Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fak.ta] | فکتا

Definisi : 1. sesuatu yg benar-benar berlaku; 2. sesuatu yg benar dan boleh dibuktikan; 3. maklumat tentang seseorang atau sesuatu; ~ adjudikasi (Udg) perkara fakta berkaitan dgn pihak-pihak dlm prosiding pentadbiran berbanding dgn fakta-fakta perundangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fak.ta] | فکتا

Definisi : butir-butir yg benar bkn sesuatu: Kita boleh menggunakan ~ ini utk menyukat kekuatan arus elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fakta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
KRIMINOLOGI

Kriminologi ialah kajian saintifik tentang jenayah,

penjenayah, kelakuan penjenayah dan sistem

pengadilan jenayah. Ahli kriminologi membuat

kajian yang memeriksa fakta-fakta yang berkaitan

dengan jenayah.

UMUM 
SAINS

Sains meliputi bidang ilmu pengetahuan yang luas

yang menangani fakta cerapan dan hubungan

antara fakta tersebut. Perkataan sains berasal

daripada perkataan Latin scientia yang bererti

pengetahuan. Ahli sains mengkaji berbagai-bagai

jenis perkara. Contohnya, sesetengah ahli sains

mencari bukti tentang asal usul alam semesta.

Penyelidik yang lain mengkaji struktur molekul di

dalam sel tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang

hidup. Penyelidik atau ahli sains yang lain mengkaji

tentang mengapa kita bertingkah laku sedemikian,

atau cuba pula menyelesaikan masalah matematik

yang rumit. Namun, dalam apa pun bidang kajian

mereka, semua ahli sains mengkaji bagaimana cara

dunia berfungsi.

UMUM 
DAPATAN SEMULA MAKLUMAT

Dapatan semula maklumat ialah sistem

untuk mencari fakta dalam kawasan simpanan

maklumat pusat. Bentuk-bentuk mudah dapatan

semula maklumat termasuklah mencari bahan

fakta dalam buku ensiklopedia dan mencari

makna perkataan dalam kamus

UMUM 
SALAH NYATA CUAIPernyataan palsu tentang fakta yang dibuat secara cuai.UNDANG-UNDANGKonsep
KETERANGAN

Keterangan ialah maklumat yang cuba

membuktikan atau menidakkan fakta yang

dipersoalkan. Keterangan boleh mengandungi

dokumen, rekod awam, atau testimoni saksi.

Keterangan juga boleh berupa objek, seperti

senjata pembunuhan yang kewujudannya atau

kehadirannya dapat memberikan maklumat tentang

fakta yang menjadi persoalan.

UMUM 
ATLAS

Atlas ialah buku peta. Ia kadangkala termasuk

fakta dan angka tentang tempat. Istilah atlas boleh

juga digunakan untuk buku berjilid yang

menerangkan sebarang subjek dalam bentuk

berilustrasi atau berjadual.

UMUM 
SIMBOL

Simbol ialah apa-apa sahaja yang menyampaikan

satu fakta atau idea atau yang melambangkan

sesuatu objek. Sesetengah simbol, seperti bendera

dan tanda berhenti, adalah simbol visual. Unsur lain,

termasuk muzik dan perkataan yang dituturkan yang

melibatkan bunyi. Simbol menduduki antara ciptaan

kata tertua dan yang paling asas.

UMUM 
KEBEBASAN AKHBAR

Kebebasan akhbar ialah hak untuk

menerbitkan fakta, idea, dan pendapat tanpa

gangguan daripada kerajaan atau daripada

kumpulan persendirian.

UMUM 
KEELEKTROMAGNETAN

Keelektromagnetan ialah cabang fizik yang

mengkaji hubungan antara elektrik dengan

kemagnetan. Elektrokemagnetan berdasarkan fakta

bahawa (1) arus elektrik atau medan elektrik yang

berubah menghasilkan medan magnet, dan

(2) medan magnet yang berubah menghasilkan

medan elektrik.

UMUM 
MODUS

Modus ialah satu istilah menurut tatabahasa

yang digunakan dalam bentuk kata kerja yang

membezakan jenis kata kerja makna tertentu.

Misalnya, dalam “He is my brother” adalah bentuk

modus penunjuk : iaitu yang menyatakan fakta.

Tetapi kata kerja ‘were’ dalam “If he were my

brother” adalah modus subjuntif: iaitu, yang

menyatakan keadaan yang bertentangan dengan

fakta.

UMUM 
123

Kembali ke atas