketiga. Kedudukan zakat dalam hadis yang disebutkan itu tidak bermaksud kedudukannya dalam keutamaan rukun Islam. Banyak laman web berbahasa Arab yang saya layari, kesemuanya merujuk bahawa zakat merupakan rukun Islam keempat. Sila rujuk juga kitab-kitab lain yang berkaitan rukun Islam. Jangan sekadar mengambil maksud langsung hadis tersebut. Lihat juga kepada kupasannya.

Lain-lain13.05.2009
Biasanya perkataan "akan" ini akan dipendekkan dan disambung pada kata adjektif yang di depannya, seperti: i.Wanita itu amat rindukan anaknya. ii. Saya amat sayangkan kamu. Daripada ditiadakan perkataan "akan", adalah lebih baik digantikan dengan perkataan "pada" atau "terhadap" (terutama antara kata diri pertama dan kedua). Mohon diperbetulkan jika ada kekhilafan daripada fakir yang kurang ilmu ini."Kata sendi nama "akan" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang merujuk manusia, dan penggunaannya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat emotif.Tatabahasa20.08.2013
perkataan yang betul KORBAN, KURBAN ATAU QORBAN. ( MENGENAI IBADAH )Salam sejahtera,

Tuan,

Data kami menunjukkan ejaan yang betul ialah korban yang bermaksud amalan menghampirkan diri kepada Allah dengan menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pada 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daripada daging itu kepada fakir miskin.

Sila layari http://prpm.dbp.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Sekian, terima kasih.
Tatabahasa24.02.2018
saya Artikoh Kuno, sedang di Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya DBP tentang bahasa melayu, apakah makna ''Qurban'' apakah artinyaEjaan yang betul ialah korban daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~; 2. persembahan spt haiwan atau manusia kpd dewa dlm pemujaan; 3. pemberian (kesanggupan melakukan atau menanggung sesuatu) sbg tanda kebaktian (kasih dll): kerana kasih, ia sanggup menderita, kerana erti kasih itu kepadanya ialah ~; 4. (orang) yg menanggung penderitaan akibat sesuatu (perbuatan dll), mangsa: kau mahu kesenangan, mereka dijadikan ~; 5. = ~ jiwa = ~ manusia kematian kerana nahas (disebabkan sesuatu malapetaka dll): nahas itu mengakibatkan banyak ~ jiwa; berkorban 1. (sedang) menawarkan sesuatu sbg korban (kpd yg disembah): penganut agama tersebut ~ kpd dewa-dewa dan melontar korban-korban ke laut; 2. menanggung penderitaan utk keselamatan (kebahagiaan, kepentingan) orang dll, menyerahkan sesuatu utk tanda bakti (cinta dll): banyak ia ~ utk menawan hati gadis belasan tahun itu; kerana negara, mereka sanggup ~ apa saja; 3. dgn (disertai, berserta) korban: nahas jalan raya sering ~ jiwa; mengorbankan 1. mempersembahkan sbg korban: ada orang Cina yg ~ makanan kpd topekong; 2. menyerahkan sesuatu (spt wang dll) utk sesuatu tujuan (kepentingan dll): ~ nyawa utk mempertahankan negara; 3. menyebabkan menderita, memusnahkan (me­rosakkan): mereka sanggup ~ bangsa utk mencapai kemahuan mereka; terkorban terbunuh, termusnah (kepenti­ngan dll): sepuluh orang askar telah ~ dlm serangan hendap itu; pengorbanan perihal mengorbankan (ber­korban): tugu itulah tanda penghargaan negara terhadap ~ askar-askar yg terbunuh kerana menentang pengganas-pengganas.Makna22.09.2014
saya Artikoh kuno, sedang belajar di Universiti Fatoni kelas dasar, saya ingin bertanya DBP tentang bahasa Melayu, apakah makna 'qurban' apakah artinya Terima kasihTiada pengertian "qurban" dalam Kamus Dewan Edisi KEempat, tetapi istilah "korban" ialah perkataan Arab yang bermaksud amalan menghampirkan diri kepada Alllah dengan menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing,. kerbau, dll.) pada 10 Zulhijjah atau 3 hari selepasnya (hari tasyrik) dengan mengagihkan sebahagian daging tersebut kepada fakir miskin. (Lihat keterangan selanjutnya dalam Kamus Dewan Edisi Keempat)Istilah22.09.2014
salam...soalan sy ialah apakah sumbangan hamzah fansuri. tidak kisah sumbangan dari segi apa2 pn,terima kasih

