Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[far.ma.si] | فرماسي

Definisi : 1. kemahiran dan kegiatan (kerja) membancuh dan menyediakan ubat-ubatan; ahli ~ orang yg terlatih dlm bidang farmakologi, juruubat; 2. tempat ubat dan bahan-bahan perubatan diberikan, dispensari. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[far.ma.si] | فرماسي

Definisi : 1 kemahiran atau teknologi dlm penyediaan ubat-ubatan. 2 tempat ubat dan bahan-bahan perubatan disediakan, diberikan atau dijual. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata farmasi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera Tuan, Saya bagi pihak Profesion Penolong Pegawai Farmasi Malaysia ingin mendapat khidmat nasihat pihak Tuan berkaitan pemilihan nama jawatan baru. Kami telah di minta oleh pihak atasan untuk mengenal pasti dan memilih nama jawatan baru selaras dengan pendaftaran didalam Akta Farmasi baru nanti yang mana akan diguna pakai oleh pihak penjawat Awam, Badan berkanun, Swasta dan Industri. Cadangan kami dalam Persatuan adalah menggunakan Teknologis Farmasi (Pharmacy Technologist) atau Juruteknologi Farmasi. Apakah pandangan pihak Tuan? Terima kasihSalam sejahtera.
Tuan, tiada istilah "Teknologis" dalam data istilah kami. Perkataan "Technologist" ditakrifkan sebagai "ahli teknologi atau juruteknologi", manakala "pharmacy" ialah "farmasi". Oleh itu, "Juruteknologi Farmasi" lebih sesuai digunakan.
Istilah17.05.2015
Assalamualaikum & Salam Sihat 1Malaysia, Saya ingin bertanya mengenai penggunaan kata "penguatkuasa" atau "penguat kuasa" atau "penguatkuasaan". Sebelum itu saya pegawai farmasi daripada Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri Kelantan. Terima kasihMenurut data kami, ejaan yang betul ialah penguat kuasa dan penguatkuasaan. Penguat kuasa ialah orang yang menguatkuasakan (undang-undang dan sebagainya) http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguat+kuasa manakala penguatkuasaan ialah perihal menguatkuasakan: ~ undang-undang http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=penguatkuasaanEjaan29.12.2015
Mana satu ayat yang betul, (1) atau (2)? (1) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. (2) Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus daripada ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat. Terima kasihPenggunaan yang betul ialah Kami mendapati bahawa majoriti responden paling gemar kaunseling terus dengan ahli farmasi untuk mendapatkan maklumat tentang ubat.Tatabahasa15.08.2018
Sila telitikan deraf iklan papantanda seperti ini:- FARMASI TAUTAN BAROKAH (KC0025405)Untuk pengesahan iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" (bukan Khidmat Nasihat Bahasa).Lain-lain03.08.2016
Assalamualaikum dan Selamat Petang. Saya Nurul Hasanah dari Farmasi Gpharmax. Saya ingin bertanya mengenai ejaan GPHARMAX dalam bahasa jawi dengan betul. Cara sebutan adalah " ji farmax". Adakah ejaan berikut adalah betul? جي فارمكس Mohon pencerahan daripada pihak tuan. Terima kasih.Berdasarkan sebutan GPharmax, cadangan kami ejaannya جي ڧرميک س .Ejaan03.08.2022
Istilah dalam Bahasa Inggeris yang tepat untuk gelaran jawatan Penolong Pegawai Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia Pharmacist Assistant atau Assistant PharmacistIstilah bahasa Inggeris yang dicadangkan ialah Assistant Pharmacist.Istilah13.09.2016
Apakah perkataan dalam Bahasa Melayu yang sesuai bagi istilah "adulteration", "adulterated product" dan "adulterant?" -Bidang Farmasi / Perubatan. Kami biasa gunakan istilah "campur palsu" atau "cemar palsu" sebelum ini untuk produk atau ubat yang dicampur dengan bahan kimia atau racun yang tidak diisytihar atau tidak dibenarkan.Jika merujuk bidang Perubatan dan Veterinar, padanannya ialah pencemaran, bahan cemar atau produk cemar.Istilah04.06.2010
apakah maksud " fabrikasi "Fabrikasi bermakna pembikinan atau pembuatan atau pasang siap. Perkataan ini digunakan dalam bidang kimia, ubat, farmasi, fizik dan kejuruteraanMakna21.07.2008
Mencari kata 'pharmaceutikal kepada bahasa melayu yang tepatEjaan yang betul ialah farmaseutikal. Maknanya ialah berkaitan dgn ubat-ubatan atau farmasi.Istilah05.04.2010
KKM akan menerbitkan majalah/buletin dimana kandungannya berkaitan aktiviti semasa perkhidmatan-perkhidmatan Sains Kesihatan Bersekutu seperti Penolong Pegawai Perubatan (Pembantu Perubatan), Jururawat, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran, Juruteknologi Makmal Perubatan, Pembantu Farmasi dll. Mohon pandangan tuan memilih salah atau daripada tajuk-tajuk dibawah atau pihak mengesyorkan satu tajuk yang sesuai. 1) Info SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 2) Rangkaian SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) 3) Buletin SKB (Sains Kesihatan Bersekutu) Atas khidmat nasihat pihak tuan, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih. AMIN ZAFRI BIN ABD RAHMANBerdasarkan latar belakang yang ringkas dan tidak mendalam yang diberikan oleh sdr, saya mencadangkan buletin/mjalah sdr di berikan judul "Buletin SKB".Lain-lain21.04.2008
12

Kembali ke atas