Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sal]/[fa.sal] | فصل

Definisi : Ar 1. bahagian drpd bab seksyen tertentu dlm dokumen undang-undang: bab yg pertama terdiri drpd lima belas ~; pd ~ 18 perkara (9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi ketua; 2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara: yg dibincangkan itu ~ yg tidak penting; apalah kakanda gaduhkan ~ itu; 3. bkn hal, mengenai, perihal: ~ itu, serahkan saja pd aku; 4. kerana, sebab: terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;~ timbang tara (Udg) fasal yg dibuat dlm perjanjian utk membolehkan pihak yg terlibat merujuk kpd penyelesaian timbang tara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sal]/[fa.sal] | فصل

Definisi : 1 bahagian drpd bab; bahagian yg kecil drpd bahagian besar (undang-undang): Dlm bab yg pertama, ada 18 ~. 2 perkara atau tajuk (dlm percakapan): Mereka memperkatakan ~ yuran sekolah. 3 ttg hal; mengenai: ~ makanan, serahkan kpd saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasal

Puisi
 

Tuan tidak pandai mengubah,
     Setiap hari sembahyang dalam perahu;
Fasal berjanji tidak berubah,
     Fasal umur saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(9)

Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Ribut fasal undang-undang keluargaAmin JaromiDewan Masyarakat15 August 1974
Nilai dan Pengajaran dalam Gurindam Fasal Dua BelasNaapie MatTunas Cipta (Mekar Sastera)1 November 2004
Nasihat dan Teladan dalam Gurindam Dua Belas (Fasal Lima)Naapie MatTunas Cipta (Mekar Sastera)1 August 2005
Tema dan persoalan dalam gurindam nasihat dan gurindam dua belas (fasal pertama)Naapie MatDewan Sastera (Mekar Sastera)1 October 2003

Kembali ke atas