Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[fa.sis] | فاسيس

Definisi : penganut faham nasional yg didasarkan pd pemerintahan yg bertindak atas kekuasaan drpd hak-hak demokratik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata fasis


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOSLEY, SIR OSWALD

Mosley, Sir Oswald (1896–1980), menubuhkan

Kesatuan Fasis British pada tahun 1930-an. Dia

dan pengikutnya yang berbaju hitam terlibat

dalam rusuhan terutamanya di kawasan East End,

London. Dalam Perang Dunia II (1939–1945),

Mosley ditahan kerana pandangannya yang pro-

Jerman. Kemudian, dia cuba menghidupkan

semula fahaman fasis di United Kingdom. Mosley

lahir di London. Dia dipilih menjadi ahli parlimen

Parti Konservatif bagi kawasan Harrow pada

tahun 1918. Pada tahun 1926, dia dipilih pula

sebagai ahli parlimen Parti Buruh untuk kawasan

Smethwick. Dia bersara pada tahun 1930 dan

menubuhkan partinya sendiri.

UMUM 
NEGARA POLIS

Negara polis, berlaku apabila kerajaan sesebuah

negara atau unit politik membenarkan agensi

penguatkuasaan undang-undang negara itu

mengekalkan keamanan melalui ketakutan rakyat.

Dalam keadaan ini, pihak polis tidak lagi tertakluk

kepada undang-undang atau kekangan lain yang

biasanya mengehadkan tindakan mereka dalam

sebuah negara demokrasi berperlembagaan. Pihak

polis boleh merisik sesiapa sahaja tanpa

menghiraukan privasi individu. Mereka juga boleh

menangkap, memenjarakan, membunuh, atau

membuang negeri sesiapa sahaja tanpa sebarang

sebab.

Pada zaman dahulu, negara kota Yunani, Sparta,

merupakan sebuah negara polis yang paling

lengkap. Pada tahun 1990-an, taktik negara polis ini

sering digunakan oleh golongan fasis dan negaranegara

komunis.

Lihat juga Polis rahsia.

UMUM 

Kembali ke atas