Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fal.sa.fah] | فلسفه

Definisi : pengetahuan tentang pengertian yg dianggap sbg ilmu yg tertinggi yg menjadi dasar ilmu-ilmu lain; ahli ~ orang yg ahli dlm falsafah, ahli fikir; berfalsafah memikirkan secara mendalam tentang sesuatu: sekarang ia pandai ~ dan berbicara tentang manusia dan kemanusiaan; kefalsafahan segala hal (sifat, ciri) yg berkaitan dgn falsafah: yg penting, adanya nada ~ di dalamnya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fal.sa.fah] | فلسفه

Definisi : pengetahuan dan penyelidikan ttg sebab-sebab (asas-asas, hukum dll) kewujudan sesuatu ataupun ttg kebenaran dan erti wujudnya sesuatu: ahli ~ orang yg ahli dlm bidang falsafah. berfalsafah 1 berfikir secara mendalam ttg sesuatu. 2 mengemukakan atau memperkatakan sesuatu falsafah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata falsafah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
scholasticismskolastisismePendidikanTiadaSistem falsafah zaman pertengahan yang menggabungkan falsafah Aristotle dengan falsafah keagamaan.
existentialismeksistensialismeKesusasteraanTiadaFahaman bercorak falsafah atau keagamaan. Fahaman ini menekankan kewujudan dan pembentukan diri manusia, berkaitan dengan sifatnya, tempat dan fungsinya dalam dunia, serta hubungannya dengan Tuhan. Fahaman ini dikembangkan dalam agama dan falsafah, namun unsur-unsurnya banyak meresap ke dalam kesusasteraan. Fahaman ini dimulakan oleh Soren Kierkegaard (1813-55) melalui karyanya Fear and Trembling (1843), The Concept of Dread (1844) dan Sickness Unto Death (1848). Kierkegaard cuba menangani masalah keresahan manusia dengan menampilkan idea bahawa �kewujudan menerusi Tuhan dan dalam Tuhan� boleh membawa kelegaan, bukannya keresahan dan kekecewaan. Oleh itu, manusia dapat mencapai ketenangan fikiran dan rohani. Idea ini berterusan dalampemikiran Kristian hingga abad ke-20. Pendukung utama eksistensialisme Kristian ialah Gabriel Marcel, seorang ahli falsafah dan dramatis yang dikatakan memperkenalkan fahaman eksistensialisme ke dalam falsafah Perancis. Pemikiran eksistensialisme selepas Kierkegaard dikembangkan pada awal abad ke-20 oleh ahli falsafah Jerman, iaitu Martin Heidegger dan Jaspers. Umumnya, pemikiran mereka dianggap punca berlakunya eksistensialisme ateistik. Suatu unsur penting dalam eksistensialisme ialah idea yang menyatakan bahawa kewujudan mendahului dan mengatasi esensi atau inti pati diri. Amat diyakini bahawa manusia hidup berdasarkan kewujudannya dan membentuk dirinya sendiri dengan memilih apa yang dilakukan, dan apa yang tidak dilakukan. Jean-Paul Sartre dari Perancis merupakan pengasas eksistensialisme moden. Ajaran beliau yang disampaikan menerusi novel, drama, dan penulisan falsafah merupakan jenis eksistensialisme yang amat berpengaruh. Menurut Sartre, manusia dilahirkan dengan kekosongan. Manusia bebas untuk tinggal dalam kekosongan itu dan menghayati makna kewujudan yang pasif, yakni dalam keadaan �separuh sedar� tentang dirinya. Sebaliknya, manusia juga boleh keluar daripada keadaan ini. Manusia menjadi lebih sedar akan dirinya, tetapi mungkin mengalami keperitan metafizik dan moral. Pengalaman ini akan menyedarkan manusia tentang sifat absurd pada kewujudannya, justeru mereka berasa resah dan hampa. Namun, tenaga yang dihasilkan oleh kesedaran ini membolehkan manusia �mengheret dirinya keluar daripada lumpur�. Pada masa inilah, kehidupan mereka benar-benar bermula dan manusia menjadi lebih tulen. Dengan menggunakan kuasa memilih, manusia dapat memaknakan kewujudannya, dunia persekitarannya serta bertanggungjawab ke atasnya. Contoh karya eksistensialisme dalam kesusasteraan Barat ialah The Stranger oleh Albert Camus dan Nausea oleh Sartre. Contoh karya sastera daripada alam Melayu ditemui dalam novel Kering Iwan Simatupang.
political philosophyfalsafah politikSains PolitikPolitik PerbandinganSalah satu bidang utama dalam sains politik selain daripada ekonomi politik, politik antarabangsa, teori politik dan politik perbandingan. Bidang ini membincangkan persoalan tentang pemikiran ahli falsafah politik seperti idea mengenai negara kuasa, pemerintahan, keadilan dan kebebasan. Bidang ini banyak berkembang di Eropah dan terdapat juga di negara timur dan timur tengah. Ahli falsafah politik yang terkenal di negara timur seperti Kung Fu Tze dan di timur tengah seperti Ibnu Khaldun. Selain pembahagian berasaskan tempat asal, perkembangan falsafah ini juga sering dibahagikan kepada beberapa peringkat seperti zaman negara kota Athens, zaman Sebelum Masihi, zaman Selepas Masihi, zaman kebangkitan, zaman pencerahan dan zaman kontemporari. Tahap yang berbeza ini membayangkan pemikiran yang berbeza.
