Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fal.sa.fah] | فلسفه

Definisi : pengetahuan tentang pengertian yg dianggap sbg ilmu yg tertinggi yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain; ahli ~ orang yg ahli dlm falsafah, ahli fikir; berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu: sekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan kemanusiaan; kefalsafahan segala hal (sifat, ciri) yg berkaitan dgn falsafah: yg penting, adanya nada ~ di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fal.sa.fah] | فلسفه

Definisi : pengetahuan dan penyelidikan ttg sebab-sebab (asas-asas, hukum dll) kewujudan sesuatu ataupun ttg kebenaran dan erti wujudnya sesuatu: ahli ~ orang yg ahli dlm bidang falsafah. berfalsafah 1 berfikir secara mendalam ttg sesuatu. 2 mengemukakan atau memperkatakan sesuatu falsafah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata falsafah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Huraian tentang kebudayaan: 1. Adat resam berbilang kaum dan suku kaum 2. Bentuk, corak dan ciri-ciri di dalam bidang tarian, drama,muzik dan seni tampak. 3. Falsafah-falsafah dalam kesenianSila rujuk bahan ini : 1. Asas pemikiran kebudayaan Malaysia A. Aziz Deraman Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2005 2. Beberapa Aspek Pembangunan Kebudayaan Kebangsaan Malaysia Aziz Deraman Kementerian Kebudayaan Belia & Sukan 1998 3.Ideologi dan kebudayaan kebangsaan Jabatan Pengajian Melayu 1985 4.Kebudayaan Kebangsaan Siti Razmah Hj. Idris Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996 5.Kebudayaan rakyat di Malaysia Zakaria Abdullah PAM Publishing 1992 6.Adat resam dan adat istiadat Melayu Alwi Sheikh Al-Hadi, Syed Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1986Lain-lain20.06.2007
Yang mana yang betul: a) Pemasaran adalah falsafah b) Pemasaran ialah falsafahPemasaran ialah falsafah.Tatabahasa05.10.2011
falsafah pendidikan negara,sistem pendidikan di malaysia pada zaman pra-british,sistem pendidikan sekolah agama,pendidikan perguruan pada era pra-british sehingga kini.Untuk menjawab soalan ini saudara perlu membuat rujukan dan pembacaan di perpustakaan di tempat saudara atau merujuk buku atau makalah tentang perkara teresebut.  Lain-lain16.11.2008
Apa beza doktor falsafah dengan doktor perubatan?
Terdapat perbezaan antara doktor falsafah dan doktor perubatan. Frasa doktor falsafah merujuk kepada 'ijazah tertinggi yang diberikan kepada seseorang siswazah lanjutan, kecuali bagi bidang undang-undang dan perubatan, yang menamatkan pengajiannya dan disertasinya diluluskan oleh majlis yang terdiri daripada para profesor'; manakala doktor atau doktor perubatan ialah 'orang yang memiliki ijazah dalam bidang perubatan dan mempunyai kelayakan atau tauliah utk mengamalkan perubatan, seperti merawat orang sakit'.
Makna24.08.2023
Salam sejahtera. Frasa yang mana gramatis: (a) penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (dalam kalangan guru) (b) penghayatan seseorang guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan Pencerahan tuan/puan amat dihargai.

Frasa yang gramatis ialah “penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam kalangan guru dan penghayatan guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan”.

Tatabahasa16.03.2022
Adakah terdapat perbezaan singkatan bagi doktor falsafah dan doktot perubatan. Cth: DR. digunakan untuk doktor falsafah dan Dr. digunakan kepada doktor perubatanSingkatan bagi seseorang yang bergelar doktor falsafah atau perubatan ialah Dr. Ejaan17.08.2021
Yang mana betul: a) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu Impi, Percaya, Berani, Buat. b) Disney Co. mempunyai falsafah, iaitu impi, percaya, berani, buat.Yang betul ialah (a) kerana bagi falsafah awalan katanya hendaklah ditulis dengan huruf besar.Lain-lain01.11.2011
saya ingin mengetahui apakah yg dimaksudkan dengan sifat eklektik dari sudut falsafah pedidikanPertanyaan ini menyentuh falsafah pendidikan. Oleh itu, kami mencadangkan puan memperoleh maklumat tentang "Falsafah Pendidikan" di Kementerian Pelajaran Malaysia: www.moe.gov.myLain-lain24.07.2007
Mohon pencerahan, mana satu yang betul. 1. Ijazah Kehormat Doktor Kepimpinan Islam; 2. Ijazah Kehormat Doktor (Kepimpinan Islam); 3. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam; 4. Ijazah Kehormat Doktor Falsafah (Kepimpinan Islam); 5. Ijazah Doktor Kehormat Kepimpinan Islam; 6. Ijazah Doktor Kehormat (Kepimpinan Islam); 7. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat Kepimpinan Islam; atau 8. Ijazah Doktor Falsafah Kehormat (Kepimpinan Islam).Frasa yang betul ialah Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Islam.Tatabahasa17.03.2019
Adakah terdapat perbezaan dari segi ejaan penggunaan Dr. bagi doktor perubatan dengan doktor falsafah? Ada pendapat yg menyatakan Dr. adalah untuk Dr falsafah manakala dR @ DR untuk doktor perubatan. Adakah benar pendapat itu?Tidak ada perbezaan untuk ejaan singkatan bagi doktor falsafah atau doktor perubatan, kedua-duanya dieja sebagai Dr. (dengan tanda titik).Tatabahasa18.11.2011
12345678

Kembali ke atas