Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.kul.ti] | فاکولتي

Definisi : 1. sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti: ~ perubatan; ~ sains; 2. wakil fakulti utk sesuatu pertandingan dll: pertandingan bola sepak yg akan diadakan minggu depan ialah antara ~ perubatan dgn ~ pertanian; 3. kemampuan (keupayaan) semula jadi otak atau jasad: hanya manusia sahajalah yg mempunyai kesemua ~ ini;manusia itu ialah sejenis makhluk bermasyarakat yg selalu menggunakan ~ pemikiran yg kritis utk meneliti dan mendalami masalah masyarakatnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.kul.ti] | فاکولتي

Definisi : 1 jabatan di universiti (kolej) yg mengajarkan sesuatu cabang ilmu atau yg khusus dlm sesuatu jurusan pengajian: ~ sastera. 2 pensyarah-pensyarah dan mahasiswa-mahasiswa dr sesuatu jabatan ilmu pengetahuan di universiti. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fakulti


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Bagaimanakan penggunaan sebenar - pihak pengurusan fakulti atau pihak Pengurusan Fakulti atau Pihak Pengurusan Fakulti

Penggunaan yang betul ialah pihak pengurusan fakulti atau Pihak Pengurusan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.

Ejaan22.09.2021
apakah maksud fakulti?Fakulti bermaksud sesuatu cabang atau jurusan pengajian atau ilmu pengetahuan di universiti.Makna10.12.2012
Bagaimana penulisan kata ganda bagi kata nama khas? contohnya, Fakulti Undang-Undang atau Fakulti Undang-undang?Penulisan kata ganda bagi kata nama khas yang betul ialah Fakulti Undang-Undang.Ejaan30.12.2021
Yang manakah ejaan dan istilah yang tepat, "Saya merupakan mahasiswa Tahun Dua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa tahun dua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa Tahun Kedua, fakulti Syariah Islamiah" ataupun "Saya merupakan mahasiswa tahun kedua, fakulti Syariah Islamiah". Sekian, terima kasih.Ejaan yang betul ialah "Saya merupakan mahasiswa tahun kedua, Fakulti Syariah Islamiah."Tatabahasa03.02.2023
Bersama-sama ini disertakan maklumat Fakulti dalam Bahasa Melayu seperti yang diminta oleh pihak YBhg. Prof. Untuk makluman YBhg. Prof., pihak Fakulti sedang mengemaskini maklumat /brosur di dalam Bahasa Inggeris dan akan dihantar ke Pejabat Pendaftar dalam masa terdekat.

Sila jelaskan soalan saudara/ saudari.

Lain-lain10.03.2010
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Saya Dr. Zair Asrar Ahmad daripada Jabatan Mekanik Gunaan dan Rekabentuk, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Saya ingin mendapatkan pendirian dan pengesahan rasmi daripada pihak DBP berkenaan penggunaan tanda kata kutip (" ") di dalam dokumen-dokumen rasmi untuk mewakili istilah Bahasa Inggeris. Untuk makluman, sesetengah istilah tersebut telah pun ada di dalam Bahasa Malaysia (rujukan Kamus Istilah Kejuruteraan DBP). Pihak fakulti sentiasa merujuk kepada kamus tersebut semasa menyemak abstrak pelajar di dalam dokumen tesis mereka. Pihak fakulti juga ingin menyarankan pihak DBP agar sentiasa mengemaskini kamus tersebut agar penggunaan Bahasa Malaysia yang betul sentiasa dapat dimartabatkan terutamanya di dalam dokumen rasmi di universiti. Pihak fakulti telah mendapat aduan dari pelajar yang mengatakan abstrak beliau betul dan disahkan oleh pihak DBP. Di dalam abstrak beliau, terdapat banyak penggunaan tanda kutip untuk mewakili istilah Bahasa Inggeris. Abstrak tersebut disertakan untuk rujukan pihak Tuan/Puan. Walaupun pihak fakulti merasakan perkara ini adalah tidar wajar dan merosakkan bahasa, pendirian dan peraturan rasmi DBP sebagai penjaga rasmi Bahasa Malaysia adalah dipohon tentang isu ini.Istilah umum atau khusus yang boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu tidak perlu diletakkan tanda petik.

Untuk makluman tuan, dalam buku Gaya Dewan terbitan DBP di bawah tajuk penggunaan "Tanda Petik". digunakan untuk  tujuan tertentu seperti:


a. Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis.  Contoh: "Bila sampai?" tanya Husin.


b. Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat.  Contoh: Rencana yang ditulisnya "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains.


c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.  Contoh:  Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.
Tatabahasa17.07.2023
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbitkan monograf yang menghimpunkan pengajian ilmiah tentang bahasa,sastera dan kebudayaan. Apakah kesalahan imbuhan di atas?Jika ada kesalahan minta Tuan /Puan memberikan penerangan.Terima kasih.Tiada kesalahan imbuhan. Walau bagaimanapun, perkataan pengajian perlu ditukar kepada artikel.
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi akan menerbitkan monograf yang menghimpunkan artikel ilmiah tentang bahasa, sastera dan kebudayaan.
Lain-lain14.01.2021
Asm. Kami dlm proses menyedia kertas kerja penubuhan fakulti baharu. Kami ingin mdptkan pandangan mengenai nama dalam BM. Nama dalam BI: Razak Faculty of Engineering, Technology and Informatics. Terima kasih atas bantuanPada pandangan kami, terjemahan nama tersebut ialah Fakulti Kejuruteraan, Teknologi dan Informatik Razak.Penyemakan dan penterjemahan27.03.2018
Salam, ingin ambil tau, nama bangunan and nama fakulti yang dapat dalam lokasi syarikat kami SEGi College Subang Jaya, kena mohon pengesahan bahasa daripada Dewan Bahasa? Contoh macam, SEGi College, SEGi College of Graduate Studies. Majlis Perbandaran sini minta kami dapatkan sah bahasa daripada Dewan Bahasa, tapi pindaan/komen menunjuk Tidak ada keterangan iklan atau teks bahasa Melayu untuk disahkan. Bangunan dan fakulti kami mestilah dalam bahasa ingeris. Apa tuan/puan cadangkan kami boleh pinda?Wassalam,

Tuan, apakah nama rasmi bagi kolej ini? Sekiranya hanya SEGi College sahaja yang didaftarkan, tuan perlu tambah keterangan aktiviti di atas nama khas. Contoh: KOLEJ atau UNIVERSITI.
Lain-lain08.03.2017
Salam, Apakah cara penulisan untuk senarai edaran di bawah betul? Perlu noktah dan titik? contoh: SENARAI EDARAN 1. Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 KUALA LUMPUR, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.Untuk makluman, memadai jika ditulis: Prof. Dr. Zuraidah binti Mohd Don, Fakulti Bahasa dan Linguistik, Universiti Malaya, Jalan Universiti, 50603 Kuala Lumpur.Lain-lain23.02.2018
123456

Kembali ke atas