Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[faks] | فک‌س

Definisi : dokumen dsb yg dihantar melalui sistem pengimbasan secara elektronik melalui talian telefon dsb;memfakskan menghantar faks: mesej penting ini akan difakskan kpd semua pemimpin parti. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[faks] | فک‌س

Definisi : singkatan bagi faksimile. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata faks


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fax modem boosterpenggalak modem faksSosiologiTiadaAlat yang dapat menjelaskan lagi faks yang diterima.
faxfaksKejuruteraanTiadaPenghantaran dan penerimaan maklumat berbentuk teks atau bergambar melalui mesin yang mempunyai sistem pengimbas segerak pada bahagian transmiter dan penerimanya dan sistem telegrafi.
falxfalksPerubatanTiadaStruktur seperti sabit, faks serebri, dura mater yang melipat seperti sabit, Sinonim: falkula; aponeurosis inguina otot oblik internal dan transversa pada abdomen.
active documentdokumen aktifPentadbiran PerniagaanTiadaDokumen yang sering digunakan dalam perhubungan sesebuah organisasi, contohnya surat, faks dan invois.
information carrierpembawa maklumatPentadbiran PerniagaanTiadaAlat untuk menghantar dan menerima maklumat seperti kabel, telefon dan faks.
Internet telephonytelefoni InternetTeknologi MaklumatTiadaSet perkakasan dan perisian yang digunakan untuk melakukan panggilan atau faks ke serata dunia dengan menggunakan rangkaian Internet sebagai ganti talian telefon. Ia lebih murah berbanding dengan talian telefon biasa kerana melibatkan panggilan tempatan dan bukan panggilan antarabangsa. Contohnya, panggilan ke Australia cuma RM0.29 seminit melalui telefoni Internet berbanding dengan panggilan telefon biasa yang berharga RM0.90 seminit melalui talian telefon biasa. Walau bagaimanapun, kualiti panggilannya lebih rendah. Sistem telefoni Internet terdiri daripada komponen berikut : a)peranti akhir seperti telefon biasa, komputer multimedia atau terminal khusus b) get laluan untuk menterjemah data audio kepada digital dan sebaliknya danc)proksi yang menguruskan panggilan secara berpusat d) unit persidangan berbilang titik.
transaction documentdokumen urusan semasaPentadbiran PerniagaanTiadaDokumen yang sering digunakan dalam perhubungan sesebuah organisasi, contohnya surat, faks dan invois.
call centerpusat panggilanTeknologi Maklumate-KesihatanUnit pengendalian berpusat yang berkaitan dengan komunikasi individu, termasuk surat, faks, perisian sokongan secara langsung, media sosial, mesej segera dan e-mel. Di hospital, pusat panggilan diwujudkan bagi memudahkan orang ramai mendapatkan maklumat kesihatan, maklumat mengenai perkhidmatan hospital, kumpulan pakar perubatan dan pusat panggilan perubatan lain bagi yang memerlukan perkhidmatan penyumberan luar.
signature blockblok tandatanganTeknologi MaklumatTiadaKelompok teks yang diletakkan di akhir setiap mesej e-mel yang dihantar. Ia mengandungi nama, alamat, nombor telefon, nombor faks dan alamat e-mel penghantar.
3G (third generation)3G (generasi ketiga)Teknologi MaklumatTiadaGenerasi ketiga sistem wayarles atau mudah alih yang merangkumi perkhidmatan multimedia yang mempertingkatkan kebolehgunaan mod telefon selular (seperti e-mel, kelui, faks, sidang video dan pelayaran web), lebar jalur yang lebar, kelajuan tinggi, dan kemudahan penghalaan. Frekuensi operasi penghantaran dan penerimaan mencapai 2 GHz. Generasi sebelumnya ialah 1G, 2G dan 2.5 G. 1G bermula pada tahun 1970-1980 dan 2G bermula pada tahun 1990. Generasi 2.5G memerihalkan teknologi wayarles yang digunakan pada GPRS.
12

Kembali ke atas