constructivismkonstruktivismeKesenianSeni BinaFalsafah seni dan seni bina yang berasal dari Rusia bermula pada tahun 1919, yang menolak idea autonomi. Falsafah seni ini menyokong seni sebagai amalan untuk tujuan sosial. Konstruktivisme mempunyai kesan yang besar kepada pergerakan seni moden abad ke-20, dan mempengaruhi aliran utama seni bina seperti gerakan Bauhaus dan De Stijl. Contoh projek seni bina yang berdasarkan falsafah konstruktivisme ialah bangunan Tatlin�s Tower oleh Vladmir Tatlin, yang dibangunkan pada tahun 1919 dengan menggunakan bahan-bahan baharu seperti besi.
thomismthomismePendidikanTiadaFalsafah yang diperkenalkan oleh St. Thomas Aquinas berlandaskan falsafah realisme.
platolismplatolismePendidikanTiadaFalsafah yang berasaskan pemikiran Plato yang terkenal dengan pegangan atau falsafah idealisme.
essentialismesensialismePendidikanTiadaFalsafah pendidikan yang memberikan tumpuan kepada sesuatu pengetahuan dan kemahiran yang penting. Falsafah ini perlu dimasukkan dalam kurikulum serta perlu dikuasai oleh pelajar pada tahap yang tinggi.
transcendantalismtransendentalismeKesusasteraanTiadaPergerakan falsafah dan sastera idealis yang bermula di bawah pengaruh pergerakan Romantik Jerman dan Inggeris. Transendentalisme ini memerikan suasana pemikiran dan rasa hati manusia berdasarkan prinsip pengetahuan intuitif ahli falsafah Jerman, Immanuel Kant (1724-1804), dan seperti yang diungkapkan oleh goethe, Carlyle, dan Coleridge. Gerakan ini menekankan dimensi rohani dan mistik pada diri manusia serta kewujudan dimensi alam yang melewati alam pancaindera. Secara lebih khusus, golongan transendentalis merupakan reformis sosial, penulis dan pemikir Amerika pada awal abad ke-19. Golongan ini bersama-sama membangunkan falsafah yang bersifat tidak konformis (non-conformist) dan individualistik, dengan menolak agama berstruktur atau formal. Mereka meraikan unsur ketuhanan dalam diri setiap manusia, dengan mempercayai bahawa kesedaran dalaman atau rohani manusia adalah bersifat ketuhanan. Persis kaum panteis, bagi mereka tuhan hadir secara pasti (imminent) dalam alam dan diri manusia. Jiwa hadir dalam segala benda, dan deria fizikal harus diatasi menerusi kebenaran intuisi seseorang. Penulis utama golongan transendentalis ialah Ralph Waldo Emerson yang menulis esei bertajuk Nature. Beliau mengetengahkan fenomena semula jadi sebagai simbol kebenaran kerohanian yang lebih tinggi. Selain itu, esei Henry David Thoreau yang bertajuk The Transcendentalist (1842) merupakan esei yang bersifat autobiografi, menentang materialisme moden. Pada dasarnya, transendentalisme merupakan pergerakan agama pemikiran, kursusnya yang berkait dengan epistemologi dan amalan kehidupan seni dan budaya. Kaedah mentafsir alam secara simbolik bagi golongan transendentalis mempunyai pengaruh yang mendalam terhadap kesusasteraan semasa Amerika, terutamanya dalam karya pengarang seperti Nathaniel Hawthorne, Herman Melville, dan Walt Whitman. Transendentalisme dalam bahasa Latin bermaksud �memanjat� atau �melintasi�.
protection philosophyfalsafah perlindunganTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerPenerangan tidak formal tentang reka bentuk suatu sistem maklumat terautomasi yang tertumpu kepada mekanisme keselamatan yang digunakan. Gabungan falsafah perlindungan sebegini dengan perincian keupayaan keselamatan yang lebih formal diperlukan untuk membuktikan mekanisme keselamatan yang wujud dalam sistem maklumat tersebut memadai untuk menjamin keselamatan komputer.
Marxismfahamam MarxSains PolitikHubungan AntarabangsaFahaman yang meliputi falsafah ekonomi dan politik berasaskan pemikiran Karl Marx. Kaedah falsafah Marx ialah materialisme dialektik yang mengatakan ekonomi sebagai penentu dalam sejarah. Oleh itu, sejarah sesebuah masyarakat merupakan sejarah perjuangan kelas. Menurut fahaman ini, sesuatu kelas masyarakat hanya boleh memerintah selagi mereka mewakili kumpulan masyarakat yang produktif dari segi ekonomi. Contohnya, dalam masyarakat kapitalis moden, kelas bourgeois (kapitalis) telah memusnahkan golongan bangsawan feudal yang tidak lagi produktif. Kelas bourgeois ini bertanggungjawab menubuhkan susunan industri baru. Peringkat seterusnya ialah perjuangan golongan proletariat atau pekerja industri untuk menggantikan golongan kapitalis. Proses dinamik yang berterusan ini akhirnya akan mewujudkan masyarakat tanpa kelas. Golongan komunis telah menggunakan faham Marxis sebagai dogma mereka. Pemimpin politik seperti Vladimir Ilyich Lenin, Joseph Stalin dan Mao Zedong ialah individu yang menyokong fahaman Marxis dan mengubah suai doktrin ini dengan keadaan negara dan gaya kepimpinan mereka.
12345678910...

Kembali ke atas