Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sal]/[fa.sal] | فصل

Definisi : Ar 1. bahagian drpd bab seksyen tertentu dlm dokumen undang-undang: bab yg pertama terdiri drpd lima belas ~; pd ~ 18 perkara (9), tiada ditentukan bahawa setiap ahli boleh dipilih menjadi ketua; 2. pokok percakapan, tajuk perbincangan, hal, perkara: yg dibincangkan itu ~ yg tidak penting; apalah kakanda gaduhkan ~ itu; 3. bkn hal, mengenai, perihal: ~ itu, serahkan saja pd aku; 4. kerana, sebab: terkenalnya nama Raden Awang bukan ~ kuat;~ timbang tara (Udg) fasal yg dibuat dlm perjanjian utk membolehkan pihak yg terlibat merujuk kpd penyelesaian timbang tara. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[fa.sal]/[fa.sal] | فصل

Definisi : 1 bahagian drpd bab; bahagian yg kecil drpd bahagian besar (undang-undang): Dlm bab yg pertama, ada 18 ~. 2 perkara atau tajuk (dlm percakapan): Mereka memperkatakan ~ yuran sekolah. 3 ttg hal; mengenai: ~ makanan, serahkan kpd saya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasal

Puisi
 

Tuan tidak pandai mengubah,
     Setiap hari sembahyang dalam perahu;
Fasal berjanji tidak berubah,
     Fasal umur saya tak tahu.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DATUK BENTARA LUAR

DATUK BENTARA LUAR, gelaran pembesar dalam kerajaan Melayu. Antara negeri yang menggunakan gelaran ini termasuklah Kelantan dan Johor. Dalam huraian tentang Datuk Bentara Luar ini, rujukan hanya kepada negeri Johor. Pada tahun 1883, kerajaan Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar mewujudkan semula gelaran Datuk Bentara Luar kepada pegawai yang menjadi Ahli Jemaah Menteri. Gelaran Datuk Bentara Luar disandang oleh Muhammad Salleh Perang, yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Jabatan Tanah Negeri. Namun begitu pada tahun 1895, berkuatkuasa fasal 39, Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor, tidak mensyaratkan seseorang itu menjadi menteri bergelar Datuk, sama ada gelaran kepada pegawai kerajaan atau Datuk yang dianugerahkan oleh Sultan.

        

SEJARAH DAN ARKEOLOGIJawatan/Gelaran
NIHAYAT AL-ARAB FI FUNUN AL-ADAB

Nihayat al-Arab fi Funun al-Adab adalah

ensiklopedia komprehensif sastera yang

mengandungi banyak ilmu sezamannya. Ia ditulis

oleh Ahmad ibn Abd al-Wahhab al-Nuwayriy al-

Misriy (677–733 H./1278–1332 M.). Ensiklopedia yang

diterbitkan dalam 18 bahagian ini mengandungi 30

jilid yang berpandukan sumber-sumber yang

berbeza. Sesetengah sumber disebut manakala

kebanyakannya tidak disebutkan. Kandungan

ensiklopedia ini menunjukkan sejauh mana

kepentingan mengumpul, mengikat dan membuat

analisis ilmu-ilmu umum ke dalam ensiklopedia

yang komprehensif. Ia juga menunjukkan

perkembangan penulisan dan pembahagian bab.

Penulisnya tidak sekadar membahagikan bukunya

kepada tajuk-tajuk utama sebagaimana yang

dilakukan oleh orang yang terdahulu. Sebaliknya,

dia membahagikannya kepada lima disiplin ilmu

dan setiapnya dibahagikan kepada lima bahagian.

Setiap bahagian pula dibahagikan kepada beberapa

bab dan fasal.

UMUM 
SURUHANJAYA PILIHAN RAYAKapsyen          :           Mengundi sebagai satu simbol demokrasi

 

SURUHANJAYA PILIHAN RAYA, sebuah badan atau agensi bebas bertaraf perlembagaan dan menjadi pengawas serta penyelia satu proses dalam sistem demokrasi. Suruhanjaya ini ditubuhkan mengikut perintah Perlembagaan Malaysia (Fasal 114). Dalam menjalankan tugasnya, suruhanjaya bukan saja harus bersikap dan bertindak berkecuali, saksama dan adil, tetapi harus kelihatan demikian, kerana sifat-sifat itu sendiri sudah menjadi sebahagian daripada lunas-lunas demokrasi. Dalam mentadbirkan dan menjalankan fungsinya, Suruhanjaya Pilihan Raya dibekalkan dengan kuasa-kuasa berkanun seperti yang terdapat dalam Perlembagaan Malaysia (Bahagian VIII) serta Jadual Kedua Belas, akta-akta khusus, dan peraturan-peraturan terbitan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA MELAYU

PENOKOK DAN PENAMBAH DALAM BAHASA Melayu, buku tulisan yang diterbitkan dalam jurnal Peredar  Angka 12, yang diterbitkan oleh Pakatan Bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.) pada tahun 1939.  Penokok dan Penambah dalam Bahasa Melayu membicarakan satu segi tatabahasa Melayu.  Buku ini menerangkan kaedah pengimbuhan dalam bahasa Melayu, iaitu memberi penokok (= awalan) pada kata umbi (akar/dasar) dan juga memberi penambah (= akhiran) pada kata akar/dasar sehingga menjadi kata terbitan.  Dengan kata lain buku ini membicarakan pembentukan kata atau morfologi bahasa Melayu.  Buku ini mengandungi 35 halaman serta terdapat 10 fasal di dalamnya.  Perkara-perkara yang dibicarakan ialah:

BAHASAKarya

Kembali ke atas