Hamzah Fansuri hidup dalam masa pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV (1589-1604 Masihi). Beliau lahir di sebuah kampung bernama Fansur. Pada zaman Kesultanan Acheh, Fansur dikenali sebagai pusat pengajian Islam di Acheh. Hamzah Fansur pernah memangku jawatan ulama dan penasihat kepada sultan. Beliau juga dikenali sebagai pengamal ilmu tasawuf beraliran Wahdatul Wujud dan pengikut Tariqat Qadiriyah. Beliau telah menghasil pelbagai karya agama dan sastera seperti antaranya Syair Burung Punggok, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir, Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syarab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Cinta Tuhan), Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana) dan al-Muntahi.

Untuk mengetahui lagi tentang tokoh Hamzah Fansuri, sila dapatkan atau rujuk buku "Tokoh-tokoh Sastera Melayu Klasik" diterbitankan oleh DBP, 1987.

Lain-lain22.01.2010
Apakah bezanya kekah dan korban

Encik Ismail terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

akikah

  • Ar penyembelihan binatang ternakan (lembu, kambing) yg dilakukan selepas kelahiran bayi (lebih afdal pd hari ketujuh) sbg tanda kesyukuran kpd Allah;
  • korban

    • Ar 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin: majlis ~;
Makna20.10.2009
mana yang betul - ibadat korban, ibadat qurban, ibadah qurban atau ibadah korban. Terima kasihIbadah dan ibadat kedua-duanya betul, sila klik ibadah">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ibadah untuk maklumat lanjut.

Ejaan yang betul ialah ibadat/ ibadah  korban daripada bahasa Arab yang membawa maksud: 1. amalan menghampirkan diri kpd Allah dgn menyembelih binatang ternakan (lembu, kambing, kerbau, dll) pd 10 Zulhijjah atau tiga hari selepasnya (hari tasyrik) dgn mengagihkan sebahagian drpd daging itu kpd fakir miskin:
Ejaan27.07.2017
Soalan saya, adakah dbp menyimpan tajuk-tajuk kajian yang pernah dibuat oleh sarjana tempatan atau luar terntang syiar bidasari. 2. Adakah syair milik masyarakat melayu tradisonal atau berasal dari arab 3. Bilakah asal kedatangan syair ke malaysia? 4. Adakah syair asal bidasari mempunyai nama pengarangnya yang asal

Untuk makluman saudara, Syair Bidasari telah dikaji secara mendalam oleh Puan Jamilah Hj.Ahmad seorang pegawai penyelidik DBP dan hasil kajian tersebut telah diterbitkan pada tahun 1989.Beliau telah membuat perbandingan naskhah  lima versi Syair Bidasari. Disamping itu Prof.Madya Dr.Hashim Ismail seorang pensyarah dari Universiti Malaya  ada membuat kajian tentang Syair Bidasari yang berjudul Keindahan Syair Bidasari: Dualisme yang Indah. Kajian beliau ini dimuatkan dalam buku Pandangan Semesta Melayu: Syair yang diterbitkan oleh DBP pada tahun  2005.  Saudara juga boleh merujuk Pusat Dokumentasi Melayu,Dewan Bahasa dan Pustaka untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang perkara tersebut. Antara pegawai yang bertugas yang boleh dihubungi ialah Puan Kamariah Abu Samah ( 03-21481037) atau Puan Fatimah Zahrin( 03-21481044).

Istilah Syair sebenarnya berasal dari Arab atau Parsi tetapi bentuk syair yang wujud dalam kesusasteraan Melayu ialah ciptaan orang Melayu mengikut struktur bahasa Melayu dan cita rasa seni sastera Melayu.  Syair datang atau berkembang ke Malaysia atau ke alam Melayu khususnya sejak kedatangan agama Islam ke Melaka iaitu sekitar abad kelima belas. Syair Bidasari yang asal ( dalam bentuk manuskrip jawi) tidak tertera nama pengarangnya kerana pengarang syair tersebut hanya membahasakan dirinya sebagai "fakir" sebagai tanda merendah diri.

Lain-lain21.07.2010

Kembali ke atas