Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fak.ta] | فکتا

Definisi : 1. sesuatu yg benar-benar berlaku; 2. sesuatu yg benar dan boleh dibuktikan; 3. maklumat tentang seseorang atau sesuatu; ~ adjudikasi (Udg) perkara fakta berkaitan dgn pihak-pihak dlm prosiding pentadbiran berbanding dgn fakta-fakta perundangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fak.ta] | فکتا

Definisi : butir-butir yg benar bkn sesuatu: Kita boleh menggunakan ~ ini utk menyukat kekuatan arus elektrik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fakta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burden of proofbeban pembuktianUndang-undangTiadaBerkaitan dengan tugas suatu pihak yang membuat tuduhan untuk membuktikan fakta atau fakta-fakta dalam isu berkenaan.
adjudicative factsfakta adjudikasiUndang-undangTiadaPerkara fakta berkenaan dengan pihak-pihak dalam prosiding pentadbiran berbanding dengan fakta-fakta perundangan.
bundle of agreed factsikatan fakta dipersetujuiUndang-undangTiadaFakta-fakta yang dipersetujui yang diikat bersama menjadi satu ikatan atau lebih.
almanacalmanakPerpustakaanTiadaPenerbitan tahunan yang memuatkan fakta-fakta tentang astronomi, aniversari, maklumat statistik, kalendar harian, bulanan, percutian, dan sebagainya.
science fictionfiksyen sains; cereka sainsKesusasteraanTiadaBentuk cerita khayalan atau fantasi yang mengambil fakta-fakta sains, andaian-andaian atau hipotesis-hipotesis sebagai dasar cerita.
premium estimatedpremium teranggarinsuransTiadaPremium sementara yang dikenakan tertakluk kepada pelarasan terakhir berikutan daripada ketetapan fakta-fakta yang perlu.
historical criticismkritikan sejarahanKesusasteraanTiadaKritikan melihat kesusasteraan dalam konteks sejarah dan sosial pada waktu karya itu dihasilkan dan meneliti fakta-fakta tentang kehidupan dan zaman pengarangnya.
error of factkesilapan faktaUndang-undangTiadaKesilapan yang berlaku apabila sesuatu fakta tidak diambil kira, atau diambil kira sedangkan fakta itu tidak wujud.
judicial noticenotis kehakimanUndang-undangUndang-undang AntarabangsaPeraturan dalam undang-undang keterangan yang membenarkan mahkamah menerima sesuatu fakta (termasuk undang-undang) yang diketahui umum tanpa perlu dibuktikan oleh pihak yang bertelingkah di dalam mahkamah. Melalui peraturan ini, sesuatu fakta boleh diterima oleh mahkamah jika kebenaran fakta tersebut terlalu jelas dan tidak boleh disangkal lagi. Dengan itu, pihak yang bertelingkah tidak memikul beban untuk mengemukakan bukti bagi menunjukkan kebenaran fakta tersebut. Contohnya, di Malaysia, umum mengetahui bahawa tarikh 31 Ogos ialah cuti umum, maka mahkamah nasional akan mengambil notis kehakiman tentang fakta ini, dan fakta ini tidak perlu dibuktikan lagi. Namun, dalam konteks undang-undang antarabangsa, mahkamah atau tribunal antarabangsa tidak boleh mengambil notis kehakiman tentang sesuatu fakta dari undang-undang nasional. Mahkamah antarabangsa memerlukan bukti tentang undang-undang nasional itu yang boleh diberi oleh pakar undang-undang nasional tersebut, malah boleh juga melakukan penyelidikannya sendiri.
mistake of factkesilapan faktaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaKekhilafan mengenai sesuatu perkara selain daripada kesilapan undang-undang. Kesilapan fakta boleh menjadi alasan atau pembelaan oleh pihak tertuduh bagi mengelakkan tanggungjawab jenayah. Kesilapan fakta hendaklah membatalkan elemen mens rea (niat jahat), seperti kesilapan identiti mangsa. Contohnya, dalam undang-undang jenayah antarabangsa, seorang penempur yang menyangka sasarannya ialah seorang musuh, dan menyerang sasaran tersebut tetapi kemudiannya mendapati mangsa ialah orang awam yang dilindungi oleh undang-undang kemanusiaan antarabangsa. Penempur yang tidak mempunyai niat untuk mensasarkan orang awam tersebut boleh menjadikan kesilapan fakta sebagai satu alasan jika dia didakwa di mahkamah.
12345678910...

Kembali ke atas